SAYANG KOWG!

Saturday 29 September 2012

Akibat Takut Jumpa Doktor Gigi..



Adoyai! Perkara paling menakutkan dalam hidup ialah jumpa doktor gigi. Pergi klinik, kena cucuk, aku tak kesah. Kena ambil darah pun aku tak apa. Tapi kalau bab yang satu ini, adoyai! Susah betul...


Disebabkan takut nak jumpa doktor gigi, gigi aku tak cantik. Baru umur 23 tahun, tapi dah tiga batang gigi kekal dah cabut. Ini pula, aku tengah menderita lagi, ada dua batang yang nampak macam nak kena cabut. Ada dua lagi gigi berlubang. 


Aku pelik, nak cakap tak gosok gigi, dua kali malah kadang-kadang tiga kali sehari aku gosok. Masa bangun, sebelum tidur memang wajib. Tapi still, gigi aku masih gatal nak rosak dan berlubang.


Ya Allah! Kenapalah nak jumpa doktor gigi pun susah. Argghhh! Aku tak kira. Kali ini, memang kena pergi jumpa doktor gigi. 


Hari Rabu, aku dah ambil cuti. Nak pergi jumpa doktor gigi. Nak suruh dia tampal mana yang patut. Nak suruh dia cabut yang mana yang boleh. Terpaksalah lepas ni pakai gigi palsu. Adoyai!



Friday 28 September 2012

Koleksi : McDonalds Happy Meal Hello Kitty




Untuk 6 September sampai 3 October, sebenarnya ada dua mainan untuk McDonalds Happy Meal. Koleksi pertama ialah Ben 10 Ultimate Alien dan koleksi kedua ialah Hello Kitty. Nak tengok koleksi Ben 10 Ultimate Alien? KLIK SINI.


Tak kan nak kumpul satu aja kan? Aku ada yang kedua punya koleksi. Walaupun untuk perempuan, tapi ada aku kesah? Haha. Jom usha koleksi Happy Meal Hello Kitty.




Untuk minggu pertama iaitu, dari 6 hingga 9 September 2012, McDonalds bagi Hello Kitty Hear Balloon. Ini budget pasangan kekasih naik belon panas berbentuk hati.




Untuk minggu kedua iaitu bermula dari 13 hingga 19 september, McDonalds sediakan Hello Kitty Hear Box. Comel gila, kan?





Minggu seterusnya bermula dari 20 hingga 26 September 2012, McDonalds bagi Hello Kitty Heart Gift. Ini pula konsep tiru Ramlah Ram masa Juara Lagu nyanyi lagu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku. Haha.





Untuk minggu terakhir iaitu dari 27 september hingga 3 October 2012, McDonalds bagi Hello Kitty Heart Stage. 




Okeyh. Cukup empat koleksi McDonalds Happy Meal Hello Kitty. Minggu depan apa pula ek mainan Happy Meal?



Koleksi: Happy Meal Ben 10 Ultimate Alien



Kerja gila diteruskan. Kali ini Happy Meal Ben 10 Ultimate Alien menjadi koleksi aku. Haha.. Seronok dapat kumpul. Terima kasih Mc Donalds.


Macam biasa, aku tak beli Happy Meal. Just beli mainan je dengan harga RM 3 setiap satu. setiap minggu hari Khamis aku akan pergi McDonalds untuk kumpul menatang ini. Haha.. Akhirnya usaha aku berbaloi bila dapat kumpul semua.





Minggu pertama, mainan Happy Meal Ben 10 Ultimate Alien, Ultimate Humungousaur yang keluar dulu. Bersaiz agak besar, berwarna hijau. Bukan Hulk ok..





Minggu kedua pula, bersaiz lagi besar warna kuning, Armodrillo. 



Minggu ketiga, Rath. Warna oren. Muka ganas habis!




Minggu terakhir, baru semalam aku dapatkan. Paling kecil antara yang lain. Dan paling cute, Ultimate Echo Echo.




