SAYANG KOWG!

Monday, 8 October 2012

Makanan Halal di Hanoi, Vietnam




Sepanjang aku bercerita tentang aku pergi Hanoi, Vietnam, ramai yang bertanyakan tentang makanan halal kat situ. Ada ke? banyak kah? So, hari ini aku nak cerita sikit, pengalaman aku makan kat Hanoi, Vietnam.


Ada tiga tempat sahaja yang aku makan. satu kat hotel. Silk Path Hotel. Itu pun masa breakfast sahaja. Dan makanan yang aku hanya jamah ialah cereals dan juga roti. yang lain jangan haraplah korang nak makan. Walaupun ayam sekalipun, kita tak tahu cara sembelihannya.




Ini satu restoren halal yang aku dekat Hanoi, Vietnam. Nisa Restaurant. Lagi membanggakan siap ada Malaysia lagi. Promote Malaysia sangat!




Nampak tak? Sebesar-besar alam papan tanda halal kat Nisa Restaurant ini. So, jangan risau ok! InsyaALLAH halal. Lagipun owner restaurant ini Melayu Islam berasal dari Malaysia.





Ini pula restaurant nama Tandoor indian Cuisine. Ini pun halal juga. Makanan India. So, memang asyik makan roti nan dan juga kari. Memang macam masakan mamak kat Malaysia. 









Dua gambar kat atas merupakan gambar kami tengah melahap! So, sapa-sapa yang datang Hanoi, Vietnam carilah dua restaurant halal tu ek. 



3 comments:

inche hlovate said...

Malaysia pun tak hbis round lagi cam mne nk p vietnam hihi

MalizaMah said...

best best.. makan makan...

Si Matatajam said...

Mmg kena berhati-hati bab2 makanan halal kat tempat org..