SAYANG KOWG!

Sunday 9 September 2012

Company Trip Dah Dekat.. Lagu Tak Pilih Lagi!



Setiap tahun, company aku akan buat Company Trip. Macam tahun lepas, kami pergi ke Chiang Mai, Thailand. Tahun ini, Hanoi, Vietnam. Aku akan pergi minggu depan hari Jumaat (14 September 2012).


Salah satu program dalam Company Trip, kami ada Pertandingan Karaoke antara officemate. Tahun lepas, aku menang kategori Lelaki bila bawa lagu My Baby You (Marc Anthony). Aku pun menang kategori Duet nyanyi lagu Doa Buat Kekasih (Ramli Sarip dan Khadijah Ibrahim).


Tapi tahun ini, kami hanya boleh nyanyi lagu English sahaja. Matilah aku! Selain My Baby You, memang dah tak ada lagu lain yang sesuai dengan suara aku. Kalau lagu Melayu adalah. Lagi pun aku kalau lagu English ni, aku tak tahu sangat.


Lagu duet lagilah..Memang tak tahu nak nyanyi lagu apa. Adoyai, kawan-kawan, ada suggestion tak? Lagu apa ye patut aku nyanyi?



3 comments:

Gieyana said...

ssah tue kalau nk pilih...aperpon gd luck k..:-)

Nurul Says said...

hmm adik ada uplod kat youtube tak evrytime adik perform? nak dengar juga suara adik..so ble la kitorang tlg suggest hihihi

Akhelaken said...

Aku cadangkan utk lagu duet:
1) For good by Glinda ft. Elphaba
2) Timeless by Kelly Clarkson ft. Justin Guarini
utk lagu solo aku xsure pulak,try
I'll be there by westlife..

gudluck!