Ok. Dah habis keempat-empat binatang comel dari Happy Meal Ben 10 Ultimate Alien. Kalau nak, cepat-cepat pergi McDonalds yang terdekat. 



Thursday 27 September 2012

Explorace di Hanoi, Vietnam




Hari ke dua di Vietnam. Sepanjang hari itu, kami mengadakan Explorace di sekitar bandar Hanoi, Vietnam. Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap satu kumpulan terdiri dari enam orang. Setiap satu kumpulan juga akan ada seorang pembantu yang berwarganegara Vietnam yang tahu berbahasa English.


Persaingan bermula pada jam 9 pagi. Cuba bayang nak kena bangun awal pagi, nak siap lagi, nak breakfast lagi. Adoyai! Memang mengantuk sangat. Tapi disebabkan perasaan nak menang berkobar-kobar, terus jadi bersemangat. Lagi best, kami bukan jalan kaki, kami naik beca nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. 





Check point pertama kami ialah Hanoi Opera House. Sampai kat sana, kami dapat satu task. Kami kena cari Hilton Hanoi Opera House. Susah jugak sebab tersembunyi. Tapi akhirnya jumpa jugak bila 10 minit mencari.




Kemudian kami kena cari perempuan Vietnam yang memakai pakaian tradisi mereka yang digelar Ao Dai dengan topi Vietnam (nama apa aku lupa topi tu). Punyalah susah kami mencari. Tapi last-last jumpa jugak dalam Hilton Hanoi Opera House.




Kemudia kami bergerak ke tempat lain. Tapi sumpah aku dah tak ingat kat mana pula destinasi kami. Jadi, aku just letak gambar kat bawah yang tak ikut susunan task kami.




Kami tengah beratur. Kami kena beli aiskrim kat sini. Kena makan dua batang seorang dalam masa 30 saat. Memang tak mampu lah kami. Tapi kami main ngelat. Kami bagi orang lain makan. Haha. Tapi aku lupa lah nama kedai apa. Tapi dikatakan kedai aiskrim paling popular kat Hanoi. Tapi tak sedap pun. Haha..




Ini salah satu penjara kat Hanoi. Maison Centrale. Kat sini susah sikit. Kami kena cari gambar salah seorang Mat Saleh yang pernah dipenjarakan dalam penjara ini (tak ingat nama Mat Saleh tu). Susah gila! Bukan satu dua gambar, banyak gambar nak kena tengok.




Bila tengok gambar ini. Memang aku tergelak. Kami kena cari kedai lukisan gambar. Dan kena cari lukisan gambar paling mahal kat kedai tu. Pastu aku nampak ada satu kedai besar gila. Aku dah yakin bahawa kedai besar sah-sah la ada lukisan yang sangat mahal. Bila masuk, tanya kat pak guard, rupanya diorang sedang buat exhibition! Diorang tak jual lukisan. Malu tak terkata. Itulah sapa suruh tak pandai baca bahasa Vietnam.






Ini pula kat Dong Xuan Market. Kat sini lagi best. kami kena beli snake wine, satu jenis perfume (dia bagi jenama tapi aku dah tak ingat jenama apa) Vietnam coins collection dan macam - macam lagi. Memang susah lah. Ada dua barang aja yang jumpa. Haha..


Then kami tamat dalam pukul 5.30 petang. Memang penat sangat-sangat. Tapi sangat best sebab dapat jalan-jalan kat bandar Vietnam. part paling best, bila destinasi terakhir, kami dah tak boleh naik beca. Kami kena lari ke Hotel Silk Path (tempat penginapan kami). Dah la jauh gila. Tapi alhamdulillah, kami dapat tempat ke- 2!



Ulasan Filem : Untuk Tiga Hari



Semalam aku ingtkan nak tengok cerita Dredd. Tapi disebabkan waktu aku sampai kat GSC One Utama dalam pukul 6.20 petang, filem Dredd tak available. Dalam pukul 8.00 malam baru aku. Jadi, aku ambil keputusan untuk tengok filem melayu arahan Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari.







