SAYANG KOWG!

Thursday 27 December 2012

Ulasan FIlem : Filem CZ12 - Patriotisme Penuh Aksi



Nak tengok filem yang boleh meningkatkan semangat patriotisme tapi penuh aksi dan humor yang tak membosankan? FIlem CZ12 memang pilihan tepat. Bila tengok cerita patriotik, memang bosan. Nak-nak pula, bila banyak sangat sejarah-sejarah silam yang diungkitkan. 


Tapi bila tengok CZ12, sebenarnya filem patriotik boleh tidak menjadi bosan, andai diselitkan aksi dan komedi bersahaja macam yang dilakukan oleh produksi filem CZ12. Semalam aku berkesempatan menonton filem Kantonis CZ12 lakonan dan diarahkan oleh Jackie Chan ini.




Filem ini mengisahkan tentang Jackie Chan yang diberi upah untuk mencari patung kepala binatang Chinese Zodiak untuk melengkapkan 12 Chinese Zodiak. Macam-macam yang berlaku dalam misinya mencuri dan mendapatkan patung kepala binatang tersebut.


Aksi dalam filem ini memang superb! Jackie Chan yang berusia 58 tahun itu sendiri yang melakukannya, ok! Banyak part yang best terutamanya aksi semasa di awal cerita (semasa Jackie Chan ingin menyelamatkan diri), aksi pertarungan di udara, dalam kilang dan juga di dalam hutan.


Bukan setakat aksi yang best, humor dan kelakar yang ditampilkan cukup bersahaja. Ada sahaja part lawak yang mampu menggeletek perut korang. Mesej patriotisme juga ada diselitkan dalam filem CZ12 ini.


Kesimpulannya, memnag tak rugi kalau tonton filem CZ12 ini. Lagi satu, katanya ini filem terakhir lakonan Jackie Chan. Tapi tak tahulah kan. Keseluruhannya, 4 bintang!



Wednesday 26 December 2012

OsemTV Memang Awesome



Aku bab-bab teknologi memang lembab. Banyak benda aku tak tahu. Aku lebih suka benda yang lama, dan tak mahu berubah. Contoh macam telefon bimbit. Aku sampai sekarang masih guna handset baling anjing. Haha. Nasib baik ada iPad. Berteknologilah sikit.


Lagi satu kalau nak tahu, aku masih lagi beli dan tengok DVD. Kalau tak beli, aku akan pinjam kat Speedy Video. Haha. Aku masih tak suka download atau tengok kat Youtube. Jakun, kan? Membazir pun ada sebenarnya. Aku juga sangat suka tengok filem kat pawagam.




Tapi sejak aku tahu satu laman web ini, namanya Osem TV. Semuanya aku dah kurangkan. Banyak cerita ada dalam Osem TV ni. Cerita Melayu, cerita antarabangsa, semua ada. Paling best, cerita pun latest. Cerita tahun ini pun dah available kat laman web ini.


Korang tak caya? Cubalah tengok. Aku tak akan bagi link. Korang cari lah sendiri ok! Enjoy ya semua.


Monday 24 December 2012

Nak Pergi Konsert Anuar Zain 2013



Dalam bidang seni suara, aku hormat tiga artis. Dato' Sudirman, Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Anuar Zain. Eh, Anuar Zain belum dapat Dato'. Aku hormat diorang sebab vokal mereka yang sangat best dan mantap. Pencapaian diorang dalam bidang seni suara juga sangat membanggakan.


Baru ni aku dapat tahu, Anuar Zain nak buat konsert. Sejak kerja ini (sejak ada duit sendiri), aku mengimpikan nak pergi tengok konsert. Sangat-sangat mahu pergi. Nak-nak pula bila artis kesayangan aku pula kan buat konsert. Lagilah terkinja-kinja aku nak pergi.




Anuar Zain akan buat konsert kat Stadium Bukit Jalil pada 16 Februari 2013. Konsert yang diberi nama  Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari ini akan diiringi oleh 26 pemuzik okestra. Wow! Aku memang suka kalau okestra ni.


Sumpah aku nak pergi. Tapi yang dalam dilemanya, aku nak bawa sapa untuk teman aku? Kawan-kawan aku bukannya minat Anuar Zain. Adoyai! Dilema betul...



