SAYANG KOWG!

Tuesday 31 July 2012

Video Keli Terbang Full



Ingat tak yang hari tue..
Aku pernah bagi ..
Video Keli terbang
Yang Preview dia je..
Kalau tak tengok lagi..


Actually aku tolong kawan aku..
UNtuk berlakon dalam assignment..
Group diorang...
Budak2 UiTM Shah Alam..
Ala..tolong member2...


So..
Inilah video dia!
Dah siap yang full punya..
Tapi biasalh korang jangan bayang..
N compare macam filem Ahmad Idham,
Yusry KRU atau Syamsul Yusuf..
Dan jangan bayangkan aku ni..
Macam Farid Kamil pulak...
Hahahah..


Nak tengok?


Hamper Raya Marks & Spencer



Semalam kat office kalut sikit..
Mana nak buat kerja..
Mana nak pergi ambil hamper..
Setiap tahun untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri,
Dan juga hari raya kaum lain,
Company aku selalunya aku beli hamper..
Then bagi kat klient2 kami...


Tahun ini dan macam tahun2 sudah..
Diorang kan beli kat Marks & Spencer..
Kat shopping mall One Utama,
Tahun ini, 19 hamper dibeli..
Dan jadi mangsa...
Adik ni jugak la yang pg ambil semalam..


Aku dengan ada sorang abang ditugaskan...
Untuk ambil hamper tu kat Marks & Spencer...
19 biji hamper kowt!
So, kami dengan kereta Persona,
Kena buat dua trip la nampaknya...




Ini hamper yang paling murah..
Dalam RM 150 lebih rasanya...




Yang ini pulak paling mahal..
Rm 450 lebih..



Ini aku pun dah tak ingat berapa harga..



Ini pun lupa..


Yang pastinya,
Terliur gila tengok sume hamper raya ni..
nak2 pulak yang dari Marks and Spencer kan?
Sedap dan mahal..
Hahaha...



Monday 30 July 2012

Hamster Aku Lari!


Bangun pagi nak sahur...
Lepas makan..
Nak bagi la hamster makan..
Terkejut plus terperanjat!
Tak ada seekor pun!


Manalah hilang pulak hamster aku?
Ada orang bukak ke pintu dia?
Ada orang lepaskan ke?
Mana perginya???


Rupa-rupanya...
Ada kesan lubang kat pintu..
Sangkar hamster aku..
Sangkar dia diperbuat daripada plastik..
Jadi dia boleh gigit pintu tue...



Nampak tak kesan..
Diorang gigit pintu?
Nampak tak..
Tak ada sekor pun hamster..
Dalam sangkar diorang...




Ini puntu lagi sebelah..
Juga kena gigit...
Aku pelik betullah..
Kuatnya gigi diorang..


Manalah pulak ye hamster aku lari...



Friday 27 July 2012

Pencuci Lantai = Shower Mandi, Bau Badan = Bau Lantai...



Hahahha..
Pagi-pagi aku dah create..
satu formula matematik..
Pening kepala tengok weh!


Sebenarnya aku just nak share..
Ingt tak kes aku kulit sensitif?
Perlukan sabun mandi yg sesuai..
Aku tak tau nak beli sabun mandi apa..
So..aku just bantai beli..
Shower mandian keluaran Watsons..


.


Bau Lavender!
tak ada lah bau wangi sangat..
tapi boleh la..
Tapi yang tak best..
baunya tak kekal...


First time pakai...
Aku dah rasa..
Macam aku kenal bau ini..
Tapi kat mana..dan bila..
tapi sumpah familiar dengan bau sebijik  
macam bau gel mandian ini..


Lepas mandi..
Aku pergi dapur..
tengoh bawah sinki..
nampak benda ini..



Pencuci lantai kat rumah aku...
Teliti dia punya label..
nampak bau-bauan lavender jugak..
Patut la rasa macam kenal...
bau shower mandian Watsons aku..
Rupanya sama bau dengan pencuci lantai..
kat rumah...


Sebab tu keluar fomula,
Pencuci Lantai = Shower Mandi,
Bau Badan = Bau Lantai...


Esok Nak g Watsons balik..
Beli shower gel mandian baru..



