SAYANG KOWG!

Tuesday 30 April 2013

Segmen Kathy Mencari Bloglist Mei - Ogos 2013






Done, mohon diterima!

Segmen : Blog Paly Ajak Masuk Bloglist







Jom join!

Pelakon Lagak Ngeri Maut


Hebat macam mana pun orang tu, kalau dah ajal, kat mana dan bila kita pun tak tahu. Itu yang berlaku pada pelakon lagak ngeri di India. Beliau yang juga pemegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut maut ketika sedang melakukan aksi tersebut.




Sailendra Nath Roy yang berumur 49 tahun maut ketika cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter. Roy ketika itu tiba-tiba tersekat dan tidak bergerak apabila sudah menghabiskan separuh perjalanan.


Selepas sampai di hospital, doktor mengesahkan bahawa kematian Roy adalah disebabkan sakit jantung.


Ingat, hebat mana pun kita, pemegang rekod apa sekalipun, kalau Allah dah takdirkan tiba masanya untuk kita berjuma Dia, mati juga kita. 



Monday 29 April 2013

Surat Tawaran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Serta Surat Berhenti Kerja



Ingat cerita yang aku dapat tawaran Kadet Pegawai tadbir dan Diplomatik tu? Nak baca? KLIK SINI.  Tunggu punya tunggu, surat tawaran tak sampai lagi. Aku dah gabra. Macam mana kalau surat tawaran tak sampai? Macam mana kalau surat tawaran sampai seminggu lepas tu aku dah kena daftar?


Aku risau dan dilema. Bila patut aku hantar surat berhenti kerja. Aku dahla notice kena bagi 2 bulan. Macam mana kalau kau berhenti, rupanya dia panggil bulan Ogos? Macam mana pula kalau aku tak berhenti, tiba2 dia panggil supaya aku terus pergi? Mau mati aku.


18/04/2013, aku tekad.. Hari tu, aku kena jugak bagitahu bos aku yang aku nak berhenti. Wajib! Tak leh tangguh2 dah. Lantaklah kalau dia panggil lambat lagi ke apa ka. Aku dah telefon ibu dan ayah aku. Bincang bila patut aku bagi surat berhenti kerja. Aku siap bagitahu ibu aku, kalau surat tawaran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik tak sampai lagi, aku nak mengangkang kat rumah. Haha.


Bila aku bagitahu Chairman dan Manager aku, diorang agak terkejut. Tapi alhamdulilah, Chairman aku cakap, kalau ini impian dan apa yang aku nak, dia tak kan halang. Lagipun dia cakap, ini kerja dalam government sektor, lebih menjamin masa depan.


19/04/2013, surat berhenti kerja aku dah hantar. Tunggu HR aku kira last day aku bila. Punyalah gabra bila nak tau last day aku. Macam nak Shila Amzah meminang aku gabranya. Last2 diorang bagitahu, last day aku, 23/05/2012 lepas tolak cuti apa semua. Yes!


23/04/2013, aku check email. Ya Allah! Surat tawaran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik dah sampai. 






Ake kena daftar 26 Mei 2013 kat INTAN Bukit Kiara! Nasib baik aku dah dah hantar surat berhenti kerja dan last day aku 23 Mei 2013. Nasib baik sempat. Ya Allah syukur sangat2!


Tak sabar nak tunggu 26 Mei 2013. Macam mana ye latihan dalam Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik tu? Aku dah lah tak kenal sapa2. Nak kena cari kawan baru. Hmmm... Risau2!


Bacaan Yassin dan Doa Selamat Untuk Aku



Ingat tak kes aku kena ragut tempoh hari? Tak ingat? Aku ada buat entry berkenaan dengan benda ini. Nak tengok? KLIK SINI.  Dalam kejadian itu, aku hampir dirodok dengan parang yang dibawa oleh penyamun tersebut. Tapi alhamdulilah, aku sempat elak. Kalau tak, tak kan wujud dah lah entry ini.


Chairman company aku dengan baik hati cadangkan untuk buat bacaan Yassin dan Doa Selamat kepada aku. Tujuannya, sebab bersyukur pada Allah aku selamat dan tak cedera apa2 dan untuk elakkan kejadian macam ini daripada menimpa aku dan pekerja-pekerja lain lagi.


So, tengok gambar je lah ok.






























