SAYANG KOWG!

Thursday, 23 May 2013

Sekumpulan Blogger Mengganas di Genting Highlands


Maaf, dah lama gambar2 Genting Highlands ni aku simpan. Malam tadi, masa aku tengah transferkan gambar2 lama masuk hard disk, aku perasan gambar2 mase gathering blogger. Kami lepak kat Genting Highlands. Bila? Sumpah aku tak ingat. Tapi tahun ni lah. Haha.

Malas nak bebel. Jom usha gambar, lagi seronok.


Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands, Corkscrew

Genting Highlands



Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands Outdoor Theme Park

Ni first time and maybe kali terakhir aku akan jejak kali kat FGenting Highlands. Aku bukan takut, tapi bila naik benda tinggi2 kepala aku pening. Lagipun mahallah. Tak berbaloi. Dapat main berapa banyak games je.


Wednesday, 22 May 2013

Sebutan Semula Kes Pembunuhan Nur Syaleza Jaffar



Sebelum ni negara kita digemparkan dengan kematian seorang eksekutif pentadbiran TV 9, Nur Syaleza Jaafar awal Ramadhan tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa 26 Jun 2013 ini sebutan semula kes akan dilakukan. 

Nur Syaleza Jaafar dilaporkan mati apabila mayatnya dijumpai tergantung dalam bilik oleh suami, Norazman Bashah Ahmad ketika dipanggil untuk berbuka puasa.

Namun, suaminya didakwa membunuh mangsa di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam pada hari yang sama. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahu status dan punca sebenar kematian.

Ya Allah, kalau betullah suami dia yang bunuh, terkejut betullah. Sanggup sungguh bunuh isteri sendiri. Kalau betul, moga Allah membalas segala perbuatannya.


Siapakah CEO Baru Maybank?

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Seperti yang ramai sedia maklum, CEO Maybank sekarang Datuk Seri Abdul Wahid Omar bakal meletakkan jawatan pada 4 Jun ini sebelum dilantik sebagai Menteri di Jabatn Perdana Menteri dan akan mengangkat sumpah pada 5 Jun 2013 ini.

Pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank), Tan Sri Megat Zaharuddin menegaskan bahawa Maybank sedang mencari calon terbaik bagi mengisi jawatan tersebut. Maybank masih menimbang sama ada mahu mencari orang luar atau mengambil orang dalam Maybank sendiri.

Ikutlah sapa2 pun, janji boleh buat kerja.