SAYANG KOWG!

Wednesday 24 October 2012

Percutian Ke Sabah : Taman Laut Tunku Abdul Rahman




Kalau datang Kota Kinabalu. Tak sah kalau tak pergi ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Sebenarnya, Taman Laut ini terbahagi kepada lima pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug.


Pada hari ketiga aku ke Kota Kinabalu, sempat juga aku meluangkan masa pergi ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Cadangnya, aku dan kawan nak pergi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi, tapi mereka tak benarkan sebab cuaca tak berapa baik.


Jadi, aku hanya sempat ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.Kami naik bot ke sana dari Jesselton Point. Kat Jesselton Point ni, korang bukan sahaja dapat ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman, tapi korang juga dapat pergi ke Labuan dari sini.





Tambang untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman, dikira begini. Kalau nak pergi satu pulau sahaja, RM 17, kalau dua pulau RM 33, tapi kalau nak pergi tiga pulau dalam masa sehari, RM 43. Tapi, ada lagi charge lain yang korang kena bayar.




Pertama, korang kena bayar jetty tax. Harganya RM 7.20 seorang. RM 6.00 tariff, dan RM 1.20 service charge. Kemudian, untuk sewa benda-benda lain, charge lain dikenakan. Macam mask dan snorkel RM 10, life jacket juga RM 10 dan lain-lain lagi.





Sampai kat pulau yang korang nak pergi pun ada bayaran juga dikenakan. Bayaran yang dikenakan dipanggil Conservation Fee. Harganya RM 3.00. Tapi yang untungnya, tiket itu sah untuk satu hari ke semua destinasi dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman.










Kat Jesselton Point, bukan setakat ada perkhidmatan bot laju ke pulau-pulau dan Labuan. Tapi ada juga kedai makan yang sangat banyak. Dunkin Donut pun ada. Jadi korang boleh beli buat bekalan masa snorkeling. Juga ada public phone...(Motif?)






Nanti aku ceritakan pengalaman aku ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Juga aku akan ceritakan apa yang menarik yang korang boleh buat kat sana. Bila? Next entrylah..



8 comments:

mselim3 said...

Bestnya jalan2 nie kan...tp jalan sorang aje ker...dengan family...

MalizaMah said...

kesalnya kita tak pergi sana. smpai kat jeselton points jer... huuuuu

wantie said...

wah,... bestnya. dalam perancangan ke sana. In'allah doakan ye.

ManusiaLidi said...

ok...tk sbr nak bc next entry;)

misshannajr said...

amacam best tak kat sabah hehe

Abang Karu said...

wah...! menarik :)

haryati said...

singgah sini n follow!

beshnye dapat jejakkan kaki ke Sabah...

Mommy_ima said...

belum sampai sane lagi.. :( kat semenanjung pun x habis round.. :p
sonoknyer...

p/s: vita c tu mmg terbaek...jom la cuba. :)