Friday 21 December 2012

Aku Dah Fikir Masak-Masak


Hari ini, aku nak buat satu keputusan, yang melibatkan seluruh hidup aku. Argghh.. Dah lama aku duk fikir. Makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena asyik duk fikir pasal benda yang satu ini. Semalam, aku dah fikir masak-masak, dan ibu dan ayah aku pun dah tahu.

Argghh.. Berat betul hati aku. Tapi nak buat macam mana. Aku kena buat juga. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Lain kali pun kena buat juga. Jadi, hari ini, aku akan buat. Tak kiralah apa yang jadi. Tapi harap yang baik-baik sahaja.

Aku tak kan bagitahu korang lagi. Tunggu kalau benda tu dah konfirm, baru aku bagitahu dan share kegembiraan ini bersama ok! Hehe...


Thursday 20 December 2012

Wreck It Ralph : Filem Animasi Yang Mampu Buat Kita Menangis



Semalam aku sempat tengok filem animasi Wreck It Ralph. Seperti biasa, mood kanak-kanak aku menyeru untuk tonton filem animasi ini. Walaupun dah agak lama ditayangkan, tapi baru semalam aku berkesempatan nak tengok.


Pernah main game Fix it Felix tak? Aku pun tak ingat sama ada aku pernah main or tak. Tapi aku rasa macam aku pernah tengok Ralph and Felix tu masa kecil. Oh, lupakan aja! Yang penting sekarang, filem Wreck it Ralph. Bukan Game Fix it Felix.





Cerita ini mengisahkan Ralph yang nak sangat jadi baik. Bukan apa, dia dengki tengok Felix disanjung orang, ada orang bagi makan, dapat tinggal tempat cantik. sebab itu, dia keluar dari permainan dia, dan masuk permainan lain untuk dapatkan pingat, untuk buktikan kepada kawan-kawan dia.


Permulaan cerita, pada aku agak bosan. Tak ada kelakar, so agak bosan la. Tapi dah di pertengahan cerita, terutamanya bila Ralph masuk dalam game Sugar Rush, cerita dah makin best. Suka aku tengok watak Vanellope berkawan dengan Ralph. Sangat sweet!


Ada part yang juga boleh buat korang menangis. Part bila Ralph rosakkan kereta yang dia dan Vanellope reka supaya Vanellope dapat menyertai pertandingan lumba kereta. Part tu memang tacing habislah. Tapi tak adalah sampai aku menangis basah seat pawagam. Aku cuma tersentuh aja.


Keseluruhannya, cerita ini boleh dikategorikan sebagai filem animasi 'boleh tahan'. Ok lah kalau nak layan. Tapi kalau tak tengok pun tak apa. Hehe.


3.8 Bintang!



Wednesday 19 December 2012

Sungai Petani, Kedah Aman dan Terkawal





Semalam aku buka Facebook, terperanjat aku tengok, bila ramai kawan-kawan aku update status berkenaan dengan keadaan Sungai Petani Kedah yang tidak terkawal dan tidak aman. Kata mereka, ada pergaduhan besar antara kaum Melayu dan juga India.


Aku ramai kawan yang berada kat Sungai Petani. Dulu aku belajar kat UiTM Merbok, Kedah. Jadi, macam-macam lah status yang aku baca berkenaan dengan keadaan di Sungai Petani. Ramai yang mendoakan semoga suasana aman, dan keluarga mereka selamat.


Pagi ini pula, aku baca Kosmo. Polis Sungai Petani menasihati penduduk di Sungai Petani agar tidak bimbang kerana sebenarnya keadaan adalah amat terkawal dan tiada kejadian bakar masjid, dan pergaduhan seperti yang digembar-gemburkan.


Tapi kadang-kadang pada aku mungkin kejadian benar-benar berlaku. Tapi nak elakkan kekecohan, pihak polis terpaksa menutup cerita dan cakap keadaan masih terkawal. Tapi tak tahulah keadaan sebenarkan? Sebab aku pun tak ada kat tempat kejadian.


Apa-apa pun, aku mengharapkan agar berita buruk yang kita dengar itu hanya khabar angin. Moga negara kita aman damai.