Friday 26 April 2013

Giliran Dato' Siti Nurhaliza Tawan Dewan Filharmonik Petronas


Dari dulu aku musykil, kenapalah Siti tak pernah diberi peluang untuk membuat konsert solo kat Dewan Filharmonik Petronas. Aku tak tahulah sama ada dia yang tak mahu. Tapi tak kan lah konsert Royal Albert Hall London pun boleh buat, kat Dewan Filharmnik Petronas tak boleh.




Buat peminat Dato' Siti, jangan risau, artis kesayangan korang ini akan buat konsert solo pertamanya di Dewan Filharmonik Petronas nanti. Paling best, bukan sehari, tapi tiga hari konsert solo Siti akan berlansung.


Konsert yang diberi nama Siti Nurhaliza in Symphony ini bakal berlansung bermula dari 5 Julai sehinggalah 7 Julai 2013. Tiket boleh didapati dengan harga RM 150 dan ke atas.


Fuh! Aku teringin sangat2 nak pergi. Tapi, aku dah terikat dengan latihan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Aku takut kalau weekend diorang masih ada program. So, aku tak sure dapat pergi ke tidak. Tapi, aku nak sangat2. Tak pernah dalam seumur hidup aku, tengok Siti nyanyi live.


Bagi korang yang betul2 free dan nak sangat2 tengok Siti, korang boleh tempah tiket sekarang. Nak tempah kat mana? Klik gambar Dato Siti kat atas untuk tumbesaran.


Thursday 25 April 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My







Aku join! Jom semua. 

Gambar Banjir di Universiti Malaya - 24/04/2013



Semalam hujan memang lebat gila area Kuala Lumpur dan Selangor. Aku pun balik lambat semalam. Tunggu hujan reda dan takut traffik sesak. Tadi dapat tahu, semalam kat Universiti Malaya banjir. Malas cakap banyak, tengok gambar sudah.















Segmen Hey!! Blogger Asal Mana?





Segmen kalau menarik, mestilah hati tertarik nak join.

Aku lahir kat Klang Selangor, dibesarkan kat Kelantan, tapi ayah dan ibu aku orang Johol, Negeri Sembilan.

So, aku pilih... Negeri Sembilan.


Datuk K Rajagopal Tidak Bersalah



Bari-baru ni kecoh pasal Datuk K Rajagopal mengkritik pimpinan FAM. Ini terjadi bila K Rajagopal berkata kekalahan skuad Harimau Muda ke atas Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan pada 17 Mac lepas adalah disebabkan lambakan pemain import dalam Liga Malaysia.




Tapi akhirnya, K Rajagopal didapati tidak bersalah dalam hal ini oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kalau didapati bersalah, K Rajagopal akan disabitkan dengan melanggar Artikel 88 Statut FAM.


Kalaulah K Rajagopal didapati bersalah, beliau akan digantung selama enam bulan dan didenda RM 8,000. Nasib baiklah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang berlangsung selama tiga jam semalam mendapati K Rajagopal tidak bersalah.


Boleh tarik nafas lega.


Wednesday 24 April 2013

Budak Muka Menakutkan Tapi Comel


Mula2 tengok video ini, ayat mula2 terkeluar dari mulut aku, putihnya budak ni. Macam pelakon cerita hantu Ju On pulak. Putih tak ingat.

Lepas tengok video, yaAllah, geramnya tengok dia. Cute sangat2. Rasa nak pijak2 pun ada. Haha. Tak caya? Tengok je lah.




Cute, kan?



Keputusan Temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik



Sebenarnya dah dekat tiga minggu aku dah terima email berkenaan dengan keputusan temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini. Tapi aku malas lagi nak bagitahu kat blog ini. Aku kena selesaikan banyak benda dulu, baru aku boleh bagitahu.


Sebenarnya 18/01/2013 yang lepas, aku dah pergi temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Dah selesai ujian bertulis, PAC (Assessment Centre) pun dah lepas, akhirnya sampai stage ke tiga, Temuduga! Pengalaman temuduga? Nantilah aku update lain. Ada berita lain nak share.


02/04/2013, aku check email. Ingat lagi, aku baru selesai solat Maghrib. Tiba-tiba terdetik nak check email. Nak tengok, manalah tau ada keputusan temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik aku tu. Alih2, betul2 ada, dan perasaan aku... Nervous gila!




Nampak tak? Nampak tak? Tak nampak aku korek biji mata korang. Allah saja tahu betapa nervousnya aku masa nak buka email tu. Terketar2 tangan nak buka. Yelah, masa depan kowt. Yang bakal menentukan sama ada aku kahwin dengan anak Tan Sri atau tak. (Eh, ada kaitan ke?).


