SAYANG KOWG!

Monday, 3 September 2012

Kisah Kunci Bilik dan Kad Jusco..




Ingat tak kes, yang aku terhilangkan kunci motor aku dan terpaksa pinjam motor kawan aku untuk pergi kerja? Tak ingat? Tak tahu? KLIK SINI.


Hari ini, kejadian yang lebih kurang sama berlaku lagi. Tapi kali ini, bukan kunci motor, tapi kunci rumah dan kunci bilik. Dan kali ini pula bukan terhilangkan, tapi tertinggal kat office.


Tadi kitaorang ada badminton. Saja main badminton dengan kawan-kawan office. Sebabkan nak cepat pergi main, aku tak perasan yang aku tertinggal kunci rumah dan kunci bilik atas meja.


Lepas main badminton, balik rumah. Tapi bila sampai rumah, baru perasan yang kunci rumah dan bilik tak ada. Nak pergi office pula kunci office aku memnag tak pergi. Nak minta dengan officemate semua rumah jauh.


Terpaksalah tunggu kawan serumah aku. Tapi yang jadi masalah bila dapat masuk, bilik pula tak leh buka. Terpaksalah guna kad Jusco untuk buka. Dah usaha, peluh minitk, barulah dapat buka.


Lalai kan aku? Adoyai. Aku pun tak tahu la. Muda lagi, baru 23 tahun. Tapi dah lupa macam-macam. Bak kata orang, nasib baik "benda itu" mlekat. Kalau yang jenis boleh cabut, dah lama hilang jugak!


Ketelanjuran Nurul Syuhada Nurul Ain dan TV3...



Kecoh satu Malaysia bila pengacara cantik manis program Malaysia Hari Ini (MHI), terbitan TV3 mengatakan bahawa Bintulu, Sarawak merupakan kawasan daif semasa memberi ulasan siaran lintas lansung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 di Bintulu, Sarawak.





Menurut Kosmo, ayat ini yang menyebabkan rakyat Bintulu tersinggung dan marah dengan Nurul Syuhada dan TV3, "Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan..berjaya dan terus mengangkat bandar (Bintulu) sendiri.


Disebabkan itu, Nurul Syuahada dan TV3 telah memohon maaf di atas ayat di atas dan mengatakan bahawa ini salah faham dan salah tafsiran ulasan yang diberikan oleh Nurul Syuhada.


Pada aku, bila baca ayat di atas, tak adalah berbaur hinaan, cacian atau celaan. Aku rasa dah banyak ulasan yang diberikan kepada daerah-daerah lain di semua negeri. Contoh paling jelas, selalu aja aku baca dan dengar pengulas atau wartawan mengatakan negeri Kelantan miskin dan daif.


Jadi, haraplah semua pihak maafkan Nurul Syuhada dan TV3. Aku pasti, mereka tak berniat pun nak hina Bintulu, Sarawak atau timbulkan kontroversi.


Sunday, 2 September 2012

Majalah Maskulin Edisi September 2012



Tiap-tiap bulan aku mesti akan dapatkan Majalah Maskulin. Tapi baru tahun lepas, aku mula kumpul buat koleksi. Bukan apa, banyak benda yang aku belajar dari pembacaan majalah Maskulin ini.
 



Untuk Maskulin Edisi September ini, cover depan adalah Zulhuzaimy, seorang pelakon lelaki serba boleh. Aku memang kagum gila bila tengok Zulhuzaimy berlakon. Bagilah watak apa pun, pasti aku dilakonkan dengan berkesan.


Antara kandungan dalam Maskulin kali ini ialah , 20 Tips Senaman & Diet untuk si kurus, Sindrom Raynaud, Personaliti Sukan Dale Earnhardt Jr. Padahnya Abaikan Suami, Bijak Berbelanja Di Online Shopping dan macam-macam lagi.


Jadi, jangan lepaskan peluang, untuk dapatkan majalah Maskulin edisi September 2012 di pasaran sekarang.