SAYANG KOWG!

Friday 29 March 2013

Dapat Souvenir Dari Indonesia



Minggu lepas bos aku tak ada kat office. Melancong kat Yogyakarta, Indonesia. Seronoklah orang gaji besar kan. Melancong aja kejenya. Tiap2 tahun dia melancong luar negara. Best, kan? Kali ini pula, dia pergi Yogyakarta, Indonesia.


Part paling best, bila dia balik masuk office, ada cenderahati untuk kami! Kami semua dapat Fridge magnet satu sorang. Kebetulan, aku memang pengumpul Fridge Magnet.So, memang happy gila dapat Fridge magnet dari Yogyakarta, Indoensia.




Nah, tengok2. Gambar ajalah. Yang betul, takmo aku tepek kat blog. Karang korang curi. Haha. 



Thursday 28 March 2013

Awesome : RHB Friday Specials



RHB Friday Special kembali lagi. Wow! Kali ini tawaran lebih menarik. Ingat tak korang, RHB pernah buat Friday Specials sebelum ini. Kalau korang bukan pengguna Debit atau Credit Card RHB sah2 la korang tak tahu. Tapi bagi pengguna RHB macam aku, sah2 aku alert benda2 macam ini.




Untuk RHB Friday Special kali ini, korang kena belanjakan RM 30 minimum untuk layakkan korang dapatkan sesuatu yang istimewa dari RHB dan partner2 yang terlibat. Antara syarikat yang terlibat dalam RHB Friday Special ini ialah Kenny Rogers Roasters, Starbucks, dan juga Popular.


Caranya, korang hanya perlu belanjakan RM 30 minimum menggunakan RHB Debit atau Credit Card dekat mana-mana outlets Kenny Rogers Roasters, Starbucks dan Popular. Kemudian, korang akan dapat extra makanan, minuman dan juga cash voucher.


Contonhya, kalau korang gunakan dekat Kenny Rogers Roasters, korang akan dapat Kenny's Quarter Meal. Kalau kat Starbucks pula, korang akan dapat satu Tall Siza Latte (iced/hot). Kalau gunakan kat Popular pula, korang akan dapat RM 5 cash voucher.


Senang dan menarik, kan? Jadi apa lagi, gunakan RHB Debit dan Credit Card korang bila berbelanja dekat Kenny Rogers Roaster, Starbucks atau Popular. Tapi ingat, kena belanjakan RM 30 minimum untuk melayakkan korang untuk dapatka benda-benda yang aku sebutkan kat atas.


Nak tahu lebih lanjut, SILA KLIK SINI.

*Promosi bermula dari 22 March 2013 sehingga 26 July 2013*



Wednesday 27 March 2013

Segmen : 300 Bloggers



What? Segmen 300 Bloggers? Wah, macam best aja. Tadi belek2 blog. Tengok ada satu blogger buat segmen nak mengumpulkan 300 bloggers untuk dibuat bloglist. Banyak, betul, kan?


Yang pasti, aku cukup teruja nak join. Terkinja-kinja jugaklah aku masa nak buat entry ni. Nak kencing pun, aku sanggup tahan semata-mata nak buat entry ini. (ok, ini tipu). 




Tergedik2 nak join juga? KLIK SINI or kat gambar di atas ok. Semoga tersenarai!



GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI



Tadi buka satu blog, tengok tuan tanah blog buat satu segmen. Dia nak bagi Fridge Magent wa cakap sama lu. Aku apa lagi.. buntang mata sebab aku memang sangat, amat, terlalu suka kumpul Fridge Magnet. 


Yelah, kita nak pergi, duit pun tak cukup lagi nak melancong. Yang dalam Malaysia ni pun nak pergi kena ikat perut makan rumput tiap2 hari. (Ini tipu). Inikan pula nak pergi oversea walaupun Thailand or Indonesia.