Thursday 26 July 2012

Kunci Motor Dah Jumpa!



Alhamdulilah...
Syukur sangat2!
Aku dah jumpa balik..
Kunci motor yang hilang pagi tadi..


Tadi masa aku nak masuk..
Kawasan perumahan aku..
Ada mak guard melayu tahan aku..
Aku memang kenal dia..
N selalu tegur2 dia..

Dia tahan aku..
Sebab nak tanya..
Pasal ada lelaki India..
Bagi dia kunci..
Then dia tunjuk kat aku..
Alangkah terkejutnya..
Kunci motor aku!!!


Hepi sangat2!
Syukur gila2!
Esok leh bawak motor sendiri...


Mana Kunci Motor Aku??



Waaaaaaa...
Hari ini sangat2 malang...
Bangun pagi nak g keje..
Saja malas nak bangun awal...
Cz nak sampai ofis tepat pukul 8.30 pagi..


Tapi bila dah siap2 tadi..
Nak kuar rumah..
tengok kunci motor...
Tak ada!
Mana?
Mana?


Mana kunci motor aku?
Kunci motor aku ada kaki ke?
Boleh jalan hilang sendiri..


Sebenarnya aku sendiri..
tak ingat mana aku letak kunci aku..
Hahaha...silap aku sendiri..
tapi dah puas aku cari..
Tak jumpa2..


Takut lambat..
Aku rembat motor kawan aku...
Kesian dia..
seharian la tak leh kuar rumah
la hari ni..duk umah aja..


Sapa2 ada nampak kunci motor aku???



Wednesday 25 July 2012

Mat Rempit Cina...



Kalau kita sebut Mat Rempit,
Mesti orang akan bayangkan...
Lelaki berbangsa Melayu,
Kulit warna coklat,
Seluar koyak2 sikit kat peha n lutut..


Tapi dua malas lepas..
Aku ada tengok..
Sekumpulan Mat Rempit..
Yang bestnya...
semuanya Cina..
Terperanjat giler aku...


Kalau Mat Motor tak apa,
Means yang naik motor konvoi ramai2..
tapi ni betul2 mat Rempit!
Laju giler bawak motor..
Then berlumba-lumba...


Aku teringat stand up comedy..
yang dibuat oleh Douglas Lim..
Dalam rancangan Spontan satu ketika dulu..
Masa tu ada satu segmen..
Yang mengkehendaki diorang buat lagu..
Then Douglas ada menyebut...
Pasal orang Cina tak merempit!


Hahaha..
Douglas Lim oooiii!
Meh2 datang kat Damansara..
Kat area Tol Damansara nak ke Damansara Damai..
n jugak Kepong...
Kalau ada rezeki..
Dapat la kau jumpa..
Mat Rempit Cina..
Macam yang aku jumpa..
Hahahah....

Tuesday 24 July 2012

SEGMEN: JOM JOIN GIVE AWAY EDY



First tyme masuk Give Away...
(patut kau bangga Edy,
aku mencemar duli!)




Aku dah follow blog si Edy ni..
Dah lama...sebelum blog baru ini lagi..
So..dah buat blog baru ni..
Aku follow lagi blog dia..
(Baik kau terharu n menangis Edy!)


Aku sangat2 suka blog dia..
Puncanya sebab dia selalu buat lawak kartun..
N berkaitan dengan isu semasa..
Contoh pernah dia buat isu pasal..
gay, lesbian, transgender,
Pasal isu budak2 bawak handset.
Isu anugerah bintang popular,
So..sambil gelak2 baca entry..
sebenarnya dia buat entry..
Ada moral n ada cerita disebaliknya...

Bila diminta bagi link..
Entry mana yang best..
Aku dah blurr..
Sumpah banyak sangat entry dia..
yang aku suka..
Jap2..godek2!
(Kau jangan berangan nak pointer tinggi2..
kalau bila aku suruh stdy pun malas..haha!)
Sebab dalam banyak2 gambar kartun..
gambar kartun tue yang paling cntik!


Cadangan yer Edy?
Aku siyesly sgt2 suka..
Blog kau yang ada lukis2 n lawak2 tue..
So, keep it up!
Jangan sesekali kau wat entry..
Tanpa gambar2 tue..
Tapi kurangkan tahap atau..
Entry kelucahan!
Hahaha...
Sebab ada certain entry..
yang menyebabkan aku pun..
malu nak baca..
Eh lagi satu,
Apa kata kau review blog orang..
tapi review dalam versi kartun!


