SAYANG KOWG!

Thursday 31 May 2012

Buat Baik Berpada-pada..



Dulu selalu aku dengar ..
Peribahasa "Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali."
Bagi aku..
Inilah peribahasa paling tak baik..


Kenapa?
Sebab dia seakan-akan melarang kita...
Untuk melakukan kebaikan..
Itu masa aku sekolah rendah..
Masa pengalaman tak cukup..
Untuk betul-betul memahami 
Maksud tersirat di sebalik peribahasa tersebut..


Tapi sekarang..
Setelah meningkat dewasa..
(Bukan tua ok!)..
Aku dah makin faham..
apa sebenarnya..
peribahasa tu maksudkan..
Mksdnya..
kalau nak buat baik..
Biar bertempat dan betul caranya..
Dan aku setuju...


Dulu..
Aku kalau nak buat baik..
tak pernah sekali pun berkira..
Aku hulurkan bantuan..
tak kira apa situasi pun..
Tapi sekarang..
Bila macam2 kebaikan yang aku buat..
Tapi aku yang terkena balik..
memang buat baik..
kena berpada-pada...


Buat apa kita buat baik..
kalau kebaikan kita disalahgunakan?
Kalau kita buat baik..
sampai orang pijak kita..
Kalau orang hanya cari kita..
Bila nak gunakan kebaikan kita..
dan tinggalkan kita..
Bila kita tak memberi apa-apa makna...


Cis!
Blah korang dari hidup aku!
Aku tak pernah..
dan tak akan perlukan..
Insan2 yang berperangai macam kau!





Wednesday 30 May 2012

"Awat kuruih sgt? Tak Anuar Zain Dah La!"




Weekend lepas hari Sabtu,
Aku g lepak kat Putrajaya...
Himpunan Sejuta Belia..
Bukan aku nak cerita,
Macam mana meriahnya himpunan tu..
Tapi aku nak cerita..
Pasal benda lain...



Kat sana aku jmpa best friend aku, Jaja...
Dia plak dtg dengan 
Kakak angkat dia, Kak Qiez..
First time tu  aku jmpe Kak Qiez..
Before ni aku hanya dnegar nama,
dan cerita tentang dia...



Masa mula2 aku jumpa dia..
Antara ayat terawal yang dia cakap.
"Awat kuruih sangat? Tak hensem dah,
Tak Anuar Zain dah!"
Aku terperanjat gila..
Masa dia cakap macam tue kat aku..


Bukan terkejut sebab 
dia cakap aku tak hensem..
Tapi tak sangka itu antara words
pertama dia berbnding dengan banyak lagi words..
"Keje kat mana?"
"Sihat ka?"
"Mai dengan apa?"


Waaaa...
Kurus sangat ke aku?
Aku rasa dah makan banyak dah..
Duit gaji habis kat belanja makan ja..
Mana ada soping sangat...
Makan je keje..
Macam minggu lepas..
seminggu lunch dengan KFC..
Hahah...


Okeyh..
Misi baru..
menggemukkan badan!





Tuesday 29 May 2012

Sekali Lagi...Maafkan Aku!



Baru minggu lepas..
Aku minta maaf dengan kau..
Aku janji yang aku tak akan..
Tinggalkan kau..
Tapi maaf..
Aku terpaksa...
Biarkan kau bersendirian lagi..


Aku memng tak bertanggungjawab..
Tapi aku bukan sengaja..
Aku sibuk bekerja..
Aku sibuk dengan urusan dunia..
Macam-macam yang aku kena lalui..
Dua minggu ini..


Maafkan aku sekali lagi..
Wahai blog..
Tapi kali ini,
Aku tak kan janji tok tak tinggalkan kau..
Aku cuma boleh janji..
Tok cuba sebaik mungkin..
Untuk tidak meninggalkan kau..
tak berupdate...



Nota Isi Perut:
Entry khas untuk blog aku sendiri!