Monday 17 December 2012

Suami Datuk Siti Nurhaliza Mahu Privasi






Macam yang semua orang tahu, Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, kemalangan masa berada di New Zealand. Dengarnya, Datuk K agak teruk. Patah bahu, tangan dan kaki. Sampai kena buat pembedahanlah.


Datuk Siti Nurhaliza melalui Kosmo hari ini minta maaf kepada semua peminatnya sebab tak keluarkan gambar keadaan Datuk K sekarang. Aku pun pelik juga, tak ada lansung gambar Datuk K selepas kemalangan. 


Elok jugalah. Hormatilah orang yang sedang sakit. Nanti Datuk K dah elok, ambillah gambar banyak-banyak ok. Semoga cepat sembuh Datuk K.



Thursday 13 December 2012

Status Facebook Anda : Ujian Allah




Aku pernah dengar sebelum ni pasal satu quote yang memang berkesan gila kalau korang ada masalah. Selalu bila aku ada masalah or ujian yang datang, aku selalu ingat pasal quote ini. Jadi, aku nak share dengan korang lah, manalah tahu membantu.


"Allah does not burden a person beyond his capacity"


Cakap Mat Saleh aku hari ini. Ala, sekali - sekala nak ber'feeling2' mata biru kulit putih. Apa salahnya, kan? Haha. Quote kat atas, aku curi dari status Facebook kawan sekolah menengah aku. Faiznur Fyda namanya. 


Jantan-jantan keparat kat luar sana, yang mana-mana masih single nak try ngorat, silakanlah! Dulu masa sekolah menengah dia cantik, tapi tak tahulah macam mana sekarang. Haha. Ok, back to our main topic today.


Maksud quote kat atas, bagi sapa-sapa yang tak faham Bahasa Inggeris.. Allah takkan menguji hambanya melebihi daripada had keupayaannya. Setiap cabaran or ujian yang Allah bagi kat kita, Allah tahu kita boleh mengharunginya. 


Tapi, cara kita untuk selesaikan masalah itu sahaja, itu yang kita kena tahu. Jadi, jangan takut, jangan marah, kalau Allah turunkan ujian kepada kita. Sebab kita sebenarnya mampu untuk menyelesaikannya.


Chaiyok2, jangan masam-masam muka, sedih-sedih! 
Senyum sikit :)



Friday 7 December 2012

Tunjukkan Sokongan Terhadap Palestin



Sekarang ini, buka paper, nampak berita pasal Palestin. Buka FB and Twitter pun sama. Tengok TV dan dengar radio pun kita akan dengar orang bincang pasal kekejaman Israel terhadap Palestin. Semua orang seluruh dunia duduk bercerita berkenaan dengan isu Palestin.


Contoh macam kat Facebook, kita boleh tengok macam mana parahnya budak-budak Palestin yang kena tembak, berkecai otak, orang dewasa yang cedera dan dibunuh. Kesian, kesian sangat-sangat.


Tapi apa yang mampu kita buat? Tak kan nak duduk diam, tengok dari jauh? Nak pergi Palestin, takutlah, jauhlah, tak ada duitlah. Tapi sebenarnya, kita boleh bantu dari jauh. Selain dari doa, memohon upaya umat Islam selamat di sana, kita juga boleh menderma.


Mesti ramai gila nak menderma tapi tak tahu macam mana caranya. Ada yang risau, kalau derma, duit derma itu tak sampai kepada pihak yang betul. Tapi jangan risau, kawan aku melalui company dia, ada cara untuk menderma dan tunjukkan sokongan terhadap Palestin.




Kawan aku ada reka satu baju untuk kita tunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengecam kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Dan paling penting, sebahagian daripada hasil jualan t-shirt ini akan disalurkan kepada Tabung Amal Palestin.


Cara-cara untuk beli t-shirt ini senang dan mudah. Anda hanya perlu klik kat gambar kat atas untuk tengok macam mana cara pembelian.


Harap kita semua dapat tunjukkan kesekapatan umat Islam melalui pemakaian baju pembebesan Palestin ini. Kita juga boleh menyumbang ke tabung Amal Palestin melalui pembelian baju ini.


