Sorry sangat2 korang weh. Aku busy gile sekarang. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, aku dah daftar masuk kursus Kadet pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 May 2013 yang lepas. So, dah empat hari aku berkampung kat Intan Bukit Kiara.Eh, sehari je kat Intan, tiga hari dua malam kat Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka.
Cuba bayang baru sehari daftar, tapi kami dah kena pergi Group Integration kat Jasin Melaka. Penat tuhan saja yang tahu. Telefon bimbit pun kena serah kat urusetia tok keselamatan. Tapi, berbaloi2 gile keletihan aku. Sangat best! Cuma penat dan tak cukup tidur.
Hmmm.. aku maybe akan jarang update entry untuk setahun ini. Kalau aku update pun maybe hari ahad, atau masa aku free2. Tapi maybe bila aku ada masa terluang, aku akan cuba gak buat auto publish.
Korang tau, bila aku masuk sini, ada beberapa orang bila aku cakap nama aku, diorang terus balas, kau ada blog ek? Aku baca weh blog kau! wah, artis tak aku? Haha. Ini semua poyo!
Lagi satu, ramai gila tanya pendapat dan pengalaman aku masa pergi PAC (Assesment Centre) Kadet pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sorry sangat2 sebab aku tak sempat jawab. Aku tak sempat lagi nak buat entry pasal PAC Assesment Centre tue. Gila busy! Tapi insyaAllah, sebelum korang gi PAC aku akan tulis ok.
K la korang. Aku dah mengantuk. Nasib baik malam ni tak de aktiviti sebab baru balik dari kem. Penat basuh baju yang menimbun. Kalau kucing menyorok dalam timbunan baju aku tu pun aku takkan jumpa. Haha. Good night!
No comments:
Post a Comment