SAYANG KOWG!

Monday, 8 October 2012

Ulasan Novel : Epilog 3 Naga oleh Kaz Ishak




Setiap novel yang diterbitkan mesti ada kumpulan sasaran pembeli atau pembaca. Maksud aku, bila kita nak buat novel or filem, mesti kita tau sapa target market@ audience kita. Jadi, kita akan buat novel or filem berdasarkan apa target market kita minat.


Bila aku dah habis baca novel Epilog 3 Naga oleh Kaz Ishak ini, aku sedar aku bukan target market dia. Sebab apa yang dipersembahkan dalam novel ini, memang tak melekat kat hati aku. Banyak benda yang aku tak berkenan dalam novel ini.




Aku paling tak suka, cara penulisan dalam novel ini. Terlalu "bahasa Melayu". Aku tak salahkan penulis menggunakan ayat berbunga-bunga. Tak salah pun. Tapi salahnya bila pembaca adalah orang seperti aku. Arghhh...pening2 bila baca ayat terlalu puitis. Nak faham pun susah. 


Kemudian, ada part yang aku sangat tak faham. Kenapa perlu wujudkan Fazarul (nama salah satu watak dalam novel Epilog 3 Naga ni) bermimpi? Dan mimpi dia sampailah habis cerita aku masih tak faham. Kenapa perlu ada? 



Dan ada beberapa kali (kalau tak silap aku 3 kali) ulangan ayat yang sama dalam setiap mimpi. Contoh, tengok m/s 364. "Dan bila-bila masa berlalu, bila-mana skandal video menjadi isu terhangat di pasaran.." Arghh...tiga kali kot ulangan ayat yang sama. Aku sumpah tak faham!


Ada lagi, aku bluurrr kejap. Kalau tak silap aku, Fazarul dalam novel ini merupakan gangster, main skateboard, pernah bunuh orang, jual dadah, tapi paling best ada diari ok! Ada jurnal! Wow! Seorang yang ganas macam dia tulis diari. Dah la penulisan dalam diari ayat sastera berbunga-bunga! Hebat betul Fazrul ya!



Tapi ada part yang menarik. Bagi aku jalan cerita agak baik. Dikembangkan satu persatu dengan cara tersusun. Tak berbelit-belit sampai nak pening kepala duk fikir, siapa watak ini, siapa watak yang itu.


Ending nasib baik tak tergantung. Kita tahu apa nasib kepada semua watak utama dalam novel ini. Jadi, tak adalah pembaca tertanya-tanya apa yang jadi kepada watak ini, atau watak itu.


Sejujurnya, bagi aku kalau nak buat cerita macam gangster apa semua ini, gaya penulisan sangat penting. Biar kena pada tempat. Kalau dah namanya gangster, tak kan lah nak guna ayat puitis sangat. 


Arghhh! Bukan silap penulis ok. 
Silap aku yang tersalah beli novel.




Post a Comment