SAYANG KOWG!

Wednesday 31 October 2012

Wordless Wednesday : Jesselton Point







Ulasan Filem : Sinister - Tak Seteruk Seperti Yang Dijangka..



Minggu lepas, aku berpeluang untuk menonton cerita Sinister, filem bergenre seram arahan Scott Derrickson. Aku memang penggemar filem bergenre seram. Sebab itu aku memilih untuk menonton filem ini, walaupun berseorangan.





Tak perlu aku nak bagi sinopsis filem ini. Sebabnya, korang kalau google terus akan dapat membaca sinopsis cerita ini. Aku hanya akan bagi pandangan tentang filem Sinister ni.


Sebelum aku tengok cerita ini, aku tak expect apa-apa. Puncanya, aku ada baca banyak blog yang memberi ulasan pasal filem ini. Ramai yang memberikan pandangan negatif. Jadi. aku tak mengharapkan filem ini begitu baik.


Tapi bila tengok sendiri, tak adalah seteruk seperti yang aku bayangkan. Memnag plot atau jalan cerita sangat lemah. Tapi bab lakonan terutamanya watak utama, Ethan Hawke sangat berkesan. Paling best tentunya, efek bunyi dalam filem ini. 


Efek bunyi banyak membantu jalan cerita flem ini. Banyak part yang memnag sangat mendebarkan. Aku akui, ada dalam empat part yang aku tersentak terkejut. Salah satunya, part ada keluarga yang nak kena gilis dengan mesin pemotong rumput.


Keseluruhannya, filem ini tak adalah cemerlang. Tapi setakat sederhana dan ok2 sahaja. Kalau tak tengok kat wayang pun tak apa. Mungkin beli DVD cetak rompak atau download sahaja pun dah cukup. Huhu..


3 bintang


Tuesday 30 October 2012

Percutian Ke Sabah : Ikan Bakar Pasar Malam Sinsuran




Sebelum aku ke Sabah, ramai yang berpesan suruh aku menikmati seafood kat sana. Aku bukan jenis hantu seafood. Jadi, aku tak excited sangat untuk makan seafood kat Sabah. Lagipun dulu aku belajar kat UiTM Kedah. So, dekat dengan Tanjung Dawai. Dah bosan makan seafood kat sana.


Malam kedua kat sana aku berpeluang untuk makan seafood kat Pasar Malam Sinsuran. Dekat dengan Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Philipino. Sumpah best gila bila tengok banyak sangat kedai yang jual seafood. Sederet kedai jual seafood saja. Terus excited.




Kami memilih Gerai No. 3 sebab cara penjual tu sangat ramah dan nampak nice. Memang la kita bukan nak macam orang, tapi nak makan seafood, tapi salah satu cara nak tarik pelanggan, penjual kena ramah dan berbudi bahasa.




Kami pilih untuk makan ikan kerapu dan sotong bakar. Tak dapat nak makan banyak sebab makan pun dua orang saja. Karang amik banyak tak habis pula. Ikan dan sotong dah la besar.







Untuk ikan kerapu, harganya RM 22. Si penjual cakap selalunya dia jual RM 28 atau RM 25. Tapi dengan kami dia bagi RM 22. Tak tahula betul ke tak. Untuk sotong bakar, RM 10.



  


Ada lagi diorang jual macam sotong katak, ikan-ikan jenis lain, ketam, udang, udang galah dan macam-macam lagi. Harga bergantung kepada saiz. Tapi tak ada la punya sampai RM 30 seekor.



Kami makan dengan nasi dan juga pencicih asam dan sambal belacan. Tapi sambal belacan kat Sabah lain lah, cair berbanding dengan cara sambal belacan dihidangkan di Semenanjung. 




Beli dah pilih makanan, diorang akan panaskan balik dan kerat-keratkan untuk kita senang makan. Bila rasa, sedap gila! Espesially bila cicah dengan kuah asam dia. Memang perrgghhh! Sedap sangat- sangat. Patutlah orang suruh makan seafood kat Sabah.




Aku dan kawan aku siap tambah nasi satu pinggan lagi. Pencicih kuah asam dan sambal belacan juga kami tambah banyak kali. Tapi penat gila nak habiskan. Ikan kerapu besar sangat. Tak termakan dek dua orang. Tapi dah namanya lelaki, tetap habis juga.