Dan keputusannya?



Alhamdulilah. Rezeki daripada Allah. Aku lulus temuduga! Aku dapat jawatan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik tu. Syukur sangat2!


Hmm... Berkat doa ibu dan ayah aku. Alhamdulilah. Ibu dan ayah aku memang nak sangat2 aku kerj asebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. So, langkah awal aku dapat Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini. 


Aku dipanggil Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebab aku kena hadiri latihan selama setahun dulu. Setahun? Ala, lamanya. Tapi tak apa lah. Selepas menghadiri latihan, kalau aku lulus, insyaAllah, aku akan bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik. InsyaAllahh.


Keputusan temuduga dah tau. Cuma tunggu offer letter bila aku nak mendaftar, dan aku kena berhenti kerja aku sekarang. Bila? Macam mana? Ada halangan? InsyaAllah aku akan share kat sini.


Blogger Bikin Kecoh Di FRIM, Kepong



Hujung minggu lepas, tak tahu nak buat apa kat rumah. Bosan gila. Macam biasa, bila tak tahu nak buat apa, rumah Pari-Pari Putih menjadi sasaran aku. Jumaat malam sabtu aku terus lepak rumah dia. Jangan fikir aneh! Dia dah ada suami dan anak. So, tak ada kejadian tangkap basah di sini.


Bukan aku sorang tak ada life. Tapi ramai lagi blogger lain yang lepak sama2 dengan kami. Iffah Afeefah, Noor Zaitul Akmar, Norain, MK Syahir, dan Mawardi. Nampak tak permainan dia? Kami semua tak ada life! Itu sebab tak tahu nak buat apa bila weekend tiba. 


Hari Ahad, kami pergi Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Pari-Pari Putih bersemangat sangat nak pergi. Aku pun tak tahu apa yang best kat sana. Owh, maybe ada gajah, singa dan dugong macam zoo kot. Entah, tak pernah sampai.


Nak masuk kena bayar. Tapi kau tak tahu macam mana dia kira. Kami dengan satu kereta, dalamnya ada 5 orang kena charge RM 9. Pandai2lah korang kira. Paling aneh, dia tanya ada bawa kamera tak? Gila r! Nak charge jugak ke bawa kamera masuk dalam? Ada dinosour ke kat dalam sampai kamera kena charge?


Mak datuk! Ramai gila yang datang kat sana. Macam ada Perhimpunan Bersih ramainya. Paling aku tak suka, nak naik ke atas. Jauh gila rasanya. Boleh turun 18kg macam ni. Tinggi wooo. Penat!


Bila sampai kat atas, nak tergelak! Air paras buku lali je. Letak semut,semut pun tak lemas. Cetek gila. Tak boleh buat aksi kuak lentang dalam air. Frust!


Nah, tengok gambar je lah. Gambar pun tak banyak sebab tak tahu nak tangkap gambar apa. Haha.




















Tuesday 23 April 2013

Parody Lagu Dream Girl - Shinee Buat Aku Gelak



Aku tak berapa minat kumpulan K-Pop. Hanya certain lagu yang aku boleh layan. Kebanyakkan dari kumpulan Shinee. Yang lain, harap maaf! Telinga aku tak boleh terima dan hadam.


Lama tak dengar dan tengok video klip kumpulan Shinee, aku buka lah dekat Youtube tadi. Search punya search, tiba2 nampak satu video klip aku tak pernah tengok dari kumpulan Shinee. Tajuk lagu Dream Girl.


Maaflah kipas susah mati kumpulan Shinee. Aku tak tahu lagu ini bila keluar. So tadi saje layan2 tengok. Korang nak tengok jugak?






Tapi kan, sebenarnya bukan video ini yang aku nak share. Tapi ada satu parody yang dibuat oleh sekumpulan lelaki. Bagi aku lawak tapi menarik. Ada part yang boleh buat korang rasa nak gelak, nak muntah dan kagum. Tak percaya? Tengoklah sendiri. Bandingkan dengan yang original version.





Segmen 24 Jam By Ina






Saya followers ke 506.

Klik banner kalau nak join.


Segmen Sekejap By Amirah Azman





Saya follower ke 1181.

Jom support tuan tanah denag klik banner.


Parkson Extreme Warehouse Sale (21 April - 5 May 2013)



Gaji belum masuk? Duit tengah kering? Itu semua bukan alasan untuk korang berbelanja membeli barang keperluan seharian. Parkson sekali lagi melancarkan Parkson Extreme Warehouse Sale bermula 21 April 2013 hingga 5 May 2013.