Best, kan? Tengok pun dah best apatah lagi kalau aku dapat. Mau melompat sampai ke bintang macam ni. Haha. Harap aku terpilih :)



Nak join? KLIK SINI.



Wordless Wednesday : Online Shopping






Jangan terlampau taksub dengan teknologi.



Monday 25 March 2013

Wow! Lelaki Cantik Datang Lagi Dengan Parodi Diamond - Rihanna



Ingat tak ada seorang "lelaki" yang buat parodi lagu Sayang - Shae? Mesti korang ingat. Gila kau? Tak kan tak ingat aksi gerakan leher yang bagai nak terkehel juga tangan yang liuk lintuk lemah gemalai tu? Haha. Mesti korang ingat sampai bawa dalam mimpi.  Kalau tak ingat.. KLIK SINI.


Dah tengok? Dah ingat balik? Aku confirm korang tengah senyum2 kambing, atau lebih teruk ada orang tengah gelak guling2 atas lantai. Haha. Jangan gelak sampau terputus urat kentut sudah.


Kali ini, lelaki tersebut kembali dengan parodi yang terbaru. Lagu yang tengah hangat kat corong2 radio, Diamonds - Rihanna. Nak tengok? Sila tengok kat bawah.




Best, bukan? Hehe. Moga dia datang dalam mimpi korang.



Aku, Hujung Minggu dan Hari Isnin



Hari ni hari Isnin. Woooiii! Hari Isninlah. Bukan Sabtu or Ahad. Biasalah, Monday Blues. Semangat ke Laut China Selatan. Tak dak mood langsung hari ini. Bukan sikit, tapi tak ada langsung. Bangun dengan malas, mandi dengan malas, bawa motor dengan malas. Semuanya, gara2 hari Isnin.




Actually hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas aku kat Kampung Simat, Johol, Negeri Sembilan. Sepupu lelaki aku kahwin. Yang hari tue sebelah perempuan. Kali ini sebelah lelaki. Memang penat nak mampus.


Hari Jumaat drive dari KL ke Johol. Then, malam pula amik adik aku kat MRSM Jasin, Melaka. Then esok hari Sabtu pula kenduri dari pagi sampai ke malam. Hari Ahad pula, pagi2 dah pergi mancing. Petang pula drive dari Johol ke KL. Tenaga memang habis dah digunakan.


Sampai rumah aja semalam, rasa nak tidur aja. Tapi aku gagahkan diri juga, mandi, makan, basuh baju, solat, lipat kain, iron baju dan buang air besar. Kalau ikut hati, mau aja buang air atas tilam. Haha. Punyalah malas! Tapi semalam pukul 10.30 aku kat tidur. Penat sangat2!


Hari ini pula kena kerja. YaAllah, ikut hati yang tak mulia ni, ingat sahaja aku amik MC. Golek2 atas tilam macam ikan dugong lagi best. Haha. Tapi apakan daya, selaku pekerja cemerlang, hensem lagi bergaya (tipu, tipu dan tipu), aku datang juga kerja.


Ok dah! Habis membebel. Mau start kerja dah. Papai!



Thursday 21 March 2013

Keputusan SPM Najwa Latif



Hari ini semua budak2 SPM cuak. Yelah, keputusan SPM baru kuar kan. Ada yang menangis kegembiraan, dan yang pastinya ada juga yang menangis sebab keputusan rendah. Haha (Gelak jahat). Itulah. Sapa suruh tak study. Mak ayah suruh study pergi main FB, cintan cintun. Amik kau!




Ok. Lari topik. Aku ada dengar dalam Radio Era tadi, penyanyi cute miut Najwa Latif dapat 4A dapat SPM. Wah, hebat jugak ye. Dalam busy2 nyanyi sana, nyanyi sini, sempat lagi adik kita ni study. Entah2 sambil pegang mic pun dia study kowt.