Keseluruhan, RM 36. Aku pun tak tahu nak cakap mahal or tak. Sebab aku tak biasa sangat makan seafood. Tapi bagi aku, memang berbaloi-baloi. Mana nak cari seafood kat KL. Susah kot!






Monday 29 October 2012

Percutian Ke Sabah : Pulau Mamutik




Destinasi kedua pulau dalam Taman Laut Tengku Abdul Rahman yang aku pergi ialah Pulau Mamutik.  Agak kecewa dengan Pulau Manukan, aku tak expect sesuatu yang extraordinary dari Pulau Mamutik.


Pada jam 12.30 kami bertolak dari Pulau Manukan ke Pulau Mamutik. 5 minit sahaja perjalanan. Tak lama pun. Nak tidur pun tak sempat. Huhu..





Macam kat Pulau Manukan, sampai kat sana, aku dah nampak banyak ikan dalam laut. Lagi best, ikan-ikan dalam satu kelompok kumpulan yang besar. So, agak jakun di situ bila tengok ikan dalam kuantiti yang banyak.




Masuk dalam , aku dah kecewa bila tengok fasiliti yang ada. Agak ketinggalan berbanding dengan Pulau Manukan yang cantik dengan fasiliti yang lengkap. Tapi ok je. Bukan aku nak tidur kat Pulau itu pun.




Tapi yang bestnya Pulau Mamutik, aktiviti snorkelingnya memang terbaik. Banyak gila ikan dalam laut. Dah la cantik-cantik dan jinak. Warna-warni ikan. Rugi aku tak ada camera kalis air, kalau tak memang dah lama aku tangkap gambar ikan yang cantik tu.


Bukan setakat ikan, Pulau Mamutik juga banyak dengan batu karang yang cantik. Memang seronok snorkeling kat Pulau Mamutik berbanding Pulau Manukan.


Secara ringkasnya, untuk perbandingan boleh aku katakan:
1) Pulau Manukan : Cantik dengan fasiliti yang lengkap. Kurang batu karang dan ikan. Jadi, tak berapa syok untuk aktiviti snorkeling.
2) Pualau Mamutik : Fasiliti kurang bersih dan tak lengkap. Tapi sesuai untuk snorkeling sebab da ikan dan batu karang yang sangat cantik.




Nasib baik juga ada disediakan tandas dan bilik persalinan walaupun sedikit dan agak kotor. Kebersihan kurang dijaga. Tapi kalau bilik mandi penuh, korang boleh je mandi kat luar.







Jaga-jaga, sebab ada kubur kat sini. Ala, tapi tak ada apa yang nak ditakutkan pun. Tak menakutkan lansung. Huhu..




Mesti korang tertanya-tanya, apa yang best kalau makanan kat Sabah, kan? Huhu.. Next entry pulak.



Friday 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha



Alhamdulilah..tahun ini raya haji, aku dapat beraya bersama keluarga. Tapi suasana raya terencat sikit bila along dan adik aku no.4 tak dapat beraya dengan kami. Along aku duk kat Sarawak, adik aku pula tak beli tiket balik raya. Jadi, dia beraya kat kampung aku aja Negeri Sembilan.


Aku baru aja sampai kat rumah aku pukul 7.45 pagi tadi. Semalam bertolak dar KL pukul 9 malam. Tapi jalan agak jammed. Itu yang lambat sampai. Ikut hati, malas aja mau pergi sembahyang raya, sebab terlalu penat seharian tak tidur. Tapi, aku gagahkan juga.


Seharian tengok tv aja. Balik sembahyang Jumaat, teruskan tengok tv. Makan pun depan tv. Tak pergi mana pun. Malas la. Lagipun adik aku guna motor. Terpaksa melopong kat rumah aja.


Ini pun update atas katil aja. Tak lama la ni. Mesti karang mata terpejam. Haha. Apa-apa pun aku nak wish...Selamat Hari Raya Aidiladha.

Thursday 25 October 2012

Percutian Ke Sabah : Pulau Manukan




Pulau Manukan meripakan salah satu pulau yang terdapat di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Pulau ini aku pilih sebagai pulau pertama yang aku nak kena pergi dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Puncanya, bila baca blog, ramai yang cakap pulau ini paling best.