Siapa tak kenal dan tahu tentang kredibiliti Afdlin Shauki untuk mengarah dan berlakon. Sebab itu, aku tak teragak-agak untuk tengok filem ini. Aku dapat merasakan yang aku tak akan kecewa bila melihat hasil tangan Afdlin Shauki.


Lepas tengok, memang betul, salah satu filem melayu yang wajib tonton tahun ini. Walaupun filem nya agak jiwang romantik, tapi diselitkan lawak-lawak bersahaja yang memang boleh menyebabkan pecah perut.


Babak paling menarik, tentunya apabila Afdlin Shauki menyanyikan lagu yang dicipta olehnya kepada Vanidah Imran. Masa tu rasa sweet sangat-sangat. Ada babak yang aku rasakan lucah, macam babak waktu Ayu Raudah cuba menggoda Rashidi Ishak. Juga ada babak di mana Rashidi Ishak membawa losyen ke dalam tandas. 



Lakonan paling berkesan, tentunya Vanidah Imran. Cukup semuanya! Tidak dilupakan watak Khatijah Tan yang boleh menyebabkan orang membenci Khatijan Tan selepas menonton filem Untuk Tiga Hari Ini. Lakonan Dira Abu Zahar juga boleh dipuji walaupun wataknya muncul sekejap. 


Apa-apa pun tahniah Afdlin Shauki. 
3.8 bintang untuk filem ini!



Wednesday 26 September 2012

Malam Pertama Di Hanoi, Vietnam



Masih lagi cerita pasal Company Trip aku. Bukan apa, aku nak share dengan sapa-sapa yang tak pernah pergi Vietnam. Macam mana situasi dan keadaan kat Vietnam. Dan apa yang boleh dibuat kat Vietnam kalau pergi.


Aktiviti malam pertama kami kat Hanoi adalah menonton Water Puppet Show kat Thang Long Water Puppet Theatre. Pukul 9 malam kami masuk dalam Water Puppet Theatre tu.




Masa water puppet berlansung, mereka cakap bahasa Vietnam. Memang lah tak faham. Tapi ada subtitle kat tepi. Diorang sediakan televisyen kat tepi dan ada subtitle. Walaupun ada subtitle pun, aku tetap tak tahu apa cerita yang ingin disampaikan. Haha..

















Kat atas semua gambar masa Water Puppet tu berlansung. Nak cakap seronok, tak adalah sangat. Tapi mana nak jumpa Water Puppet kat Malaysia. Datang Vietnam baru la dapat tengok. Tapi kalau orang bagi peluang, aku dah tak nak tengok dah. Cukuplah sekali! Haha..



Hari Rabu Hari Yang Dinanti..



Setiap hari Rabu, aku memang tak akan lepaskan peluang..untuk pergi tengok wayang. Semua penggemar wayang memang tunggu hari Rabu. Sebab hari Rabu, tiket wayang jadi murah. RM 8 untuk seorang, kalau nak dibandingkan dengan hari biasa. 


Kalau nak tengok 3D pun, untung tengok hari Rabu. Murah. Tapi aku memang tak suka tengok 3D. Tengok yang biasa-biasa lagi best. Tak payah susah-susah nak pakai spek. Hahah.. Tak gomar den!


Hari ini tak ada idea lagi nak tengok cerita apa. Kalau macam minggu lepas pun sama. Aku just pergi pilih nak tengok cerita apa masa dah sampai kat pawagam. Macam minggu lepas tengok Resident Evil :  Retribution.


Tadi tengok laman web GSC. Ada filem Dredd, Untuk Tiga Hari, Bait dan macam-macam lagilah. Bila  baca review orang, ramai yang cakap filem Bait tak best. Untuk Tiga hari pula filem Melayu. Baik aku tunggu keluar kat televisyen aja. Filem Dredd..best ke?



Tuesday 25 September 2012

Hotel Empat Bintang Di Hanoi, Vietnam..