Ok lah kan 4A. Yelah, busy la katakan. Kalau tak busy, mesti dah 10A dia dapat. Aku pun tak tahulah apa subjek yang dia dapat A. Aku pun ada terbaca yang bukan Najwa Latif yang amik result SPM dia. Tapi kakak Najwa, Syafikah.




Bagus2 Najwa Latif. Belajar pandai2, ada peluang jadi bini abang! Haha. Yelah, nak tunggu Elfira Loy, sampai sekarang kita tak tahu result SPM dia tahun lepas. Yela2 Elfira Loy, hak kamu. Apa2 pun abang tetap suka kamu. Haha.




Eh, lupa. Lagi satu, adik kepada Erin Malek pun amik SPM. Tahniah adik kepada Erin Malek sebab dapat 9A! Tepuk tangan, tepuk tangan! 


Juga kepada semua yang amik result SPM tadi, tahniah bagi yang dapat result gempak. Bagi yang dapat result biasa2 tu, usaha lagi ok! Chaiyok2!



Selamat Hari Lahir Adik



Tadi bila tengok Kalender, baru aku teringat, hari ini 21 Mac 2013. Aku duk tertanya-tanya, apa yang aku tertinggal hari ini. Ada benda penting hari ini. Apa ye? Sumpah aku lupa. Hari aku bersunat 14 tahun yang lepas ke? Hari pertama aku baligh ke? Lupa..lupa..


Then bila kau tengok balik handphone aku, baru aku teringat, hari ini birthday adik aku yang last, satu-satunya perempuan dalam adik-beradik aku. Selamat Hari Lahir Adik! Sorry la angah wish lambat. (Eh, pukul 10.30pg tak lambat, kan?).





Ini lah adik aku yang aku maksudkan. Kenapa muka lain?Dia anak pungut kowt. Haha. Tak adalah. Dia ikut muka ayah aku, aku pula ikut muka ibu. Tu yang lain sikit tu. Warna kulit pun lain sikit. Aku agak cerah, dia gelap sikit. (Bestnya kutuk adik sendiri). Hahah.


Tahun ini, adik aku nak ambil PMR. So, aku nak wish, moga dia belajar rajin2. Moga rezeki dia melimpah ruah. Ingat dik, adik masih muda, jangan nak gatal2 main cinta. Belajar rajin2 ok. Angah belum nak adik ipar! Hahaha..


Sekali lagi,
Selamat Hari Lahir Adik.







Wednesday 20 March 2013

Buku Biografi Rosmah Mansor dan Lagu Wanita Perdana




Tahniah aku ucapkan kepada isteri Perdana Menteri kesayangan ramai, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur di atas pelancaran buku biografinya yang bertajuk Biografi Rosmah Mansor pada 19 Mac 2013 di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.



Wow! Memang sangat2 hebat. Dalam pengetahuan aku, belum ada lagi isteri Perdana Menteri Malaysia yang terbitkan buku biografi sendiri. Kiranya pecah rekodlah. Eh, jap! Boleh masuk Malaysia Book of Records tak?Jadi, tahniah aku ucapkan.




Buku setebal 164 muka surat serta mengandungi 12 bab ini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan iaitu RM 150 sahaja. Dalam buku ini, ada diletakkan pengalaman dan perjalanan hidup Datin Seri sejak zaman kanak-kanak sampailah menjadi isteri Perdana Menteri sekarang.


Lagi best, korang tahu tak yang ada lagu yang diciptakan khas untuk Datin Seri Rosmah Mansur yang bertajuk Wanita Perdana? Lagu ini dicipta oleh Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan lirik oleh Mak Mah (Rosminah Tahir) dan didendangkan oleh penyanyi Misha Omar.


Aku dah cuba google lagu Wanita Perdana - Misha Omar. Tapi tak jumpa. Tengok kat Youtube pun tak ada. So, aku tetiba konfius ada wujud ke tidak lagu ini atau belum dirakamkan. Jadi, kita tunggu sama-sama ok.