Wednesday 16 May 2012

Aktiviti Malam Hari...




Sejak dua menjak..
Tiga menjak empat menjak..
Hahhaa..
Aku dah start join..
Aktiviti budak2 officemates aku..
Malam2 office kitorang support..
Aktiviti sukan malam..
So..sumenya company bayar..


Macam hari Selasa malam Rabu,
Kami akan main badminton..
Kat area Petaling Jaya dan
Kadang2 kat area Bangsar..



Kalau hari Rabu malam Khamis..
Kami ada ChiGong..
Kat rumah Chairman kami..
Tak tau apa tue ChiGong?
Pg check sendiri..
Hahhah



Dgr cerita pulak..
Lepas ni..
Diowg nak buat main badminton..
Dua kali seminggu...
N maybe akan ada aktiviti..
Pg gym pulak!
Wah...
Suka2x!



Tuesday 15 May 2012

Maafkan Aku...



Wahai blog..
Maafkan aku sebab..
Dah lama tak pedulikan kau..


Minggu lepas aku..
Tersangat, amat, terlalu busy..
Busy dengan kerja kat office..
Yang berlambak-lambak..
Busy dengan urusan beli rumah..
Yang masih tak selesai2 lagi..


Aku pun sibuk..
Dengan dua benda..
Yang berkaitan dengan masa depan aku..
Adoyai!
Memng sangat2 busy..


Sebab tue la blog..
Aku tak pedulikan kau..
Jangan merajuh, k!
Minggu ni and mnggu2 seterusnya..
InsyaALLAH..
aku akan pedulikan kau balik!
Tak janji,
Tapi aku cuba..
Heheh..


Monday 7 May 2012

TAHUKAH ANDA: Day Napping dan Kelebihannya.




Macam yang kita sedia maklum,
Waktu tengah hari..
Adalah waktu yang paling produktif,
Masa tu kita sangat2 aktif,
Untuk buat kerja,



Tapi,
Kalau boleh,
Curi2 lah sedikit masa,
Waktu tengah hari anda,
Umtuk lakukan Day Napping!
Apakah?
Day Napping ni sebenarnya bermaksud..
Korang tidur sekejap..
Selama 15-30 minit..
Di waktu tengah hari...



Actuallt Day Napping ni..
Sangat2 baik untuk dilakukan..
Sebab masa tengah hari..
Hormon Kortison kita menurun..
kepada paras yang paling rendah,
Ia akan mengakibatkan badan kita..
Jadi lemah n tak bersemangat..



So,
Day Napping ni salah satu cara,
Tok mengembalikan tenaga korang,
Selain tue,
Kita dpaat kurangkan tekanan,
Meningkatkan daya tumpuan,
N sangat2 baik untuk jantung kita..



Jadi,
Apa lagi,
Tengah hari karang..
Jangan lupa ber"Day Napping!"







Friday 4 May 2012

TAZKIRAH: Petua Imam Syafie.



1) Empat perkara yang menguatkan badan

  • Makan daging
  • Memakai haruman
  • Kerap mandi
  • Berpakaian dari kapas

2) Empat perkara melemahkan badan
  • Banyak bersetubuh
  • Selalu cemas
  • Banyak minum air ketika makan
  • Banyak makan makanan yang masam

3) Empat perkara menajamkan mata
  • Duduk mengadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yang hijau
  • Berpakaian bersih

4) Empat perkara merosakkan mata
  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat

Moga jadi renungan buat kita..
Dan diamalkan sentiasa..


Thursday 3 May 2012

AKTIVITI: Qigong - Senaman Untuk Kesihatan.




Qigong?
Sumpah aku tak pernah tau..
Apa sebenarnya Qigong..
Baru2 ni je aku tau..
Tu pun lepas Chairman aku..
Ajak buat Qigong kat rumah dia..
Malam ni..



Actually Qigong ni..
Senaman tradisional masyarakat Cina..
Untuk tujuan kesihatan..
Ia melibatkan kawalan pernafasan 
dan juga pergerakan seseorang..