Dah..
Tue jewk bebelan aku..



Friday 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..



Pengumuman penting...
Esok semua umat manusia..
Dah tak boleh lunch ok!
Kecuali yang dibenarkan dalam Islam.
(Kau jantan jangan nak berpura-pura..
datang haid pulak!)


Esok insyaAllah..
Kita akan menyambut satu ramadhan..
So, semua wajib berpuasa!
Jangan nak mengelat!



Excitednya nak puasa,
Then nak g bazaar Ramadhan,
Tapi ingat, jangan sesekali boros!
Beli apa yang patut je ok!


Sekali lagi..
Selamat berpuasa!

Tawaran Ke IPTA Dengan CGPA Serendah 2.8



Hmmm...
Ini hanya pendapat aku..
Aku just nak bagi pandangan ..
Berkenaan dengan langkah..
Kementerian Pengajian TInggi.
Untuk membenarkan pelajar...
Lepasan SPM dan Matrikulasi..
Yang mendapat CGPA 2.8 ke atas..
untuk memasuki IPTA bagi sesi 2012/2013...
dengan syarat tidak menolak..
Apa sahaja bidang yang ditawarkan...



Memanglah memberi peluang kepada mereka..
Tapi kalau bagi apa sahaja bidang..
Memang kesianlah..
Cuba bayangkan kalau bidang yang diberi..
Peluang pekerjaan yang ditawarkan sedikit..
Maknanya mereka kena bersaing..
Then akan meningkatkan pengangguran..
belajar ijazah sampai 3 tahun..
Habis duit PTPTN..
Tapi keluar2 kerja tak ada...



So bagi aku..
Tak payah la bagi peluang.
Biar diorang masuk kemahiran ke..
Ataupun buka bisnes ke..
lagi bagus!
Tak pun minta kerja government terus..
Manalah tahu..
Masa depan diorang lebih cerah..
kalau bab2 macam tue..
Berbanding dengan belajar...





Thursday 19 July 2012

Jangan Berlagak Sangat!



When flood comes, fish eat ants &

when flood recedes, ants eat fish.
Only time matters. 
Just hold on
God gives opportunity to everyone! 


Aku suka dengan ayat kat atas..
Sangat2 elok..
Untuk diberi kepada orang..
Yang perasan bagus!
Orang yang kerek!
Orang yang ingat dia paling hebat!


Ingat..
tak selamanya kau di atas..
Orang yang kat bawah kau..
yang kau pijak2
Kutuk dan hina..
Suatu hari dia mungkin..
Boleh lebih daripada kau!


So,
Jangan berlagak sangat!



Kulit Sensitif Dengan Sabun Mandi...



Aku rasa aku tak bgtau lagi..
Baru-baru ni..
Aku mengalami kegatalan yang amat..
Kat bahagian tangan...
Sangat2 gatal...


Tergaru-garu aku..
Habis tangan jadi luka2...
Then aku g la klinik..
Rupanya tangan aku..
Ada alahan pada sabun mandi..
Aku pakai sabun mandi Antabax..
N before this aku pakai Dettol..
Yg shower cream punya..
Dua2 menyebabkan tangan aku gatal2...
Sekarang dah tukar sabun mandi lain..


Tapi doktor cakap..
Tangan aku ni memang tak leh naik baik..
Dia akan kekal sensitif..
Apa yang dia boleh tolong..
Bagi ubat nak kurangkan gatal2...


Bila pakai ubat tue..
Memang elok sangat2..
Tangan aku dah tak gatal-gatal..
Tapi rupanya sekejap je..
Hari ini dtg balik..
Rasa gatal2 tue..
Adoyai!



Wednesday 18 July 2012

Review Novel : Bisik oleh Syaihan Syafiq




Ok..kali ni kita review pulak..
Novel Bisik oleh Syaihan Syafiq..
Juga keluaran Buku Fixi,
Aku bukan orang yang berpengalaman..
Dalam bidang penulisan..
Tapi aku just nak kongsi..
Apa yang aku rasa..
Bila baca novel ni...