Pukul 7.30 pagi kami dah berkejaran dari hotel penginapan kami, Stay Inn untuk ke Jesselton Point. Cadangnya memang nak pergi tiga pulau hari ini. Jarak dari Stay Inn ke Jesselton Point lebih kurang 20 minit kalau berjalan kaki. Tak jauh pun.


Sampai kat sana, kami terus tanya di kaunter- kaunter bot pukul 8 yang boleh pergi 3 pulau ada atau tidak. Tapi tak ada satu pun yang boleh bawa ke tiga- tiga pulau sebab cuaca tak berapa bagus. Mereka takut ombak kuat. So, kami pilih Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.


Pukul 9 pagi baru kami bertolak ke sana. Jarak dari Jesselton Point ke Pulau Manukan dalam masa 10minit. Sampai kat sana memang gayat gila la. Laut cantik. Dapat tengok ikan dengan jelas dari atas jeti.




Dah sampai, kami terus tukar baju. Sangat excited sebab ini kali pertama aku ak mencuba aktiviti snorkeling. Macam biasa, first time mestilah excited dan teruja sangat-sangat. Dah salin baju, terus cari lokasi untuk snorkeling.






Bagi aku, smorkeling kat sintak best sangat. Tak banyak ikan, dan batu karangnya pun tak cantik sangat. Bukan salah pilih port, sebab bila tukar port lain, pun ikan tak banyak. Kebersihan pun kurang juga. Ada sampah dalam laut ok. Kotor la sikit.




Tapi fasiliti kat sini memang terbaik. Kalau ada yang kaya nak datang menyewa chalet kat sini pun ada disediakan. Sangat cantik chalet kat sini dan besar. Tapi tak ada pula aku teringat nak tanya berapa harganya.





Kalau korang tak suka snorkeling pun, kat sini ada jungle trekking. Boleh panjat bukit juga. Sementara tunggu kawan sedang snorkeling, naiklah bukit kat belakang chalet tu.




Toilet diorang sangat awesome ok. Bersih sangat. Tak kotor macam sesetengah tandas awam. Bilik persalinan dia pun bersih. Air pun laju.


Kat sekitarnya ada beberapa tempat makan dan minum kalau koranh lapar selepas snorkeling. Tapi sendiri mahu ingat la harga kat sini. Juga ada kedai cenderahati. Tapi tak payah la beli kat sini. Stok lama dan mahal.




Tengoklah beberapa lagi gambar kat Pulau Manukan ni.




















Next, Pulau Mamutik pula ok. Tapi aku bagi pembayang awal, Pulau Mamutik lagi best dari Pulau Manukan.


Seriously!



Wednesday 24 October 2012

Percutian Ke Sabah : Taman Laut Tunku Abdul Rahman




Kalau datang Kota Kinabalu. Tak sah kalau tak pergi ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Sebenarnya, Taman Laut ini terbahagi kepada lima pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug.


Pada hari ketiga aku ke Kota Kinabalu, sempat juga aku meluangkan masa pergi ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Cadangnya, aku dan kawan nak pergi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi, tapi mereka tak benarkan sebab cuaca tak berapa baik.


Jadi, aku hanya sempat ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.Kami naik bot ke sana dari Jesselton Point. Kat Jesselton Point ni, korang bukan sahaja dapat ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman, tapi korang juga dapat pergi ke Labuan dari sini.





Tambang untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman, dikira begini. Kalau nak pergi satu pulau sahaja, RM 17, kalau dua pulau RM 33, tapi kalau nak pergi tiga pulau dalam masa sehari, RM 43. Tapi, ada lagi charge lain yang korang kena bayar.




Pertama, korang kena bayar jetty tax. Harganya RM 7.20 seorang. RM 6.00 tariff, dan RM 1.20 service charge. Kemudian, untuk sewa benda-benda lain, charge lain dikenakan. Macam mask dan snorkel RM 10, life jacket juga RM 10 dan lain-lain lagi.





Sampai kat pulau yang korang nak pergi pun ada bayaran juga dikenakan. Bayaran yang dikenakan dipanggil Conservation Fee. Harganya RM 3.00. Tapi yang untungnya, tiket itu sah untuk satu hari ke semua destinasi dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman.










Kat Jesselton Point, bukan setakat ada perkhidmatan bot laju ke pulau-pulau dan Labuan. Tapi ada juga kedai makan yang sangat banyak. Dunkin Donut pun ada. Jadi korang boleh beli buat bekalan masa snorkeling. Juga ada public phone...(Motif?)