Thursday 6 December 2012

Wahai Clash of Clans, Aku Dah Addicted Pada Kau



Ya Allah, sejak ada The New iPad (ok, niat memang nak berlagak) aku dah lupakan blog ini. Aku ingatkan beli iPad lagi lah aku aktif nak berblogging tapi malangnya, tersasar jauh niat aku. Haha. Meh-meh aku nak cerita kat korang apa jadi kat aku sejak ada iPad.




Aku memang tak suka main games. Jarang gila aku main dan kalau main pun, sekejap je aku main. Lama-lama aku dah bosan. Tapi kali ini, lain gila. Aku main Clash of Clans, jadi addicted gila-gila.








Permainan strategi macam ini memang jarang la aku main. Nak kena buat pasukan perang, kemudian hantar perang. Selalu aku main  "barbie doll". Pakaikan baju pengantin, baju tidur. Tak pun aku main cucuk-cucuk tanam. Tanam anggur, tanam pisang... (Ok, semua tipu..aku memang tak main games).


Game ni lebih kurang pasal kita kena bina empayar. Bina pasukan perang, bina alatan peperangan dan bina defences pada Town Hall kita. Then kita boleh menyerang dan diserang. Kalau kita menang or dapat pertahankan Town Hall kita, kita akan dapat trofi.


Tak paham kan? Aku dah tahu, sapa suruh bebal tak belajar masa kat sekolah! Haha. Gurau2. Kalau korang nak lebih penerangan, korang  beli iPad, iPhone..then download game ini. Aku tak tahu la phone or gadget lain dapat main tak. Yela, bukan jenama Apple,kan? (Ok, berlagak lagi!)


Ok, aku dah siap buat team. Nak hantar team pergi perang jap! Fighting!




Friday 30 November 2012

Berkawan Baik Dengan Harimau



Kagum gila bila buka laman web The Sun bila tertengok satu artikel pasal seorang manusia berkawan baik dengan harimau. Blurr terus aku. Macam mana beliau boleh jinakkan harimau yang memang semua orang tahu ganas nak mampus.


Bila bela kucing ke, arnah ke, kambing ke, logik lah. Ini bela harimau, siap kawan "comolot" lagi. Tak ke aneh. Beliau yang aku maksudkan berasal dari Malang, Indonesia. Nama bapak beliau bagi Abdullah. Nama harimau tu pulak Mulan. Mungkin sebab Abdullah ni berkenan dengan Mulan Jameela kowt.






Kalau korang nak cuci mata lagi untuk tengok keintiman Mulan dan Abdullah ni, korang boleh lah usha-usha laman web The Sun UK tu. Mesti korang malas google kan? Meh-meh aku bagi link. 




Thursday 29 November 2012

Jalan - Jalan Cari Ikan Di Aquaria KLCC




Aritu aku sempatlah juga pergi Aquaria KLCC. Haha. Jakun, kan? Vietnam dan Thailand dah pergi, Sabah dan Sarawak dah dijelajahi, tapi alih-alih, Aquaria KLCC pun tak pernah pergi? Sebab tu la aku teringin nak pergi sana. Nasib baik ada kawan aku nak teman, jadi tak adalah keseorangan.


Kami pergi masa cuti. So, memang ramai gila orang beratur. Panjang wa cakap sama lu. Macam orang beratur panjang nak amik burger free McDonalds aja. Tapi nasib baik kaunter Aquaria KLCC buka banyak. Jadi, tak lama lah beratur.


Masuk dalam excited bukan main. Bukan sebab tak pernah tengok ikan, or binatang-binatang dalam tu, tapi cara ikan dan binatang tersebut dipersembahkan kepada pengunjung sangat menarik. Dengan saiz yang memang tak pernah tengok, dan ada juga binatang yang pelik-pelik. Memang mengagumkan.


Mula-mula masuk korang akan teruja sebab nampak piranha. Banyak gila! Aku duk bayang macam mana lah kalau celup tangan ke, terjatuh dalam akuarium tu ka, mau kena ratah dengan ikan piranha tu. Tapi muka piranha tak de la menakutkan macam tengok dalam filem-filem.






Pastu tengok pula memerang. Masa aku sampai, kebetulan pihak Aquaria KLCC tengah bagi makan kat memerang. Best tengok aksi memerang ini. Pandai dia ikut arahan orang yang bagi dia makan. Comel sangat-sangat.




