SAYANG KOWG!

Thursday, 4 October 2012

Paintball di My Dinh Paintball, Hanoi, Vietnam




Sorry lah. Dah lama tak update pasal Hanoi, Vietnam. Tak sempatlah. Baru sembuh demam, cuti pergi klinik gigi tak sempat nak update blog. Hari ini nak cerita pasal pengalaman main paintball kat Hanoi Vietnam.


Nama tempat kami main paintball ialah My Dinh Paintball. Tempat agak jauh juga la dari penginapan kami Silk Path Hotel. Aku teruja gila dapat main paintball. Pertama kali aku nak merasa main paintball. Dah la kat Hanoi, Vietnam pula tu.


Tapi yang tak best, kami lambat sampai kat sana. Dalam pukul 11 pagi baru sampai dan nak mula main. Masa tu dah sangat panas. Kami dijadualkan main tiga games. Aku cuba bayang macam mana lah nak main 3 games dalam keadaan panas ni.












Gambar sebelum berjuang!


Kat bawah ni, semua gambar kat pentas peperangan..haha.. Maksud aku dalam tempat main paintball tu..











Tapi kami main dua games aja. Sebab masing-masing dah penat. Dengan panas apa sume. Nak-nak kena pakai penutup muka tu. Lagi lah panas.


Paling best, team kami menang! First round menang sebab kami paling banyak yang masih tinggal. Dapat kalahkan diorang. Second round menang sebab team kami yang mula-mula dapatkan bendera.



Post a Comment