Jadi, ramai-ramai dapatkan buku Biografi Rosmah Mansor dipasaran. Kepada adik-adik siswazah yang tak guna lagi Baucer Buku 1Malaysia, boleh lah guna untuk beli buku ini (kalau dapatlah). Ala, lepaklah, tak mahal pun. Bila guna RM 250, korang ada lagi RM 100 sebab buku ini harga RM 150.


Selamat membaca!

(Eh, kalau aku ada salah maklumat bagitahu tow!)


Wordless Wednesday : Penyanyi Sebenar Lagu Sayang - Shae















Tuesday 19 March 2013

Aku, Biasiswa JPA dan Pinjaman PTPTN (Part 2)



Ingat aku cerita aku pasal kes Pinjaman PTPTN aku hari tu? Ala kes yang aku masih kena bayar PTPTN walaupun aku dapat ijazah kelas pertama dan kos perkhidmatan aku tak boleh diturunkan dari 3% kepada 1%? Tak ingat? SILA KLIK SINI.


Aku dah mula bayar duit PTPTN yang aku pinjam. Dua bulan lepas baru aku mula bayar. Masa mula aku nak bayar tu, sebenarnya aku ada kemukakan masalah aku pada pegawai PTPTN yang ada. Aku tanya dan ceritakan masalah aku.




Dia cakap dengan aku, untuk kes bayar balik walaupun dapat ijazah kelas pertama itu betul, sebab aku tak tamat belajar dengan PTPTN. Kiranya aku macam langgar kontrak PTPTN lah. Jadi, aku masih kena bayar sebanyak duit PTPTN sebanyak mana yang aku ambil.


Tapi untuk kes pertukaran kos perkhidmatan dari 3% kepada 1%, dia cakap aku kena isi borang permohonan. Then aku cakaplah, hari tu aku memang nak isi, tapi ada pgawai PTPTN lain cakap, sebab aku tak habis degree dengan PTPTN, aku tak layak.


Tapi pegawai PTPTN yang ini cakap, aku cuba isi borang pertukaran ujrah tu dulu, then dalam masa dua minggu aku akan dapat berita sama ada aku dapat tukar caj perkhidmatan itu atau tidak. 





Baru-baru ini, bila aku check email, alhamdulilah, PTPTN dan meluluskan permohonan aku untuk mendapatkan kaedah pembayaran berdasarkan ujrah 1%. Tapi, aku kena isi beberapa borang  yang diberikan dan hantar balik kepada PTPTN.


Walaupun sedikit aja perbezaan, tapi syukurlah, paling2 kurang dapat jimat lagi. Tak payah bayar banyak sangat. Ini lagi menambahkan semangat aku untuk bayar duit pinjaman PTPTN aku ini. Haha.


LEGA!



Thursday 14 March 2013

Aku Diserang Tentera Filipina?



Adoyai! Bangun pagi, terkejut kot tengok Field aku kena serang. Mau tak menangis. Semalam aku kumpul banyak gila Gold and Elixir, alih2 hari ini kena serang. Banyak gila aku punya Gold and Elixir kena curi.


Ok. Maaf! Aku nak mencarut dulu kat atas. Sekarang baru aku terangkan. Actually, aku main game Clash of Clan. Game ni mengkehendaki kita untuk kumpul Gold dan Elixir untuk bina penempatan kita. Kita juga boleh bina askar melaluinya. Faham? Hehe.


Tapi part paling menakutkan bila tengok, Field aku kena serang dengan orang Filipina. Clash of Clan ini game online. So, kita boleh serang sesiapa sahaja yang kita suka, dari serata dunia. Yang peliknya aku asyik kena serang dengan orang Filipina kot.


Nama Clan aku ialah Malaysia 1147. Clan Castle ini kiranya macam grouplah. Kat sini kite leh chat dan tolong donate askar2 kita kat orang lain. 