Masuk dalam lagi ada macam-macam lagi binatang. Tak perlu aku terangkan, tengok aja gambar diam-diam ok.

















Itu baru satu tingkat. Ada satu tingkat lagi. Owh lupa nak bagitahu. Aquaria KLCC ada dua tingkat ok.  Misi mencuci mata tengok ikan diteruskan.














 





Dah-dah cukup! Nak tengok banyak lagi, pergi sendiri ok. Bukan setakat gambar, tengok depan mata lagi. Apa-apa pun memang bestlah pergi Aquari KLCC. Cuma pendapat aku, harga RM 35 yang dibayar tak berbaloi sangat. Sebabnya, Aquaria KLCC kecil sangat. Kalau murah sikit, lagi ok.




Tuesday 27 November 2012

Ulasan Filem : Rise of The Guardians



Minggu lepas, aku sempat tontog filem kartun baru kat pawagam. Macam biasa, datanglah Twilight sekalipun, kalau cerita kartun best, aku confirm sanggup beratur panjang untuk beli tiket. Janji mata aku sedap memandang. Huhuh.




Cerita ini mengisahkan tentang dongeng kanak-kanak tentang kewujudan beberapa watak dalam dunia ini. Contoh macam Santa Claus, Tooth Fairy, dan lain-lain. Kewujudan mereka memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak. Sebab tu filem ini gelarkan mereka The Guardians. 


Bagi aku jalan cerita sangat best. Satu-satu dia terangkan. Apa tugas The Guardians dan macam mana The Guardians memberi kegembiraan kepada kanak-kanak. Best juga bila kemunculan Boogeyman, ditunjukkan macam mana kesan bila kanak-kanank sudah tak percayakan The Guardians.


Banyak nilai-nilai murni yang ada dalam filem ini. Contoh, macam semangat kerjasama. Macam mana The Guardians semua tolong Tooth Fairy kutip gigi kanak-kanan semasa semua Baby Tooth Fairy ditangkap oleh Boogeyman. 


Lawak memang banyak gila dalam filem ini. Terutamanya, watak-watak sampingan. Memang kelakar habis. Kalau korang tak tergelak walapuan sikit, memang something wrong kat wayar kepala korang.


Apa-apa pun memang enjoy. Aku bagi 4.5 bintang.



Wednesday 21 November 2012

Segmen E'Raz Fadli : Pencarian Bloglist



Semangat berkobar-kobar untuk join segmen. Seronok lah. Dapat tambah followers, dapat kenal blog dan follow blog baru. Seronok-seronok. Disebabkan semang tengah mencanak naik, aku nak join satu lagi segmen. Segmen E'Raz Fadli : Pencarian Bloglist.




Syarat cukup mudah. Tak perlu bawa telur ayam, darah kambing putih, kemenyan apa semua. Hanya klik banner kat atas, koranmg boleh join macam aku, Meh-meh..sokong kawan-kawan.


Tapi cepat..  15 jam sahaja~



Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak




Hari ini aku nak ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ucapan tahniah ini aku berikan atas dua perkara yang berjaya dicapai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pertama, pasal Twitter Datuk Seri dah sampai followers 1 Juta lebih. Tahniah, tahniah Datuk Seri. (Walaupun aku tak follow pun Twitter Datuk Seri). Dengar cerita Datuk Seri Najib tengah mencari siapakah followernya yang ke 1 Juta. Diorang nak jumpa-jumpa lah.


Kedua, Datuk Seri Najib telah menggesa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat untuk menghentikan keganasan dan peperangan antara Palestin dan Israel. Katanya, Obama telah membuat beberapa panggilan telefon dalam usahanya untuk memberhentikan peperangan terbabit.


Kalau ikutkan, aku tak percaya lansung Barack Obama mampu untuk memberhentikan serangan Israel ke atas Palestin. Puncanya, kalau betul Obama nak tolong dan memastikan Palestin tak diserang, dah lama beliau akan lakukan.


Hmmm... Dunia oh Dunia.



Tuesday 20 November 2012

Christina Aguilera Cantik dan Seksi? Anda Mungkin Silap!




Aku sangat minat tengok The Voice 3. Vokal peserta masing-masing power gila! Memang layak la masuk The Voice 3 ini. Selain dari vokal peserta yang sangat mengagumkan, juri juga menjadi perhatian dalam The Voice 3 ini.