Banyak faedah bila buat Qigong ni..
Antaranya ialah..
Meningkatkan pengaliran darah,
Meregangkan otot-otot,
Menyembuhkan penyakit2 kronik..
Macam tekanan darah tinggi n gastrik,
Meredakan tekanan n stress..
N macam2 lagi..



Yang paling best...
Malam ni aku akan buat..
Qigong bersama kawan2 officemate aku..
And instructornya..
Seorang Ustaz dari..
Pusat Rawatan Al Hidayah...
Tak tau??
Ala tempat yang Ashraf Muslim tue...
Jom usha KAT SINI...




Hari Ni Lunch Free Lagi..




Bestnya nak datang kerja hari ini..
Cz lunch kejap lagi..
Nak makan kat Kokopelli, SEc 14 lagi..
Wah..best2!
Dapat makan mahal2 lagi..
Hahah..



Hari ni..
Aku n branch manager aku..
Keluar makan dengan Adjuster..
Sapa tahu pasal insurance..
Tahulah sapa Adjuster ni..



Tempat pilihan?
Tentulah Kokopelli kat SEc 14, PJ!
Best sgt2 makanan kat sini..
Lagi best..
Cara diorang melayan pelanggan..
Sangat2 ramah n  first class...
Masa yang diambil untuk..
Diorang serve makanan pun..
Tak de la lama..
Kalau nak dibandingkan dengan..
Jumlah pelanggan yang ramai kat restoran...



Apa2 pun..
Try la makan kat Kokopelli ye..



Wednesday 2 May 2012

Peluang Kali Kedua...




Bila kita bercakap tentang peluang..
Ramai yang cakap..
Peluang hanya akan datang sekali...
Takkan ada peluang kedua..
Jadi, peluang yang datang..
Ambillah, jangan lepaskan..



Tapi aku tak percaya!
Aku lebih percaya dengan rezeki Allah..
Dan takdir yang dah ditetapkan...
Kalau betullah benda tu rezeki kita...
kalau kita terlepas..
Lain kali InsyaALLAH..
Akan datang lagi..
Mungkin dalam bentuk yang lebih baik..



Macam aku sekarang..
Aku terlepas satu peluang..
Yang bakal merubah masa depan aku...
Tapi tanpa disangka-sangka..
Peluang itu datang lagi..
Walapun dalam bentuk yang lebih sukar...



Hmm..
Aku percaya..
Kalau betullah peluang yang ada..
Rezeki aku..
Pasti rintangan atau cabaran..
yang bakal aku lalui..
Akan jadi mudah..
Kalau itu rezeki aku...



Doakan aku!



YB Menteri Besar Negeri Sembilan...Turun Padang!




Weekend lepas...hari Ahad..
Cousin aku kawin..
Kat Seremban, Negeri Sembilan..
Alhamdulilah..sumenya berjalan lancar..
Anak Pak Long aku..
Sebelah ibu selamat dinikahkan...



Tapi yang terkejutnya...
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Dato' Seri Utama Haji Mohamad BIn Haji Hassan..
Sanggup turun padang..
Menghadiri kenduri kahwin..
Sepupu aku ni..
Memang tak sangka.



Selidik punya selidik..
Mak long aku pernah..
Bagi kat Dato'..
Kad undangan masa satu majlis UMNO..
Sebelum ni..
Wah, baguslah..
Sanggup turun padang untuk rakyat..



Ada satu lagi saat mengejutkan..
BIla ramai gile tengah beratur..
Untuk nak salam YB..
Aku pun beratur la jugak kan..
Tetiba masa turn aku..
Dia tarik tangan aku..
N cakap...
"JOmla tangkap gambar!"



Ya Allah,
Malu giler aku masa tu..
Muka aku berubah terkejut..
Sepupu2 aku bantai gelak kowt..
Hahaha..
Tak caya?
Ini bukti...