Nampak tak? Nampak tak? Inilah Clan aku. Malaysia 1147. Aku rasalahkan, disebabkan nama Clan aku Malaysia, so aku kena serang dengan orang2 Filipina. Tak caya?




Nampak tak? Pinoy Ako, Philippines II, dan Filipino Clan serang aku? Tiga berturut2. Ini nak balas dendam kes Lahad Datu ke apa? 


Tak apa2. Siap korang. Aku nak siapkan bala tentera aku untuk serang korang balik! 



Wednesday 13 March 2013

Jimba-Jimba Bersama Blogger Apakah?



Hari Sabtu lepas, aku pergi join Event Sehari Bersama Blogger Apakah? kat Seremban, Negeri Sembilan. Aku dari KL dengan empat orang gadis idaman Malaya (Iffah, Ain, Zaitul dan Dik Bi). Macam biasa, selaku jantan keparat, memang aku terpaksa menjadi pemandu diorang pergi sana.


Meeting point kami kat KL Sentral. Tapi sebelum tu, pukul 9 pagi aku dah amik Zaitul kat rumah dia. Dia kan Puteri Lindungan Bulan. Itu yang kena amik sampai depan rumah. Pukul 9.30 pagi, kami dah sampai depan KL Sentral. Ain dan Iffah dah sampai, tapi seorang lagi gadis ayu, Dik Bi tak sampai lagi. So, kami parking kereta kat KL Sentral then pergi makan breakfast dulu kat Medan Selera atau Food Court dalam Bahasa Inggerisnya. (Dik Bi tak faham Medan Selera tu apa, tapi bila cakap Food Court terus tau).


Dalam Food Court, kami makan roti canai dengan teh tarik. Yang tak leh blah, Zaitul telah memulakan sesi menggatal! Haha. Sesi menggatal telah berjangkit kat empat2 gadis tu. Errr..maksud aku, diorang ada usha laki dalam Food Court. Dah la laki tu datang ngn awek dia, tak pasal2 awek dia usha macam nak makan kami .



Itu lelaki yang mereka gila-gilakan.


Lepas habis breakfast dan Dik Bi dah sampai kami bertolaklah pergi Seremban. Jauh tak ada lah sangat. Tapi sebab jammed. Lama gila nak sampai.  Rasa jauhnya macam pergi Korea (ok, itu tipu). Tapi betullah lama kowt.


Then kami sampai kat Terminal Satu. Kat sana Anis dah tunggu kami sebab kami tak tahu jalan nak pergi A&W (tempat perjumpaan). Lepas amik Anis, kami terus pergi A&W. Dalam 10 minit tunggu, datanglah Akmal Hakim dan Liyana Hamid plak. Lima minit kemudian, MK Syahir plak datang.


Bila semua dah ada, sesi yang paling ditunggu-tunggu. Makan! aku pun tak ingat kali terakhir aku makan kat A&W bila. So, memang tak pandailah nak order. Nak makan apa pun tak tahu. Aku order Set Coney Hotdog. Thanks kepada Dik Bi sebab belanja kami.










Tapi sumpah aku cakap, kepada sapa2 yang tak pernah makan kat A&W, jangan sesekali cuba. Kalau korang cuba, sumpah menyesal. Dah lah burger yang dihidangkan kecil, kentang pulak keras. Nasib baiklah ada air Root Beer. Sangat sedap esp bila tambah dengan aiskrim. Rasa nak jilat gelas sekali.


Bila masing-masing dah kenyang (sumpah aku tak kenyang langsung!), kami pun bergeraklah pergi Jusco Seremban. Karaoke session pula! (Yes, part paling aku suka!). Kami karaoke kat Green Box Karaoke kat situ.










Masing2 tunjuk kehebatan suara masing2. Yang paling tak boleh blah, MK Syahir boleh tido bila kami semua sedang syok nyanyi. Siap berdengkur ok! (Ok, tipu lagi). 



Aku teka aku nyanyi lagu Goyang Inul masa ni.


