SAYANG KOWG!

Friday, 7 September 2012

Malunya Aku...Mana Nak Letak Muka Ni?



Hmm..sorry sangat2...Dah dua hari aku tak update blog...Busy lah..Aku ada traning Basic Fire Insurance kat Malaysian Insurance Institute kat Maju Junction Mall. So, tak ada masa nak update blog.


Aku bukan nak cerita pengalaman aku pergi training..tapi pengalaman bila balik dari training. Aku pergi sana naik motor, dekat aja. Dan sah2 la juga, bila balik aku naik motor juga. Tak kan keta lembu pulak.


Nak dijadikan cerita, masa tu jammedlah kan. Dalam pukul 6 petang. Memang jammed tak ingat. Masa tengah jalan tu, aku dengar bunyi hon. Kuat gila. Tengoklah kanan, dan kiri, sapa yang bunyikan hon.


Lima minit jugalah bunyi hon tu. Dalam hati aku siap maki-maki, sapalah bodoh sangat pergi bunyikan hon lama-lama. Buat sakit teling aja. Tak puas hati, aku usha lah pulak depan n belakang.


Masih tak tahu sapa yang bunyikan. Aku tengk orang kanan dan kiri, yang naik motor juga pun buat benda yang sama. Tertengok-tengok sapa yang bunyikan hon tu.


Rupanya, baru aku perasan, bunyi hon yang kuat dan lama tu, datang dari motor aku! Cisssss! Macam mana boleh bunyi? Macam mana aku tak perasan?


Malunya aku tuhan saja yang tahu. Rasa nak sorokkan muka dalam mangkuk jamban. Adoyai!


Tuesday, 4 September 2012

Update Ranking Alexa..



Maaflah..Aku dah obses dengan Ranking Alexa. Setiap hari nak tengok perubahan ranking Alexa aku... Hah? Tak tahu apa itu Ranking Alexa? Rujuk Sini... ALEXA..


Kali terakhir aku bagitahu korang..pada 31/08/ 2012, aku berada di ranking ke 7,084,394. Huhu.. Teruk, kan? Tapi lebih baik daripada masa 03/08/2012 iaitu 10,278,400.


Teng, teng teng! Cuba teka hari ini punya aku ranking berapa? Sebelum tu, nak bagitahu jugak, yang semalam punya aku berada di ranking 5,820,113. 


Dan hari ini...aku berada di ranking 5,809,178! Hehehe..Tahniah, tahniah, tahniah Lelaki Ini. Aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, kepada semua followers dan kepada semua pengunjung sebab sudi memeriahkan blog aku. Thank you so much!






Jangan lupa untuk check ranking Alexa anda juga!



Melaburlah Bersama Amanah Saham Nasional Berhad





Seriously aku cakap, aku memang seorang yang susah untuk menyimpan. Dengan kata lain, boros. Memang dari masa belajar lagi, bila biasiswa JPA masuk, mulalah berkira kira nak beli itu, nak beli ini.


Tapi bila dah bekerja, aku dan semakin sedar, yang menyimpan adalah perlu! Mana nak cari duit nak beli kereta, rumah, dan nak kahwin. Nanti dah ada anak, duit simpanan pun boleh guna.


Nampak tak keperluan menyimpan? So, aku nak ajak moyang, atuk, nenek, ibu, ayah, adik, kakak, abang semua, untuk sama-sama menyimpan demi masa depan anda. 







Dan tempat paling best untuk menyimpan ialah dalam tabung-tabung unit amanah jagaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Misalnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham 1 Malaysia, Amanah Saham Nasional dan banyak lagi. 


Dalam Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ugama Islam Malaysia kali ke-80  telah memutuskan bahawa melabur dalam skim ASB, ASN dan sebagainya adalah harus. Jadi, kepada semua umat Islam jangan takut untuk melabur dalam tabung amanah ASNB.


Jom semua orang kampung, pakat-pakat kita melabur supaya kita bukan setakat boleh menyimpan duit kita, malah duit yang disimpan boleh digandakan dan boleh untuk digunakan di masa hadapan.