Tunggu apa lagi? Ramai2 kita pergi serang Lower Ground 2, Klang Parade sekarang!


PRU 13 : Tiga Artis Popular Bertanding



20 April 2013, berlansungnya hari penamaan calon untuk Pilihan Raya 13 (PRU 13). Jadi kita dah tahu semua senarai calon yang bertanding baik untuk parlimen mahupun DUN. 


Yang menariknya, umtuk pilihan raya kali ini, kita dapat tengok ada tiga artis popular yang akan bertanding. Wow! Berani betul pemimpin parti masing2 untuk mencalonkan artis bagi mewakili parti mereka. Mereka yang bertanding adalah seperti berikut:


1) Aisyah 




Penyanyi Aisyah akan bertanding buat pertama kali untuk merebut kerusi Parlimen Jempol. Beliau yang mewakili PAS akan menentang Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Penyandang kerusi bagi Parlimen Jempol ialah Datuk Lilah Yasin.


2) Dayangku Intan




Penyanyi yang popular dengan lagu Berpaut DiDahan Cinta, Dayangku Intan pula akan menentang calon dari Barisan Nasional, Datuk Seri Azalina Othman Said dan juga calon Bebas, Mohd Azaman Johari di Parlimen Pengerang, Johor. Beliau yang mewakili PKR bertanding atas kesedaran untuk membela nasib artis Malaysia.


3) Herman Tino


Nama Aisyah dan Dayangku Intan memang disebut-sebut untuk bertanding dalam PRU 13. Tapi pada hari penamaan calon Herman Tino mengejutkan ramai orang kerana turut bertanding bagi merebut kawasan Parlimen Tanjong Karang. Beliau akan ditentang oleh Datuk Seri Noh Omar (BN) dan Mohd Rashdi Deraman (PAS).


Konsert Solo Hafiz di Dewan Filharmonik Petronas


Selain daripada Allahyarham Dato' Sudirman dan Anuar Zain, Hafiz lagi seorang penyanyi lelaki Malaysia yang aku minat. Suara dia sangat2 sedap. Kalau dia bawa lagu balada, memang emosi yang dibawakan sampai kat pendengar.




Aku pernah dua kali dengan Hafiz bawa lagu secara live. Pertama lagu Awan Nano masa Anugerah Juara Lagu. Kedua masa Anugerah Juara Lagu ke 27 dengan lagu Ku Akui. Masa dengar dia nyanyi, meremang bulu roma. Masa tu, memang aku dah niat, if Hafiz ada buat konsert, memang aku nak pergi.


3 Jun 2013 ini, Hafiz bakal beraksi solo, di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Tapi, 3 Jun 2013 ini aku masih kat kampung aku sebab abang aku kahwin. So, memang terlepaslah peluang aku nak tengok konsert solo pertama Hafiz.


Tiket dijual dengan harga RM 80, RM 128, dan RM 144. Tapi dengarnya, tiket yang berharga RM 80 dah habis dijual. Aku pun dengar, 80% daripada tiket dah habis dijual. Hanya tinggal 20% lagi.


Jadi, sapa2 peminat Hafiz dan juga peminat industri muzik Malaysia, bolehlah beramai-ramai pergi beli tiket dan tonton konsert solo Hafiz ini. Bukan selalu. Sokonglah industri muzik Malaysia.

Monday 22 April 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower Pari Pari Putih



Aku mau sekeh kau jugak kak! Sejibik kau tiru ayat aku masa buat segmen dulu. Tapi tak apalah kak, aku masih ingat jasa kau buatkan aku punya banner segmen aritu. Haha. So, bagi mengenang jasa kau yang banyak itu, aku dengan rela hati mencemar duli, join segmen kau. 




Banner tak boleh blah. Eh, gambar masa kau umur 15 tahun ka? Haha. Bibir tau mau kalah. Pinky betul! Lain kali mohon pakai lipstik warna hijau. Baru alien kak. 


Nak join segmen dia? Ini syarat2 nya :

1) Seorang blogger (Tak cantik tak apa, hensem perlu!) - Yes, aku lulus dengan cemerlang syarat pertama.

2) Follow blog Pari Pari Putih. - Aku dah follow sejak berkurun lamanya. Just belum follow blog Pari Pari Hitam (Eh, ada ka?)

