SAYANG KOWG!

Tuesday, 23 October 2012

Percutian Ke Sabah : Majlis Tahlil di Kampung Teraiyung, Tuaran, Sabah




Lepas balik dari berjalan kat jeti berdekatan dengan Gayang Bridge (KLIK SINI).. mak angkat kepada kawan aku ajak pergi kenduri tahlil. Mulanya agak keberatan, sebab aku tak kenal orang kat sana, tapi bila memikirkan itu majlis tahlil, aku pun pergi dengan kawan aku.


Dah namanya melancong dan backpacker, mana nak bawa baju melayu, songkok atau kain sarung, dan sebagainya. Aku pakai aja seluar skinny dengan t-shirt. Hahah..lantaklah janji pakai baju. Dari tak pakai, haru aja.


Bila sampai kat rumah yang buat majlis tahlil, kami kena pakai songkok yang disediakan. Kalau tak mahu pakai songkok pun, ada kain untuk kita tutup kepala. tapi wajib pakai ok. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi semua orang kat situ pakai.


Dan aku lagi terkejut, bila tuan rumah bawa kemenyen dan bagi dekat ustaz yang akan mengepalai bacan tahlil itu. Err..juga aku tak berani nak tanya orang kampung, apa kaitan kemenyan dengan bacaan tahlil. 






Lepas habis majlis tahlil, tibalah saat untuk makan. Mula-mula diorang edarkan nasi sepinggan seorang. Tak pelik pun. Tapi bila dia bagi sayur, dan lauk sepinggan kecil seorang.. Wow! Satu kelainan. Mangkuk basuh tangan pun seorang satu.





Memang lain. Sangat lain. Tapi tak apa lah. Budaya dan adat mereka. Janji bacaan masa tahlil tu sama, kan?


Habis pasal tahlil arwah di Kampung Teraiyung, Tuaran, Sabah. Pukul 4 petang, aku dah pergi ke bandar Kota Kinabalu. Tapi ada masalah..kat mana aku nak tinggal untuk malam itu? Nak tahu? Tunggu next entry...




3 comments:

eddy syrol said...

malaikat suka akan wangi2an...itulah gunanya kemenyan... :)

best tak sabah? sila dtg kota belud... hehe

Salmi said...

Benarlah kata orang, jauh berjalan luas pandangan, banyak pengalaman..

Anonymous said...

Pasal kemenyan tu, bukan semua orang di Sabah mcm tu. Ada segelintir saja. Itu sebab ikut budaya orang tua-tua dulu. Jadi yang muda pun ikut.
Dan mungkin sbb tempat yang awak pergi ni Pendalaman.
Kalau tempat saya, area KK dkt Bandar, tidak pakai pun kemenyan. Dulu arwah nenek pakai la.

Lagi satu pasal makanan tu, org dulu2 ja buat, dan di kampung2 ja. sekarang rasanya banyak suda yang pakai buffet style.
Hehe.

Macam jarang sudah saya tgk org buat mcm tu. Rupanya ada lagi.

Apapun, terima kasih sebab bagi tau hal ni. hehe