Sambungan kepada entry yang lepas pasal aku pergi Company Trip kat Hanoi, Vietnam. Kami sampai kat bumi hanoi, Vietnam dalam pukul 2 petang. Alang-alang baru sampai kat airport tu, bergambar dulu..





Bila sampai kat sana, ada pemandu pelancong yang tunggu kami. seorang dari Malaysia, manakala seorang lagi dari Vetnam. Masa sampai tu memang excited gila. Tapi yang tak excitednya, bila tengok orang Vietnam sama aja muka dengan kita orang Malaysia. Jadi kurang sikit perasaan berada di negara orang.


Kemudian, kami dibawa ke tempat penginapan. Kami menginap kat hotel empat bintang, Silk Path Hotel yang terletak di bandar Hanoi ini. 



Nampak tak empat bintang tu? Haha..





Bergambar kat depan hotel.




Yang ini pula dekat depan kaunter hotel.




Yang ini pula dalam bilik hotel. Memang superb la fasiliti diorang. Katil best dan empuk. Bila badan cecah katil, rasa macam tak mau bangun lagi. Belum lagi gambar dalam bilik air. Rasa nak tidur dalam bilik air pun ada. Cantik dan bersih sangat!


Jadi aktiviti hari ini sebelum menjelang malam, adalah bebas. Nak pergi mana-mana dipersilakan. Jadi kita orang apa lagi, jalan-jalan la dulu sekitar hotel.




Next entry, kita akan cerita pasal aktiviti malam pertama 
kami kat Hanoi, Vietnam.



Mohd Ridhuan Tee Abdullah : Masih Adakah Ketuanan Melayu?




Alhamdulillah..Setelah dua bulan buku ini aku peram kat rak buku, akhirnya dah berjaya membacanya sampai habis. Bukan apa, aku sibuk dengan benda lain. Kalau tak sibuk, mood untuk membaca tak ada.  Tapi kalau dah ada mood, satu buku boleh habis cepat.


Kali ini aku dah khatam buku karya Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Sebenarnya, buku ini merupakan kompilasi penulisan Dr Ridhuan dalam Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia dalam tahun 2009-2010. Buku ini mula diterbitkan pada 2011.







Kadang-kadang kita tak sedar dan lupa tentang nasib kita sebagai orang Melayu di bumi Melayu ini. Bila aku baca buku ni, memang membakar semangat Kemelayuan aku. Sumpah!


Banyak benda yang dikupas oleh Dr Ridhuan ini. Antaranya, tentang nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan di Malaysia terutamanya di sekolah vernakular, tentang judi dan arak di Malaysia, isu murtad, isu ketuanan Melayu dan sebagainya.


Jadi, dapatkan buku ini kat pasaran.


Monday 24 September 2012

Laptop Aku Menggedik!




Aku bukan main, pinjam DVD dengan manager aku. Saja nak tengok bosan-bosan kat bila kat rumah lepas habis kerja. 30 keping DVD aku pinjam.


Ada beberapa keping aja yang original, 3 keping kalau tak salah. Yang lain semua, DVD cetak rompak.  Semalam semangat berkobar-kobar nak tengok. Habis 3 keping DVD yang original aku tengok dekat laptop.


Then pasanglah pula DVD tak original. Pasang satu cerita tak boleh. Aku fikir DVD yang rosak. Pasang lagi satu, pun tak boleh main. Cuba yang lain pula, juga tak jadi.


Banyak juga la DVD yang aku cuba pasang. Semua tak boleh! Nampak tak? Laptop aku menggedik. Tak mahu terima DVD yang cetak rompak! Wah, demand kau ye laptop!!!


Tak pe, tak pa kau laptop! Esok aku mahu beli DVD player!


Rumah Terbuka Perinsuran Brokar Sdn Bhd 2012




Jangan salah faham. Aku bukan lambat update pasal Rumah Terbuka ni. Tapi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kami baru je hari sabtu lepas 22 September 2012 buat. Walaupun bukan dah raya, tapi kami still buat sebab masa tu je ada masa.


