SAYANG KOWG!

Monday, 24 September 2012

Laptop Aku Menggedik!




Aku bukan main, pinjam DVD dengan manager aku. Saja nak tengok bosan-bosan kat bila kat rumah lepas habis kerja. 30 keping DVD aku pinjam.


Ada beberapa keping aja yang original, 3 keping kalau tak salah. Yang lain semua, DVD cetak rompak.  Semalam semangat berkobar-kobar nak tengok. Habis 3 keping DVD yang original aku tengok dekat laptop.


Then pasanglah pula DVD tak original. Pasang satu cerita tak boleh. Aku fikir DVD yang rosak. Pasang lagi satu, pun tak boleh main. Cuba yang lain pula, juga tak jadi.


Banyak juga la DVD yang aku cuba pasang. Semua tak boleh! Nampak tak? Laptop aku menggedik. Tak mahu terima DVD yang cetak rompak! Wah, demand kau ye laptop!!!


Tak pe, tak pa kau laptop! Esok aku mahu beli DVD player!


5 comments:

Gieyana said...

dvd player akak lama dh x guna..nak pinjam? Ekekekeke..:-)

wantie said...

hahaha... ayat best tu. menggedik. ingatkan orang je yg menggedik. lappy ko pun menggedik jugak ek.

akak jarang layan DVD. kalau on DVD kat umah pun utk anak akak je.

Bukan bz. cuma akak ni jenis kalau layan berejam rejam kat depan TV tu tak boleh ar. ada je lah kerja yg nak buat. last TV tu yg tengok akak . hahaha

Si Matatajam said...

Pandai laptop tu pilih yg ori saja...

a.R said...

maknanye dia tak nak subahat tonton tak ori ngn ko le tew..huhuhu~ cumel jew..

boni kacak said...

lap top tu anti lanun cetak rompak agaknya.hahahaha