Nanti aku ceritakan pengalaman aku ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Juga aku akan ceritakan apa yang menarik yang korang boleh buat kat sana. Bila? Next entrylah..



Percutian Ke Sabah : Stay Inn Hotel




Pukul 4 petang, aku dah berambus dari rumah mak angkat kawan aku. Yela, misi utama untuk berjalan-jalan kat bandar Kota Kinabalu mesti diteruskan. Dalam kepala, dah fikir macam-macam tempat nak pergi. Itu yang teruja sangat tu.


Pergi bandar Kota Kinabalu, ayah angkat kawan aku hantar. Dia drop kami dekat dengan Center Point Sabah. Kami berjalanlah kaki mencari hotel yang berdekatan. Matlamat pertama, hotel mestilah murah.


Mula-mula nampak satu hotel berdekatan dengan Pasar Philipino... Nama dia kalau tak silap AJ Hotel. Memang plan nak pergi hotel tu la. Tapi fikir baik survey dulu. Jadi, berjalanlah kami cari lagi hotel.


Sampai kat satu hote, nama Stay Inn Hotel. Agak jauh dari Pasar Philipino. Dalam 13 minit berjalan kaki. Tak jauh sangt la sebenarnya. Harga murah kowt. RM 50 ringgit satu malam untuk single bed. Aku dengan kawan aku kurus. Jadi, boleh la tu.


Tanya kaunter, sama ada ada lagi or tak. Nasib baik dia cakap, ada satu je lagi. Cepat-cepat kami check-in. Lega...dah dapat hotel!




Nampak tak? Katil tak adalah kecil sangat. Jadi, kalau korang datang berdua, memang boleh sangat tidur sekatil. Aircond pun ada. Sejuk aja.





Toilet dia pun ok. Bersih. Lagipun flush dan paip semua function. Heater pun boleh guna. Dapat lah mandi air panas.


Tapi ada beberapa barang yang rosak. Tak berapa syoklah. Antaranya ampaian kain tuala dalam tandas dan pintu tandas.








Tapi overall ok. Layanan orang kat kaunter pun ok. Espesially perempuan yang kerja dari shift 8 pagi hingga 8 malam. Yang itu sangat lembut cara cakap.


Jadi, inilah tempat kami menginap untuk dua hari di Kota Kinabalu. Esok mau snorkeling pula. Tapi nak snorkeling kat mana? Macam mana? Tunggu next entry...



Tuesday 23 October 2012

Percutian Ke Sabah : Majlis Tahlil di Kampung Teraiyung, Tuaran, Sabah




Lepas balik dari berjalan kat jeti berdekatan dengan Gayang Bridge (KLIK SINI).. mak angkat kepada kawan aku ajak pergi kenduri tahlil. Mulanya agak keberatan, sebab aku tak kenal orang kat sana, tapi bila memikirkan itu majlis tahlil, aku pun pergi dengan kawan aku.


Dah namanya melancong dan backpacker, mana nak bawa baju melayu, songkok atau kain sarung, dan sebagainya. Aku pakai aja seluar skinny dengan t-shirt. Hahah..lantaklah janji pakai baju. Dari tak pakai, haru aja.


Bila sampai kat rumah yang buat majlis tahlil, kami kena pakai songkok yang disediakan. Kalau tak mahu pakai songkok pun, ada kain untuk kita tutup kepala. tapi wajib pakai ok. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi semua orang kat situ pakai.


Dan aku lagi terkejut, bila tuan rumah bawa kemenyen dan bagi dekat ustaz yang akan mengepalai bacan tahlil itu. Err..juga aku tak berani nak tanya orang kampung, apa kaitan kemenyan dengan bacaan tahlil. 






Lepas habis majlis tahlil, tibalah saat untuk makan. Mula-mula diorang edarkan nasi sepinggan seorang. Tak pelik pun. Tapi bila dia bagi sayur, dan lauk sepinggan kecil seorang.. Wow! Satu kelainan. Mangkuk basuh tangan pun seorang satu.





Memang lain. Sangat lain. Tapi tak apa lah. Budaya dan adat mereka. Janji bacaan masa tahlil tu sama, kan?