Penat karaoke, kami pergi beli kek untuk birthday boy si Zul pula. Nama kedai tak ingat, harga kek pun pura-pura tak ingat (Kantoilah kalau bagitahu). Budak2 ni pun ada beli Big Apple jugak.


Then kuar balik dari Jusco pergi Terminal Satu balik. Kat sana, kami jumpa dengan Zul. Kami lepak makan malam kat satu kedai dalam shopping mall sebelah Terminal. Apa nama shopping mall mohon Google.







Lepas habis makan, sesi paling tak best, balik umah masing2. Si Zul malam tu jugak naik motor balik Temerloh, Pahang. Kau gila? Kalau aku, memang taklah. Mau tak takut? Karang ada pontianak menumpang, mau mak aku dapat menantu segera. Liyana pun balik ke Dungun, Terengganu naik bas. Anis pulak mak dia datang amik. (Anak mak!).


Kami? Tidur kat hotel. Aku kongsi bilik dengan empat gadis yang aku bawak. (Ok, sapa percaya, dia gila). Hahaha. Balik ke KL malam tu jugak. Sampai umah ak, tak leh tidur sebab penat. Anyway, sangat2 best jumpa korang! Harap leh jumpa lagi.




Tuesday 12 March 2013

Parody Sayang- Shae Jadi Fenomena?



Hahaha. Gelak terbahak-bahak aku. Seminggu ni, aku duk tengok kawan-kawan aku post kat FB pasal penyanyi sebenar lagu Sayang - Shae. Haha. Actually Shae memang penyanyi sebenar tapi ada orang lain yang miming lagu tu.




Kalau korang tengok, mesti korang nak tergelak sangat-sangat. Bukan apa, bagi aku sangat lucu apa yang cuba dibuat oleh lelaki dalam video tersebut. Kalau orang bad mood tengok video tue, mesti dah tak jadi nak marah dah.


Yang mana tak tengok lagi, meh2 usah kat link sini. 

Ada lagi satu, yag ini pun sangat lucu., tapi video lagu Sayang- Shae ni diparodikan oleh Azrul dan Jihan. Memang tak boleh blah tengok Azrul dalam video ini. Kalau korang rasa Shae dah cantik, cantik lagi Azrul dalam video ni.


Nak tengok gaks? 




Monday 11 March 2013

Ulasan Filem : Oz The Great and Powerful



Semalam aku lepak dengan kawan-kawan sekolah rendah. Kami lepak kat KLCC ok! Haha. Grand x? Grand x? Aku jarang gila pergi KLCC. Selalu lepak kat One Utama aja. Tapi dah semalam diorang nak sangat lepak kat KLCC, aku pon on aja lah.


Dah lama gila tak tengok wayang. Kali terakhir pun aku dah tak ingat aku tengok cerita apa. So, semalam kami tengoklah cerita Oz The Great and Powerful.




Permulaan cerita sangat best. Bestnya sebab penggunaan filem hitam putih. Best nampak! Tapi ada juga part yang sedih bila ada seorang budak cacat tak boleh berdiri minta tolong Oz untuk bagi dia dapat berdiri balik. Sedih kowt part tu.


Pastu kita juga disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik bila Oz sampai kat negeri yang diberi nama Oz. Tapi bagi aku part tu nampak berlebih-lebihan. Over sangat penggunaan CGI dia.


Aku sangat suka watak Monkey tue. Comel sangat2. Monkey tu pun lawak. Paling lawak bila Monkey cuba meniru bunyi lembu untuk alihkan perhatian ahli sihir Glinda.


Overall bagi aku cite ni best. Sesuailah kalau nak gelak2. Walaupun cerita ni memang tak logik dan macam budak2 tapi ok je kalau orang dewasa nak tengok. Overall, 3.8 daripada 5 bintang.