3) Buat entri segmen ini. - Tengah buat lah ni. Nak siap dah pun.

4) Letak banner - Tuh dah tepek kat atas banner ko.

5) Selesai? Letak entri korang kat kotak komen. - Aku klik je butang publish, dan2 tu jugak aku letak kat ruangan romen.. Eh, komen.

Wah, dah siap? Kacang je kak. Kentut kat depan orang awam dalam lif lagi susah lah kak dari join segmen kau. Haha. Mohon diterima! Tak diterima, aku boikot tak datang umah kau selama dua hari. 



Segmen Blogwalking dan Hadiah Novel



Jom2 join segmen.





Nak join klik banner. Senang sangat!

PRU 13: Cara Kempen yang Kotor dan Racist!


Pilihanraya ke 13 dah makin dekat. 5/5/2013 tarikh kita mengundi. Sekarang, macam2 kempen keluar kat ceramah, banner, surat khabar dan lain2 media. Baik dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. 


Tadi aku buka dan baca satu surat khabar. Terkejut beruk aku bila tengok dua iklan ini. Aku bukan penyokong Pakatan Rakyat. Bukan juga Penyokong Barisan Nasional. Tapi bagi aku, cara kempen ini dibuat sangat2 racist.


Tak caya?






Pandai2 lah korang menilai sendiri ayat yang ditulis. Tolonglah, kalau nak berkempen pun guna cara yang bersih dan jangan racist!


Fenomena Gwiyomi : Koleksi Video Gwiyomi Versi Lelaki


Dulu, satu dunia sibuk dengan Gangnam Style. Macam2 orang buat parody. Pastu Harlem Shake. Semua sibuk duk buat parody. Sekarang satu dunia dilanda virus baru, Gwiyomi. Tapi virus kali ini aku rasa sangat teruk. Semua sibuk duk buat parody.


Ada yang sangat cute, seksi, menggelikan hati, tapi yang paling banyak, jelik! Haha. Tak caya? Jom usha video2 kat bawah. Tapi kali ini, kita bagi koleksi Gwiyomi versi Lelaki dulu ok. Jom tengok!



















Eh, nak tengok version perempuan pula? Ok2!Nanti aku free aku ushalah mana yang best.


Wanita Mati Ditikam Penyamun



Menakutkan betul! Seorang wanita berusia 52 tahun, Ong Ai Sam, mati ditikam bertubi-tubi oleh dua orang lelaki yang ingin meragut beg tangannya sewaktu dia sedang berjoging di Seksyen 1, Bukit Gasing.



Masa kejadian, suami dan juga anak mangsa berusia 17 tahun ada di tempat kejadian. Tapi dalam surat khabar Kosmo, tak ada pula cerita dengan detail macam mana boleh terjadi, ataupun temu bual dengan anak atau suami mangsa yang ada kat tempat kejadian.


Subhanallah. Sumpah aku ngeri bila baca kejadian ragut. Tambah-tambah lagi, sehingga menyebabkan kematian. Risau betul aku. Aku pun masih dalam keadaan trauma bila teringatkan kejadian ragut yang menimpa aku minggu lepas. Nak tau? KLIK SINI.


Aku rasa, mungkin mangsa masa tu berkeras tak mau bagi beg tangannya. Sebab tu penyamun bertindak ganas dengan menyerang mangsa dan menikamnya. Pesan aku, tak payahlah nak lawan balik. Bagi aja apa yang ada. Kalau melawan, nasib tak baik, nyawa kita pula melayang.


Ingat, barang atau harta kita yang disamun atau hilang, kita boleh cari, boleh ganti balik. Tapi nyawa kita? Sekali ini je kita dapat. Tak kan ada dah gantinya. 


Buat penyamun kat luar sana, ingat, mungkin kat dunia korang terlepas, atau lebih teruk Allah balas terus kat muka bumi, tapi ingat, kat akhirat, korang insyaAllah tak akan terlepas!


Sunday 21 April 2013

Blog Review : Peserta Bloglist Lelaki Ini Bulan April (Siri 3)



Yes, akhirnya dah nak siap aku buat blog review. Dah dua siri, ini siri terakhir. Penat gak ek buat segmen ni. Tapi tak apa lah, demi orang yang join segmen aku. Ini ucapan terima kasih untuk korang.


1) Nurmujahidah



Eh, aku rasa macam pernah jumpa dia ni. Budak sekolah aku ke? Lupalah. Haha. Yang pasti, tahi lalat kat muka manis. (Tektik mengorat, nampak!) Follower? Dah dua ribu lebih. Waaa, segannya. Yang aku respect, blog dia sangat kemas.