Habis pasal tahlil arwah di Kampung Teraiyung, Tuaran, Sabah. Pukul 4 petang, aku dah pergi ke bandar Kota Kinabalu. Tapi ada masalah..kat mana aku nak tinggal untuk malam itu? Nak tahu? Tunggu next entry...




Percutian Ke Sabah : Kampung Teraiyung, Tuaran




Macam aku cakap, malam pertama lepas sampai aku duduk kat rumah emak angkat kawan aku. Kat Kampung Teraiyung, Tuaran, Sabah.




Esok pagi pukul 6 pagi, aku bangun. Terperanjat aku tengok hari dah siang. Dah cerah dah pun. Ingatkan dah pukul 8 pagi. Bangun lepak atas tilam dulu. Rasa macam awal pula bangun pukul 6 pagi.


Dalam pukul 8.30 pagi, kami berjalan-jalan sekitar kampung. Kami pergi jeti dekat dengan Gayang Bridge. Dekat je bila jalan kaki. 5 minit aja.




Sampai kat jeti, best aja. Angin tiup-tiup. Sejuk walaupun cuaca agak panas. Tepi jeti ada banyak rumah. Biasalah tiang kena tinggi. Kalau tak mau air masuk rumah kalau air pasang.









Best bila tengok ada nelayan yang nak pergi mencari rezeki. Kesian tengok diorang. Yang perempuan tua pun boleh lagi angkat jala. Larat lagi ek diorang..










Part paling best, aku dapat tangkap gambar ikan buntal. Walaupun anak ikan buntal aja, tapi first time kowt tengok ikan buntal. Excited sangat-sangat! 




Hahaha..cumel tak? Cumel tak? Datang Sabah baru dapat jumpa ikan buntal..


Ok. Itu je aku mahu tunjuk. Next entry aku akan bercerita pasal majlis tahlil kat Kampung Teraiyung tu.. Aku akan bandingkan dengan majlis tahlil di Semenanjung.


Percutian Ke Sabah : Hari Pertama




Masa ku nak ke Sabah,  pukul 8.25 malam, aku dah tunggu kat gate. Sejam sebelum departure time. Agak kalut sebab tak tahu kena tunggu kat gate berapa. Kat boarding pass tak tulis. Kena tanya counter. Gate 8.


Sementara tunggu tangkap gambar dulu. Then pukul 9 lebih baru gate buka. Naik flight, tengok semua seat penuh kecuali seat tepi aku. Kan kawan aku yg sorang lagi tak datang. So, letak barang kat atas kerusi kosong tu. Haha.


Dalam flight agak susah nak tidur. Ada budak nangis dari naik kat atas kapal terbang, sampailah nak touch down. Nangis aja. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe gayat naik fligh kowt.


Then sampai kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu dalam pukul 12. Keluarag angkat kawan aku datang ambil. So, malam tu kami tidur kat Tuaran. Perjalanan dari lapangan terbang ke Tuaran dalam 45 minit.


Sampai kat rumah kami dijamu dengan makanan. Adoyai, tengah malam pun diorang sanggup masak lagi. Takkan tak nak makan kan? Perut berkeroncong minta diisi. Apa lagi...lahap dulu!


Jadi, perbelanjaan yang aku habiskan hari pertama aku kat Sabah:
1) Tambang pergi balik: RM 150 (beli masa promosi)
2) McDonalds - Double cheese burger : RM 15
3) Tambang bas dari KL Sentral ke LCCT : RM 8


Wednesday 17 October 2012

Apo Kono Eh Jang 2012 (AC Mizal Feat Fida Ibrahim)




Minngu lepas lagi aku dengar lagu ni. Lagu yang dinyanyikan oleh AC Mizal dan Fida Ibrahim - Apo Kono Eh Jang 2012. Kali pertama dengar, menyampah gila! Espesially part Ac Mizal rap. Rasa nak cekik-cekik aja AC Mizal.






Tapi dah dengar banyak-banyak kali, aku rasa best pula versi Apo Kono Eh Jang 2012 ini. Yang bestnya, lirik dia memang bagi nasihat dan pengajaran. Lagi best, AC Mizal rap dalam loghat Negeri Sembilan.