Juri dalam The Voice versi USA ini ada empat orang. Adam Levine, Cee Lo Green, Blake Shelton and Christina Aguilera. Berselera juga lah kiranya aku nak tengok The Voice. Sebab juri ada perempuan seorang. cantik dan gebu pula tu. Haha. Ok2. Lupakan sejenak.




Aku sebenarnya nak cerita pasal tubuh badan Christina Aguilera. Nampak sangat cantik, dan putih menggebu dia dalam The Voice 3. Itu dulu.Tapi yang terbaru, tubuh dia dah jadi perbincangan ramai orang.


Aku tengok tubuh badan dia yang sekarang, terkejut beruk aku. Biar betul Christina Aguilera ni. Gemuk, tembam dan pinggulnya sangat pelik.


Korang nak tengok? Aku tak boleh masukkan gambar dia dalam blog aku. Korang kena view dalam laman web INI.


Selamat melihat dan jangan terkejut!


McDonalds Edar Sarapan Pagi Percuma Lagi!




Semalam McDonalds dah edar sarapan pagi percuma. Egg McMuffins untuk 1000 pelanggan pertama. Hari ini, keluar surat khabar berkenaan dengan sambutan yang menggalakkan dari penduduk Malaysia.


Hari ini juga, McDonlads mengumumkan untuk memberikan lagi sarapan pagi secara percuma kepada penduduk Malaysia. Kelainannya, kita kena kerat kupon yang diletakkan di surat khabar kemudian tebus di mana-mana restoran McDonalds di Malaysia.


Hmm.. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ini. Bukan setakat buta mata, buta hati siap! Tolonglah! Kita bukan boikot untuk selama-lamanya. Tapi boikot kita ini, untuk tunjukkan bahawa apa yang Israel lakukan, untuk serang Palestin salah sama sekali.


Dan salah satu cara, untuk tunjukkan kepada Israel ialah dengan cara boikot produk yang menyumbang  kepada Israel. Kita dah la tak mampu n ak berperang kat sana, ini sahajalah cara kita.


Harap rakyat Malaysia buka mata hati mereka.


Malaysia Tempat Ke 8 Negara Paling Bahagia



Sejak kebelakangan ini, negara kita Malaysia selalu sahaja dapat pengiktirafan luar negara. Macam-macam lah gelaran yang kita dapat. Kali ini, kita dapat tempat kelapan daripada 100 negara dalam Indeks Kebahagiaan.


Laporan Indeks Kebahagiaan ini telah dikeluarkan oleh World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Colombia University. Paling best, negara kita lagi "bahagia" berbanding dengan beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat (23) dan Kanada (24).


Aku pun tak tahu, apa kayu ukur untuk mengukur tahap kebahagiaan sesebuah negara. Mungkin dari segi, peratusan kemalangan dan jenayah, peratusan bunuh diri. Mungkin. Tapi apa pun, tahniah Malaysia.



Monday 19 November 2012

Diana Danielle Hamil



Alhamdulilah. Baru je kahwin, dah dapat berita gembira. Pasangan secocok Farid Kamil dan Diana Danielle bakal menimang cahaya mata walaupun baru sahaja berkahwin.


Diana Danielle dan Farid Kamil pun dah sahkan di Instagram dan Twitter masing-masing. Tahniah kepada Diana Danielle dan Farid Kamil.






Moga dikurniakan anak yang sihat dan comel.



Ramainya Beratur Untuk Dapatkan McDonalds Free Egg McMuffin



Aku dudk dekat Damansara Damai. Hari-hari aku pergi kerja naik motorsikal dan akan lalu McDonalds dekat dengan rumah. Hari-hari juga aku akan tengok suasana lengang pagi kat McDonalds Damansara Damai. Mungkin ramai yang lebih menyukai makan roti canai dan teh tarik untuk makan pagi.


Tapi tadi,  dari depan rumah aku dah nampak jalan sesak. Kenapa? Ada kemalangan ke? Ataupun ada kereta rosak kat depan? Bila dah mencelah, dan nampak McDonalds, baru aku teringat, yang hari ini McDonalds ada mengedarkan Egg McMuffin percuma.