First bila aku baca Prolog..
Aku dah gelak bantai2...
Sumpah sempoi!
Aku ulang, ulang n ulang..
Baca prolog dia..
Prolog sgt2 catchy!
Menyebabkan aku terus nak baca..
N tertanya2 apa sebenarnya berlaku...


Then bermulalah plot penceritaan..
Yang pada aku berkembang dengan sgt2 baik..
Aku suka cara penceritaannya...
Berkembang dengan baik..
Di awal penceritaan.


Paling aku suka..
Cara penulisan dia..
Sgt2 sempoi habis!
Rileks giler!
Tak perlu aku nak hadam..
N baca ayat berbunga-bunga..


Tapi pada aku..
Ada part yang macam tak best..
Macam part dia n Ayu..
Ada hubungan sulit..
Pada aku tak perlu..
Tapi mungkin pada penulis..
Itu perlu untuk panjangkan cerita...


Endingnya..
Haha..Memang aku dah jangka..
So, element suprise tak ada..


Overall,
Novel yang wajar dibeli..
Pujian lebih diberi..
Cz cara penulisan sgt2 aku suka!



Ahli Baru Dalam Keluarga...



Hati gumbira tak terkata,
Bila hajat hati terlaksana,
Bagai bulan jatuh ke riba,
Itu perasaan bila ditanya...


Hahaha..
Pandai tak aku berpantun?
Spontan ok! Hahaha..
Aku tengah hepi ni..
Semalam aku ada beli..
Dua ekor lagi ikan laga...
Dua2 ekor betina...




Hahah..Yg seekor ni..
Nama dia Nana...
Warna Hijau Merah..
Aku cadangkan nak padankan dia
Dengan Abu.. yang warna Biru...





Yang ni pulak nama Nani..
Warna Merah..
Yang ni pulak aku nak padankan..
Dengan Ali..
Jantan yang warna Merah..
Merah cmpur merah..
Lagi merah la..
Seronok2...



Proses diorang mengawan..
Akan dilakukan esok or lusa..
Aku tengah tunggu..
Bekas khas untuk diorang mengawan..
Semalam baru tempah...
Daun ketapang pun dah pungut..
Untuk tambah kemasaman air..
Baru lagi hot diorang mengawan..


Excited!





Tuesday 17 July 2012

Ketagih McDonalds..



Hari Ahad lepas,
Aku berlagak macam orang kaya,
Seharian aku makan Mcd..
Hahaha..hebat, bukan?


Pagi sah2 la aku tak makan..
Kata weekend..
Bangun pun masa matahari..
Dah terpacak atas muka...
So, misi makan MCD bermula..
Waktu Mc Value Lunch...
Kan sekarang diowang bagi free..
Gelas Olimpik dengan pembelian..
Mc Value Large dengan ..
Sundae ataupun McFlurry...
Then aku dapat gelas ni..





Malam pulak..
Aku berlagak lagi..
Kali ni beli pulak..
Happy Meal..
Puncanya sebab aku tertarik..
cz dapat mainan Ice Age 4..
Hahahaha... :)




Aku dapat menatang ni..
Kita panggil dia..
Tandem Hyrax..
Lepas ni..
Sapa2 yang keje Mcd..
Jangan terkejut if aku nak beli
Happy Meal..
nak kumpul menatang2 ni..
hahaha..




Al-Fatihah Kepada Arwah...



Sekarang aku tgh berkabung..
Hari ini pun datang kerja..
Pakai baju hitam,
seluar hitam n kasut hitam..
Semuanya kerana..
Aku kematian seekor anak angkat..



Hamsters kawan aku..
Yang ada empat ekor..
Yang aku jaga aritue..
Dah mati seekor..
Aku pg umah kawan aku..
Kat Putrajaya..
Tdo kat sana...
Bila balik..
Tengok dia dah mati..



Sedih2!
Walaupun sekejap aku jaga..
Tapi best tengok perangai diorang..
Terhibur la jugak...



Tak palah..
Macam kawan aku..
Iaitu tuan punya binatang cakap..
"Dah kita pelihara binatang hidup,
memang la mati akhirnya"
Huhuh..maafkan aku!