Kami sampai kat rumah Chairman pukul 3 petang. Tapi tetamu dijemput mulai pukul 4 petang. Kami kena buat preparation saat akhir. Yang paling best, saat-saat last ni lah tiba-tiba pula gas kat dapur habis. Dah pakai baju melayu, aku terpaksa angkat tong gas bawa pergi kedai.




Then kami kena pasang pelita, masukkan minyak dalam pelita, dan macam-macam lagilah persiapan last minute. Huh, kalau aku tahu, baik aku datang pakai tshirt dulu. Haha..






Pukul 5 tetamu mula datang. Tetamu pertama, sah-sah la jiran Chairman aku. Katanya rumah dekat. Huhu. Syarikat insurance pertama yang datang pula Cik Morshidi dari Tokio Marine. Datang sorang-sorang aja Cik Shidi hari tu.


Sementara tunggu tetamu datang, kami yang sebab merah ni menggedik tangkap gambar dulu depan pintu pagar. Merah-merah macam ini rasa macam Hari Raya Cina pula. Haha..








Pukul 8 malam pula, barulah clients kami datang. Ramai jugak malam. Sampai tak cukup tanganlah kami melayan. Haha. Yang bestnya, aku bukan layan clients, tapi aku layan anak clients main bunga api. Mntang-mentanglah aku paling muda, kena jaga diorang main bunga api. Haha..


Majlis tamat pukul 12 malam. Sumpah penat gila.



Friday 21 September 2012

Perjalanan Ke Hanoi, Vietnam Bermula




15 September 2012, aku bangun pukul 6 pagi. Semuanya sebab tiket flight ke Vietnam pukul 9.20 pagi. Jadi, aku kena cepat. Nak pergi ke KL Sentral dulu. Sebab nak naik KLIA Ekspres.


Terpaksa aku susahkan kawan serumah aku untuk hantar aku ke KL Sentral. Aku dah janji dengan tiga orang kawan sepejabat untuk jumpat kat KL Sentral pukul 7.30 pagi. Lepas sembahyang subuh, aku terus keluar rumah.


Sampai kat KL Sentral cepat-cepat ke kaunter KLIA Ekspres. Jam 7.40 pagi, KLIA Ekspres akan bergerak. Tapi bila kami turun bawah, lagi dua minit lagi sepatutnya tren bergerak, tapi dah bergerak tinggalkan kami. Tak sempat kami nak kejar.





Pukul 8 pagi, barulah tren sampai. Kami naik tren tersebut. Dalam 28 minit kemudian, dah sampai KLIA. Wah, baguslah guna KLIA Ekspres ni. Cepat aja sampai.


Then sementara tunggu semua sampai, memang kami tangkap gambar aja lah kerja. Yelah, kebetulan pula, lama dah tak juma kawan sekerja dari Kuching, Sarawak. Jadi masa ni lah nak tangkap gambar apa semua.





Ini gambar sebahagian pekerja syarikat kami. Dari kedua-dua cawangan. Happylah sebab dapat jumpa semua kawan. Kali terakhir jumpa masa Company Trip tahun lepas kat Chiang Mai, Thailand. Ini gambar semasa kami tunggu departure time.


Pukul 9.20 kami masuk dalam flight. Kali ini kami naik MAS (Malaysia Airlines). Yang bestnya, dalam flight MAS, ada disediakan makanan percuma, surat khabar untuk dibaca, dan juga sesuatu macam komputer kat depan kita untuk dengan MP3 atau tengok video. Memang terbaiklah MAS.






Ini pulak gambar bila dah nak dekat sampai Hanoi , Vietnam. Gambar diambil dari atas flight. Masa tu memang excited dan tak sabar untuk touch down! Hepi waa cakap sama lu!


Dah lah..setakat tu ja dulu. Nanti sambung next entry!




Persediaan Sebelum Berangkat Ke Hanoi, Vietnam...