Thursday 7 March 2013

Selamat Hari Lahir Along



Semalam aku dah plan nak kol abg aku kul 12, nak jadi adik yang baik katanya. Tapi, maafkan aku Along, Angah tertido! Tak dapatlah jadi adik yang baik semalam. Tapi tak apa, pagi2 buta aku dah kol dia.


Owh, lupa! Hari ini birthday abang sulung aku. Umar Nurhadi Bin Baharudin. Kami beza dua tahun aja. Dia umur 26 tahun. Aku umur 15. Eh? Tadi kata 2 tahun aja beza. Hahah. Dia dah tunang. Tahun ini, bulan 6 dia akan kahwin. Yeyeye! Dapat kakak ipar.


Sekarang dia kat Sarawak. Jadi cikgu biasalah, awal2 kena hantar kat Sarawak. Tapi tak pe lah, kan? Elaun banyak berkepuk-kepuk. Tapi yang tak bestnya, aku dan family lain jaranglah dapat jumpa dia. 


Kepada Along, Angah doakan moga Along panjang umur, murah rezeki lagi. Moga perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada bulan 6 ini berkekalan sampailah hujung nyawa. Cepat-cepat buat anak, ibu dan ayah tak sabar mau jadi atok dan nenek, kami adik beradik tak sabar mau ada anak sedara. Hehe.


Again, Selamat Hari Lahir Along!


Wednesday 6 March 2013

Album Baru Dato' Siti Nurhaliza 2013



Semalam aku dengar Petang di Era bersama dua jejaka yang tak kahwin2 lagi, Zahid dan Adi. Best juga layan diorang ni. Macam-macam segmen diorang buat. Boleh la korang layan kalau stuck jammed petang2. 




Tapi aku bukan nak cerita pasal Petang di era tu. Aku nak cerita pasal berita yang diberitahu oleh Adi dan Zahid semalam. Khabarnya, penyanyi Dato Siti Nurhaliza nak keluarkan album baru tahun ini. Kemungkinan besar, bulan April 2013.


Kali terakhir Dato Siti Nurhaliza keluarkan album, tahun 2011. Itu pun album Englishnya, All Your Love. Aku pasti dan yakin, ramai peminat2nya yang tengah tunggu album Dato Siti Nurhaliza terutamanya lagu balada.


Tapi aku pun tak tahulah kebenarannya. Betul or tak bulan April 2013 ini. Yela, berapa hari je lagi kan nak bulan April. Tapi kemungkinan tu ada sebab Dato Siti Nurhaliza kan baru sahaja keluarkan singlenya bertajuk Galau.


Tunggu ye peminat Dato' Siti Nurhaliza!



Tuesday 5 March 2013

Segmen Mati Kutu Anjuran Pari-Pari Putih dan Lelaki Ini



Perhatian kepada semua orang kampung! Ada pengumuman aku nak buat ni. Eh, yang tengah berbisik tu, tak payah nak mengumpat mengata. Baik kau dengar apa aku nak bagitahu ni.

Dengan sukacitanya, penyimpan mohor besar Blog Lelaki Ini dan Pari-Pari Putih nak menganjurkan satu segmen yang kebabom wa cakap sama lu. Hadiahnya? Surprise lah we! Kata kejutan. Tak gempak la bagitahu awal-awal2.


Pari-Pari Putih, aku copy paste ye:




SILA TEPEK BANNER  
"SEGMENT (TAMBAH FOLLOWER) MATI KUTU" 
NI KAT ENTRI KORANG


Ok dah.. dah.. berbalik pada segment MATI KUTU ni.. segment ni bertujuan untuk MEMPROMOSI VIDEO CLIP terbaru FILEM KELUARAN PPP (hahahah aku tipu lagi), sebenarnya macam biasa la tujuan pormosi ni adalah untuk meramaikan lagi "geng-geng" kongsi gelap atau lebih dikenali sebagaiFOLLOWER blog PPP dan LELAKI INI, dalam masa yang sama nak bagi korang ENTER FRAME dalam VIDEO SEGMENT MATI KUTU aku nanti....  macam biasa la klw dah nama SEGMENT, mesti le ada itu ini.. untuk nak join kan... hahaha aku maleh citer banyak weh...sila tengok terma and condition di bawah... 

