SAYANG KOWG!

Wednesday 31 October 2012

Ulasan Filem : Sinister - Tak Seteruk Seperti Yang Dijangka..



Minggu lepas, aku berpeluang untuk menonton cerita Sinister, filem bergenre seram arahan Scott Derrickson. Aku memang penggemar filem bergenre seram. Sebab itu aku memilih untuk menonton filem ini, walaupun berseorangan.





Tak perlu aku nak bagi sinopsis filem ini. Sebabnya, korang kalau google terus akan dapat membaca sinopsis cerita ini. Aku hanya akan bagi pandangan tentang filem Sinister ni.


Sebelum aku tengok cerita ini, aku tak expect apa-apa. Puncanya, aku ada baca banyak blog yang memberi ulasan pasal filem ini. Ramai yang memberikan pandangan negatif. Jadi. aku tak mengharapkan filem ini begitu baik.


Tapi bila tengok sendiri, tak adalah seteruk seperti yang aku bayangkan. Memnag plot atau jalan cerita sangat lemah. Tapi bab lakonan terutamanya watak utama, Ethan Hawke sangat berkesan. Paling best tentunya, efek bunyi dalam filem ini. 


Efek bunyi banyak membantu jalan cerita flem ini. Banyak part yang memnag sangat mendebarkan. Aku akui, ada dalam empat part yang aku tersentak terkejut. Salah satunya, part ada keluarga yang nak kena gilis dengan mesin pemotong rumput.


Keseluruhannya, filem ini tak adalah cemerlang. Tapi setakat sederhana dan ok2 sahaja. Kalau tak tengok kat wayang pun tak apa. Mungkin beli DVD cetak rompak atau download sahaja pun dah cukup. Huhu..


3 bintang


3 comments:

Tyra Ismail said...

lotsa buddies said that this film was not bad too. im gonna watch this film this weekend. nak tengok baby kena blend ngan machine tu. dorang cakap ade scene blend baby? eh.
sos spegheti perisa baby. oh tragis :O

Unknown said...

genre seram ke movie ni?memang konfirm x akan tengok kat wayang.takutttt.hehhe.=)

♥cikmOt♥ said...

aler, akak layan citer melayu je...so how???