Hari ini, baru ada mood untuk bercerita tentang Company Trip kami ke Hanoi pada 15 September yang lepas. Sebenarnya, aku tak tahu nak mulakan dari mana. Hari ini baru timbul idea..haha..



Sebelum berangkat ke Hanoi, perkara paling penting selain passport dan boarding pass ialah tukar duit kepada mata wang Vietnam. Vietnam menggunakan dua mata wang iaitu Dong dan Dollar. 


Aku hanya tukar kepada Dong. Sebab kalau tukar Dollar memang rasa sikit aja lah. Aku hanya tukar RM 200 Malaysia. Dapatlah 1,280,000.00 Vietnam Dong! Wah, rasa macam kaya sangat-sangat bila dapat pegang duit juta-juta.





1,280,000.00 Vietnam Dong



20,000.00 Vietnam Dong




100,000.00 Vietnam Dong


Selain itu juga, sebabkan kat sana nanti kami akan adakan Treasure Hunt, company dah bekalkan setiap sorang beg galas, topi dan tshirt untuk pakai kat sana. Jadi, wajiblah untuk bawak barang tersebut.




Lagi satu, untuk company trip ini, kami adakan pertandingan karaoke. Tema malam pertandingan karaoke ialah 70 an. Tapi sebabkan aku malas, aku tak pakai pun baju 70 an. Aku just bawak baju biasa-biasa aja. 


Dah siap packing! Tunggu entry seterusnya!



Thursday 20 September 2012

Review Filem - Resident Evil : Retribution






Semalam aku sampai kat One Utama, tanpa aku set dalam otak nak tengok cerita apa. Memang tak plan pun. Tiba-tiba nampak poster filem Resident Evil : Retribution. Aku fikir banyak kali sama ada nak tengok atau tak. Puncanya, aku tak pernah tengok filem Resident Evil sebelum ini.





Bila masuk pawagam cerita Resident Evil : Retribution 2D ini pula, satu lagi masalah, subtitle tak ada! Ya Allah. Aku dah lah payah nak tangkap orang putih bercakap. Cepat sangat. Dan aku memerlukan subtitle untuk faham jalan cerita. Tapi malangnya, subtitle tak ada!


Aku tak pernah tengok filem ini sebelum ini. Jadi pada permulaan cerita aku agak bluurr. Tak faham dengan jalan cerita. Tapi yang bestnya bila Alice (Milla Jovovich) bercerita tentang siapa diri dia dan apa yang telah terjadi sebelum ini, aku mula faham tentang Resident Evil ini.


Filem ini bagi aku agak bagus. Walaupun banyak tak logik, tapi biasalah, dah namanya filem, bukannya realiti. Aksi-aksi pergaduhan sangat superb. Ditambah pula dengan kehadiran creatures yang sangat menakutkan macam dua Axemen dan Las Plagas zombies, memang best.


Yang paling aku suka, filem ini tak mengantuk. Perjalanan cerita lancar. Tak ada part yang boleh menyebabkan kita tertidur, atau pening memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Semuanya diisi dengan aksi-aksi yang mendebarkan.


Kesimpulannya, memang best tengok cerita ini. Tapi aku tak boleh nak bandingkan dengan Resident Evil yang sebelum ini, sebab aku tak pernah tengok Resident Evil yang lain. Overall, 4 bintang!



Wednesday 19 September 2012

Dah Sampai Malaysia...



Alhamdulillah..akhirnya dah sampai balik ke Malaysia setelah empat hari dan tiga malam duduk kat negara orang, Hanoi, Vietnam. 


Semalam naik MAS sampai kat KLIA pukul 5.30 petang. Kemudian naik KLIA Ekspres sampai KL Sentral. Naik pula KTM dari KL Sentral ke Kepong Sentral. Then naik pula bas pergi Damansara Damai. Sampai depan rumah pukul 8.30 malam.


Keseluruhannya, Company Trip tahun ini, tak berapa best! Banyak faktor dan sebabnya. Nanti aku ceritakan satu persatu. Dengan gambar-gambar sekali semua aku upload ok!