"Dah den kobar an dulu,
Dongarlah cakap cikgu,
Banyak-banyak membaco,
Bosar nanti bojayo"



Bila aku search, aku tengok AC Mizal asal dari Muar, Johor. Fida Ibrahim pula dari Kuala Lumpur. Yang aku tau, AC Mizal memang pandai cakap Negeri Sembilan. Hebat juga ek?


Nak dengar dan tengok lirik?


Wordless Wednesday : Turtle Tower in Hoan Kiem Lake








Nak tahu sejarah pasal Turtle Tower?

Tuesday 16 October 2012

Datuk Lee Chong Wei Kerugian RM 30,000




Wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM 30,000 apabila pejabat syarikat pembinaan miliknya yang terletak di Bandar Puteri, Puchong telah dimasuki penyamun semalam.






Kejadian hanya disedari oleh salah seorang pekerjanya sewaktu tiba di pejabat pada jam 9 pagi. Sewaktu tiba di pejabat, pekerja berkenaan mendapati bahawa pintu gril dan pintu utama telah terbuka. 


Kesian Datuk Lee Chong Wei. RM 30,000 kot! Satu jumlah yang sangat besar. Lagipun Lee Chong Wei kan sekarang tengah sibuk buat persiapan perkahwinannya. 







Ala, tapi apa Chong Wei kesah. Duit dia kan banyak. Kira RM 30,000 tu sedekah je la dekat penyamun tu.  Buat Datuk tabahkan hati!!! Jangan sebab RM 30,000 ini, tak kahwin pula. 


Nak tahu lebih lanjut? Sila baca KOSMO.




Monday 15 October 2012

Empat DVD Satu Hari..




Hari Ahad tak tahu nak buat apa. Duk rumah aja. Malas nak keluar. Berat punggung. Cadang hari ini nak 'DVD marathon'. Tengok DVD sampai bengkak mata.


Sasaran... The Avengers, Underworld: Awakening, Men In Balck 3, dan Wrath of the Titans. Semua cerita tahun ini, 2012. Tapi aku tak sempat nak tengok kat wayang. Tengok guna DVD pun layan!


The Avangers..tak seindah yang aku bayangkan. Aku bayangkan filem penuh aksi tapi dicemari dengan 'cakap-cakap kosong' di permulaan cerita. Bosan. Tapi semakin menarik bila diiringi dengan aksi-aksi yang cool! Sumpah gempak!


Siri Underworld memang terbaik! Tak pernah mengecewakan aku. Underworld: Awakening memang awesome.. Awek aku, Kate Beckinsale (Selena) seperti biasa memang mengagumkan. Tapi sedikit kecewa sebab watak Michael Corvin ( Scott Speedman) tak diwujudkan. 






Aku tak pernah tengok Men In Black. Tapi saja 'gedik-gedik santai' kali ini nak layan Men In Black 3. Huhuh.. Awal cerita menang sangat menarik espesially bila Agent J (Will Smith) kena serang dan menyerang alien ikan. Haha. Sumpah sangat comel. 


Last movie, Wrath of The Titans. Err..macam biasa, filem fantasi macam ini memang layan lah kan. Espesially orang macam aku yang minat filem2 bergenre macam ini. Tapi macam kelam kabut sikitlah cerita dia. Pening kepala aku. Haha.


Sudah habis stok. Petang karang pergi sewa lagi.



Friday 12 October 2012

Larikan Kereta Porsche Semudah A,B, C




Kosmo hari ini ada memaparkan berita tentang seorang penjenayah yang berjaya melarikan kereta Porsche Panamera 4 yang berharga hampir RM 1 Juta dari Pusat Pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang.


Akhbar itu turut melaporkan bahawa penjenayah itu memasuki pusat pameran itu sebaik sahaja ia dibuka pada jam 9 pagi. Penjenayah berpakaian kemeja putih lengan panjang dan bertopi.


Berdasarkan berita, apa yang aku nampak, betapa longgarkan keselamatan dalam pusat pameran itu. Kenapa dengan mudahnya, seorang penjenayah mampu untuk menyamun kereta tersebut. Tanpa melibatkan sebarang pertempuran pun.


Kedua, ada kemungkinan juga orang dalam pusat pameran itu sendiri terlibat. Sebab nampak macam mudah sangat penyamun itu tahu kat mana letak kunci kereta dan sebagainya. 


Hmm... Berani betul orang yang samun kereta Porsche tu..




Nak baca lebih lanjut? KLIK SIN