1. Kena follow blog www.paripariputih.com dan lelaki ini
2. Sila LIKE page BLOG PARIPARIPUTIH MEMANG LAYAN
3. Mohon tepek banner SEGMENT MATI KUTU kat dalam enteri korang
4. Tajuk entri harus ikut yg ini Segment (tambah follower) Versi MATI KUTU - PPP
5. Sila buat entri (tak kira la sengal ke, serius ke, ala-ala novel ke, berlandaskan banner yg diberi)
6. Dah selesai mohon backlink entri SEGMENT MATI KUTU korang kat dalam kotak komen dibawah
7. Tag kawan korang dalam limanamplo orag ekekek aku tipu, 3 orang pun cukup (terpulang) sila bgtau org yg korang tag tu... jan plak buat bodo jer... hahahah klw tak harus le org tu tak tahu nama derang ditagg kan
8. Sila pm gambar-gambar menawan korang kat FB NOR ZAIMAH
9. Sila frend FB UMAR NURFITRI dan FB NOR ZAIMAH / PARIPARIPUTIH
10. Segment ni tak de pemenang ok... sebab kalau boleh, semua yg ambil bahagian aku nak muatkan GAMBAR2 KORANG kt dalam video tu nanti. (tapi pastikan syarat2 telah di patuhi)
11. Tarikh TUTUP PENYERTAAN 31 MARCH 2013.

Sample Video Yang Akan Di Terbitkan

So good luck kat korang semua... dan dan.. pada peserta bertuah nanti akan adaSURPRISE tuk korang la la la la la HADIAH JURI - UNTUK ENTRI PALING KREATIF (seorang saja peserta bertuah tu) ok la aku pun dah mati kutu nak tulis apa lagi ni mohong korang jan MATI KUTU PLAK nak join segmen ni kan.. hahahah ok all the best.... dan selamat berjaya... 

p/s: Hadiah SURPISE tajaan LELAKI INI & PARIPARIPUTIH


Majlis Akad Nikah dan Persandingan Sepupu



Weekend lepas aku balik kampung aku kat Negeri Sembilan sebab sepupu aku kahwin. Aku balik hari Jumaat pagi sebab sepupu aku akad nikah hari yang sama pukul 3.30 petang. So, hari Jumaat tu aku amik cuti. Aku balik dengan Busu and Mak Tam.


Malas aku nak bebel banyak2. Buat perabih air liur je. Tengok je la gambar ok.








Gambar2 kat atas ni masa majlis akad nikah. Then esok tu plak, buat majlis persandingan. Eh, untuk makluman, sepupu aku lelaki. So, majlis akad nikah dan persandingan ni, buat kat rumah pihak perempuan dulu.



Pengantin yang baju oren ok, bukan yang baju pink. Haha.







Kami tunggu lama gila kat luar rumah sebab tunggu budak-budak main kompang datang. Budak dari Sekolah Alam Shah. Lama gila kami tunggu. Aku pun tak tahulah kenapa lambat sangat diorang datang. Maybe sebab buat kompang dulu kowt sebelum datang.



Pasukan kompang yang lambat!








Masa majlis persandingan, keluarga perempuan buat 2 pasang pengantin. Satu pasangan lagi adik kepada isteri sepupu aku tu. Adik dia yang laki tu. Jambu,kan? macam muka 15 tahun. Huhuh.





Ini pula mak dan ayah kepada pengantin lelaki. Maksudnya, ini pakcik dan makcik aku lah. Huhuh.


Itu saje gambar-gambar yang sempat aku ambil. Nanti 23hb March 2013 pula, majlis kat sebelah lelaki pula. Jemput datang! (Ajak2 tahi ayam aja).