McDonalds mengedarkan McMuffin percuma kepada 1000 pelanggan di setiap cawangan McDonalds restoren. Konsepnya, siapa cepat dia dapat. Dah Egg McMuffin hanya akan diberikan satu kepada seorang pelanggan.


Eh? Bukan ke sekarang kita sedann giat, buat kempen boikot barangan Israel? Boikot McDonalds? Orang yang beratur nak benda percuma tu tak nampak ke kat berita, kat televisyen, Facebook, internet dan sebagainya tentang nasib rakyat Palestin?


Diserang, dicederakan, dibom dan dibunuh! Suami hilang isteri. Ibu hilang anak. Keluarga hilang tempat tinggal. Tak ada simpati lansung ke dalam diri kita sampaikan sanggup lagi beratur untuk mendapatkan McDonalds.


Hmm... Mungkin kita tak mengerti. Sebab bukan kita yang mengalami.



Sunday 18 November 2012

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Industri Muzik 2012



Tadi berlansungnya Anugerah Industri Muzik yang ke 19. Majlis anugerah yang diacarakan oleh Aznil Nawawi dan Adibah Noor telah mengumumkan 19 pemenang bagi 19 kategori yang dipertandingkan.


Nak tahu keputusan penuh? Boleh tengok kat blog Beautiful Nara. Tahniah kepada para pemenang macam Shila Hamzah menerusi Lagu Terbaik, Jaclyn Victor menerusi Vokal Wanita Terbaik dan Mojo -Artis Baru Terbaik.


Sangat kecewa bila Datuk Siti Nurhaliza tak menang apa-apa pun. Tapi best sangat-sangat dapat tengok dia berduet dengan Hafiz menerusi lagu Muara Hati. Memang terbaik! persembahan yang lain biasa sahaja. Asmidar pun best. 


Apa-apa pun, tahniah sekali lagi.

Wednesday 14 November 2012

Segmen : 1st Segmen - Kasi Terjah By Add



Dah lama tak join segmen-segmen ni. Hari ini buka blog, nampak ada segmen untuk tambah followers. Apa lagi, join je lah kan.




Kalau nak join klik banner ok. Bilangan followers sekarang.. iskh malu eh nak habaq, 342 followers sahaja. Tapi tak tahu la kalau kejap lagi jadi 5000 followers pula. Haha. Selamat men'join'.



Sunday 11 November 2012

Lagu Terbaru Dato Siti Nurhaliza - Galau



Dato Siti Nurhaliza baru selesai mengadakan konsert solonya di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City pada 9 November yang lalu. Khabarnya tiket semua sold out. Tahniah buat Dato' Siti Nurhaliza.


Pada malam tersebut, Dato Siti Nurhaliza telah menyanyikan 22 buah lagu tidak termasuk lagu medley. Antara lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Cindai, Nirmala, Falling in Love dan banyak lagi.


Paling best, para peminat yang dianggarkan seramai 5000 orang itu juga telah dihiburkan dengan lagu baru dari Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk Galau. Mesti korang nak dengar, kan? KLIK SINI.


Aku dah dengar. Pada aku, kali pertama dengar, lagu ini macam biasa-biasa aja. Tak ada yang istimewa. Tak boleh jadi killer song atau mengatasi kesedapan lagu-lagu beliau sebelum ini. Tapi tak tahulah. Mungkin korang ada pandangan yang berbeza. 


Saturday 10 November 2012

Alhamdulilah.. Sudah di Kampung.





Semalam aku meredah hujan juga untuk ke Kepong Sentral. Terpaksalah basah-basah. Nak balik kampung katanya. Berkorbanlah sikit. Nasib baik bila sampai aja, cun-cun train dah ada. Kalut jugalah aku. Sampai baki beli tiket pun aku tak ambil. Huhu.


Punyalah lama duk dalam train. 2 jam juga. Ada dua kali berhenti kat dua stesen lama sangat. Tak tahulah kenapa. Dah lama aku tak guna perkhidmatan komuter, ingtkan ada perubahanlah. Sama aja! Tak berubah pun in term of kelembaban dia.