Setuju dengan kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik hujan batu di negara sendiri!


Friday 14 September 2012

Selamat Tinggal Blog! Selamat Tinggal Malaysia!




Dah, dah! Jangan nak buat spekulasi. Aku bukan nak delete blog aku. Atau tak mahu update. Atau dah nak tinggalkan dunia blogging. Just tak akan update blog aku ni buat beberapa hari.


Kenapa? Sebab esok tepat jam 9.20 pagi, aku dah tak ada kat bumi Malaysia dah. Aku dah nak pergi Hanoi Vietnam untuk Company Trip!





So, aku tak akan update blog, bermula malam ini sampailah 18/9/2012. Aku bukan ada iPad ka, iPhone ka nak update. Handset murah aja. So, internet tak ada lah! Tak ada internet, blog berhabuk la buat sementara.


Jadi, jangan rindu-rindu aku tau! Doakan aku selamat sampai sana, selamat kat sana, dan selamat sampai kembali kat bumi Malaysia ini.


Dan lagi satu, doakan aku menang juara Pertandingan Karaoke juga tow! Walaupun tekak aku sakit disebabkan demam, tapi aku akan bertarung habis-habisan untuk dapatkan tempat pertama! Aku tak kira! Hahaha! Kejuaraan mesti dikekalkan! Hahaha!


Papai semua! Sayang korang :)




Demam Panas dan Cuti Sakit..



Semalam aku tak update blog..Puncanya, aku terbaring aja atas tilam.. Tak larat nak bangun..Badan panas, kepala pening. Aku demam...


Actually aku demam hari Rabu lagi. Pergi klinik petang Rabu tue....dapat MC 1.5 hari.. Untuk hari Rabu petang dan Hari Khamis. Tapi aku gagahkan diri juga buat kerja Hari Rabu tue..


Tapi semalam Hari Khamis, dah betul-betul tak larat, duk kat rumah aja la.. Cuti sakit..Nasib baik ada koleksi Running Man yang tak tengok lagi. Duk atas tilam sambil tengok Running Man. Haha...


Hari ini Jumaat, datang bail kerja. Walaupun badan masih panas, tapi kepala dah tak pening sangat. Datang je la kerja. Lagipun esok dah nak pergi Hanoi. Mesti siapkan kerja before pergi Company Trip! Tak sabarnya!!!


Wednesday 12 September 2012

Berkaraoke Bersama Teman Sepejabat!




Company trip kami ke Hanoi pada hujung minggu ini. Salah satu dari aktiviti yang ada ialah Pertandingan Karaoke. Chairman kami dengan baik hatinya belanja kami dua sesi training sebelum Company Trip tu. So, kami dalam lima orang karoks kat Red Box Ikano Power Centre.






Syarat pertandingan kena nyanyi lagu Bahasa English. Masing-masing gelabah cari lagu. Semalam digunakan sebaik mungkin untuk praktis. 


Antara lagu yang aku cuba nyanyi ialah lagu I Dont Wanna Miss A Thing oleh Aerosmith, You Raise Me Up oleh Kosh Groban, She Believes in Me oleh Ronan Keating, dan banyak lagi.


Tapi yang tak bestnya, tak ada satu pun yang seswai dengan suara aku! Hahah.. Frust2! Macam mana ni. Company Trip dan nak dekat, lagu masih tak ada. Balik dengan hampa!





RM 264.50 untuk lima orang. Sumpah mahal! Tak apa lah...Masih ada beberapa hari lagi untuk cari lagi. Chaiyok2! Jangan putus asa!



Tuesday 11 September 2012

Segmen: Jom Naikkan Trafik Blog




Wah, nak join2!
Ada satu segmen yang dibuat..
Oleh blogger femes Mak Dara!








Blog aku ni baru buat dalam bulan Februari 2012..
Tapi mula aktif bulan July..
So..baru ada 285 followers..
Dan mengharapkan lebih ramai followers..


Jom support segmen Mak Dara!