SAYANG KOWG!

Monday 3 September 2012

Ketelanjuran Nurul Syuhada Nurul Ain dan TV3...



Kecoh satu Malaysia bila pengacara cantik manis program Malaysia Hari Ini (MHI), terbitan TV3 mengatakan bahawa Bintulu, Sarawak merupakan kawasan daif semasa memberi ulasan siaran lintas lansung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 di Bintulu, Sarawak.





Menurut Kosmo, ayat ini yang menyebabkan rakyat Bintulu tersinggung dan marah dengan Nurul Syuhada dan TV3, "Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan..berjaya dan terus mengangkat bandar (Bintulu) sendiri.


Disebabkan itu, Nurul Syuahada dan TV3 telah memohon maaf di atas ayat di atas dan mengatakan bahawa ini salah faham dan salah tafsiran ulasan yang diberikan oleh Nurul Syuhada.


Pada aku, bila baca ayat di atas, tak adalah berbaur hinaan, cacian atau celaan. Aku rasa dah banyak ulasan yang diberikan kepada daerah-daerah lain di semua negeri. Contoh paling jelas, selalu aja aku baca dan dengar pengulas atau wartawan mengatakan negeri Kelantan miskin dan daif.


Jadi, haraplah semua pihak maafkan Nurul Syuhada dan TV3. Aku pasti, mereka tak berniat pun nak hina Bintulu, Sarawak atau timbulkan kontroversi.


12 comments:

a.R said...

betul3.....

emarieys said...

betul tu...

Unknown said...

negeri kelantan tu selalu jee kne hina dek pemberita...tp xde plk dok nk tersinggung pun..

*adakah org KELANTAN tidak punya hati dan perasaan yang bole sesuka hati diperkata sedimikian rupa???

eddy syrol said...

ini pengajaran buat tv3

cik.einaaa said...

semua negeri yang umno tak perintah memang femes masuk tv..

wantie said...

pasal ni jugak le masa akak nonton buletin 1:30 dok bagi tau.

bukankosong said...

over sangatla

asal nak jadi isu plak? bengong

Daus Redscarz said...

sebelum ni kes hina orang penan sarawak! walaupun bkn keturunan aku.. aku terasa!

ayut said...

ada ea isu ni..tak tdgr plak...

Nurul Says said...

hmmm.....maafkanlah dia..

Unknown said...

betol3 ...
kes org hina org sarawak mcm sy ni pun banyak sekarang. kesian dgn org tu.. kenapa erk? :(

Anonymous said...

sebab banyak sangat orang balik2 hina sarawak la orang sarawak skrg sensitif sikit bab2 mcm ni. kerana hinaan org2 sebelum inilah nurul syuhada dpt tempias wlwpun tersasul tak sengaja. apa2pun it's ok nurul syuhada..