2) Normawar 



Wah, meriahnya blog. Penuh gambar muka dia. Macam2 aksi. Lucu, gembira tapi tak ada pula gambar menangis. Letak gambar nangis pula ye tuan tanah.


3) Asmar Arafad




Wah, cumel jugak ek letak nama aja kat header. Tapi kan, kalau letak kat center lagi cantik kan? Hehe. Pendapat aja tuan blog. Aku suka warna blog dia, biru laut. Sweet sangat!


4) Budak Manja 94




Alalala, comelnya header dia. Dengan warna pinknya, teddy bearnya, kiut la adik ni. Umur 19 tahun baru. Patutlah pinky adik ni. Background blog adik ni sweet, love2 warna hitam putih.


5) Takaful Shah Alam



Blog ini pasal Insurans Takaful. Tapi bukan semua pasal Takaful. Ada juga info dan maklumat pasal hal semasa. Sapa rasa nak diri dan keluarga dia dilindungi, jenguklah blog ini.


Gwiyomi Mengarut Lelaki Dalam Kolam



Aku duk umah blogger Pari-Pari Putih. Lepak umah dia dengan bebudak lain. Hari ni plan nak g FRIM Kepong tu yang berkampung kat sini.


Semalam g mandi kolam. Biasalah umah kondo, sah2 la ada kolam renang kat dalam kawasan perumahan. Kami semua beramai2 buat Rombongan Kak Ton pergi mandi kolam.


Masa seronok mandi, kawan aku buat idea sengal, nak buat Gwiyomi dalam kolam. Aku dah la tak tahu step nak buat Gwiyomi tu. Semua main bantai aja. Haha.


Tengok2 Pari-Pari Putih pergi letak dalam Youtube. Hahaha. Nak tengok? Tengoklah!


 


Tolong jangan kutuk kami. Ini hanya gurauan. Haha.


Saturday 20 April 2013

Segmen Blogwalking Aisyah Humaira'


Dah lama rasanya aku tak join segmen2 ni. Tadi tergerak pulak nak join. Biasalah bila idea dah tak da. Kering kontang je idea kat otak ni.




Aku dah follow blog tuan tanah. Follower ke 5125. Aku pun dah like fanpage dia, orang no. 3340. Wah, bangga2!


Harap aku diterima. Terima kasih tuan tanah.


Blog Review : Peserta Bloglist Lelaki Ini Bulan April (Siri 2)



Dengan semangat penuh iltizam aku nak update lagi lima peserta terawal Segmen Bloglist Lelaki Ini Bulan April. Berpeluh2 aku nak  buat. Nak2 masing2 aku tak leh nak save header diorang. Sume tak kasi. Haha, last2 kena buat print screen.


1) Kakizan Omar



Lagi blog yang simple. Suka2! Tak payah nak loading lama, klik terus keluar blog dia. (Kalau internet korang tak lembab macam siputlah).Lagi satu, tulisan dalam entry pun seronok mata aku nak tengok. Tak kecil, tak besar sangat. Tak sakit mata. Hehe.


2) Aimi Syahirah



Ini blogger fames amos. Segan plak aku nak komen atau review blog ni. Mahu aku kena boikot dengan peminat2 blogger ini. Haha. Blogger ni ada jual something kat blog dia. Nak tengok? Pergilah usha.


3) My Lovely Bee




Ni sekor lagi kawan menggila aku. Selalu lepak2 dengan dia kalau ada gathering. Antara blogger yang mula2 aku kenal kat luar dunia maya ni. Hehe. Baik korang usha blog, n kawan serapat2 nya dengan dia. Director kowt! Untung2 korang boleh jadi penama KWSP dia. Haha.


4) Eraz Fadli



Waaa... seorang lagi blogger retis join segmen aku. Seram siot nak review apa2. Hoho. Yang pasti aku sangat suka header dia. Tapi, aku lagi hensem. Yes! Gurau aja. Blog dia warna biru. Cantik, wo. Korang usha lah followers dia berapa dan rangking Alexa dia. Memang kebabom.


5)Silence Blogz



Ini seorang lagi member blogger menggila aku. Warna putih dan hijau. Best tengok woo. Kalau blog dia ni, banyak bagi info yang berguna, terguna dan diguna. (Aku pun pening dengan apa yang aku tulis). So, kalau korang nak tambah ilmu, jom baca blog dia.