Sampai kat stesen Seremban, kena tukar train lah pula. Train yang aku naik ni, tak pergi sampai Sungai Gadut. Terpaksalah tunggu train lain. Nasib baik 10minit aja menunggu. Dah sampai kat Sungai Gadut, kebetulan ayah aku pun dah sampai kat situ. Huhuh. Nasib baik aku tak menunggu. 


On day way nak balik rumah singgah makan kat Tampin jap. Isi perut. Sampai kat rumah , ibu dan adik-adik aku dah tidur. Tapi ibu aku terjaga bila aku, abang aku dan adik sorang lagi, bising- bising kat ruang tamu.


Bestnya dapat berkumpul ramai-ramai macam ini. Pagi tadi, gotong-royong bersihkan rumah kami yang dah lama tinggalkan. Harap je baru buat, tapi tak duduk pun. Cepatlah ibu dan ayah aku bersara. Dapat duduk rumah baru ini.



Friday 9 November 2012

Pelangi Petang - Cover Version by Umar Nurfitri



Dulu, masa blog aku yang lama, rajin aku upload, video aku nyanyi. Ala, nyanyi saja-saja aja. Aku sangat, amat, terlalu suka menyanyi. Walaupun sedar, suara tak seberapa. Tapi untuk kepuasan diri. 


Bila rajin, aku upload kat blog. Saja nak share hobi aku dengan orang lain. Tak kisah pun orang nak kutuk aku syok sendiri ke apa ka, sebab aku tahu, suara aku bukan tahap Anuar Zain untuk dipuji. Haha..


Masa company kami buat Open House raya yang lepas, aku ada nyanyi satu lagu Sudirman. Pelangi Petang. Kira memang lagu wajib aku time karaoke. Then akak officemate aku ada rakam rupanya. Apa lagi, nak upload kat blog la jawabnya.


Nak tengok? KLIK SINI. Enjoy!


Nak Balik Kampung!





Aku pernah cerita kan, pasal parents aku dah buat rumah kat Johol, Negeri Sembilan. Disebabkan parents aku belum bersara, terpaksalah tinggalkan rumah itu tak berpenghuni buat sementara. Terpaksa ulang-alik dari Kelantan dan Negeri Sembilan kadang-kadang.


Minggu ini, family aku semua turun balik rumah kami kat Negeri Sembilan. Aku pun tak terkecuali. Lepas balik kerja nanti, terus aku pergi Stesen KTM Kepong Sentral naik sampai Sungai Gadut. Kat sana, ayah aku akan tunggu.


Excited nak tengok rumah, excited nak jumpa parents, excited nak jmpe adik-beradik. Masa kerja ini, barulah aku tahu, betapa bestnya balik kampung! Doakan keselamatan aku!



Thursday 8 November 2012

Melancong Ke Pahang : Swiss-Garden Resort and Spa, Kuantan




Masa aku pergi Etiqa Treasure Hunt 2012 tu, kami dapat menginap kat Swiss-Garden Resort and Spa. Makan malam Etiqa Treasure Hunt 2012 itu juga diadakan di situ. Tapi aku tak adalah pula ingat nama dewan itu.





Kalau korang berpeluang pergi Kuantan, Pahang, dan tak tahu nak duduk kat mana, mungkin Swiss-Garden Resort and Spa boleh menjadi pilihan korang. Tapi make sure duit dalam wallet tebal. Dengar cerita, hotelnya bertaraf 5 bintang. Tapi tak tahulah..






Masa kat sana, aku dapat bilik katil single tapi dua katil. Means, dua orang la dalam bilik tu. Aircond, toilet, tv, balkoni, iron baju, meja solek semua ada. Memang lengkap lah. Tapi agak tak best, bila bilik aku dapat, balkoninya berhadapan dengan satu rumah usang. Gila menakutkan!








Toilet dia terbaik! Bersih, air laju, heater boleh guna, toiletries dibekalkan. Besihnya sampai aku rasa boleh guling2 lah dalam tu. Paling best, ada bath tub! Lepas penat Treasure Hunt, aku apa lagi, buka air panas, rendam badan. Seronok!




Kesimpulannya, memang best tinggal kat sini. Sangat-sangat selesa. Tapi yang tak bestnya, aku hanya tinggal untuk satu malam. Jadi, tak sempat nak pusing-pusing kat kawasan sini. Hmm.. Harap suatu hari nanti dapat datang lagi.