SAYANG KOWG!

Thursday 28 February 2013

Segmen : Siapa Blogger Bertuah




Nak hadiah? Jom join segmen Anak En. Yusni!



Nak join? Klik Banner.


TAG :
3) Dik Bi


TAMAT


Aku, Biasiswa JPA dan Pinjaman PTPTN



Aku naik status kat FB hari Sabtu lepas. Berkenaan dengan Pinjaman PTPTN dan Biasiswa JPA. Tentang pengalaman aku sendiri. Nak tulis panjang kat FB tak cukup ruang. So, aku gunakanlah entry kat blog ni untuk terangkan serba sedikit. Tapi ingat, ini lebih kepada pendapat peribadi ok!


Dulu masa aku belajar degree, aku amik PTPTN pada awal semester pertama dan kedua. Dua2 sem aku dapat PTPTN. Tapi, masa semester pertama, aku apply JPA. So, duit masuk masa semester kedua. Awal sem kedua. So, masa semester kedua, aku dapat JPA dan PTPTN.




Sakanlah masa tu! Student kan. Dapat duit masa tu, mana nak fikir sangat. Habis duit dengan berjoli (beli buku pun ada juga ok!). Tak fikir dah pasal nak kena bayar PTPTN nanti dah habis belajar. So, masa tu juga, aku tak terfikir pun nak gunakan balik duit JPA or PTPTN yang dapat untuk bayar PTPTN yang aku dah gunakan.


Masa belajar, tak silap aku dalam sem 5 or 6, kerajaan umumkan yang pelajar degree yang tamat dengan Ijazah Kelas Pertama, akan dikecualikan untuk membayar pinjaman PTPTN. Aku apa lagi, gembira sakanlah sebab masa tu pointer aku ok.


Alhamdulilah, bila tamat belajar, aku dapat Ijazah Kelas Pertama. Masa dah dapat kerja, aku dah dapat surat mengatakan bahawa aku kena bayar PTPTN. Aku pun telefonlah pegawai PTPTN. Pegawai PTPTN pun cakaplah yang aku kena bayar juga PTPTN walaupun aku tamat dengan Kelas Pertama.


Alasan yang diberikan, aku tak tamat belajar dengan PTPTN. Lagi tak best, aku masih dikenakan cak perkhidmatan sebanyak 3% bukan 1% seperti orang lain dapat. Alasan mereka tetap sama, aku tak tamat belajar dengan PTPTN.


Sekarang pula, aku dah start bayar PTPTN. Jadi dua semesta aku pinjam termasuk dengan caj perkhidmatan 3%, bayaran yang dikenakan terhadap aku hampir RM 8,000. 


Sekarang aku menyesal jugaklah, kenapalah masa aku dapat PTPTN dan JPA sekaligus, aku tak bayar PTPTN yang aku pinjam. Kan sekarang dah terkedek-kedek nak bayar walapun sebulan RM 100 je pun bayarannya. 


Bila aku naik status aku kat FB hari tu, ada seorang pegawai PTPTN hantar mesej kat FB aku tanya berkenaan denagn status aku dan apa yang terjadi. Dia tolong check kat aku dan mengesahkan bahawa memang aku tak dapat free PTPTN tu walaupun dapat Kelas Pertama. Alasannya, sebab berlakunya pertindihan antara PTPTN dan JPA. 


Pasal ujrah tu pula, aku dapat berita agak gembira, kemungkinan aku dapat mengurangkan caj perkhidmatan daripa 3% kepada 1%. Aku dah hantar permohonan kat PTPTN. Sekarang, hanya tunggu keputusan PTPTN dalam masa dua minggu.


Apa yang aku nak cakap, kalau korang dah ambil PTPTN dari awal, tak payahlah amik JPA ok! Teruskan dengan PTPTN dan belajar rajin-rajin bagi dapat Ijazah Kelas Pertama. Senang! Percuma!!! Tak payah bayar satu sen pun.


Dan kalau yang dah terambil JPA, minta bayar PTPTN guna duit JPA korang tu, Aku tau banyak berlebihnya. Tak payah nak berjoli-joili sakan sangat. Baik guna duit JPA tu untuk bayar PTPTN. Nanti dah kerja, tak yah susah-susah macam aku.


Dan aku harap, agar PTPTN dapat kurangkan caj perkhidmatan tu kepada 1% ok! Harap sangat-sangat. Nak kumpul duit nak kahwin PTPTN oooiii! Haha.


Itu je pesanan dari aku. Ingat, ini hanya pendapat peribadi dan apa yang betul-betul jadi kat aku. Yang buruk pernah aku buat tu, harap korang tak tiru. Chow! 




Wednesday 27 February 2013

Segmen Blogwalking oleh Blog Bingkisan Hati



Mood : Join Segmen!

Jom korang yang cantik, manis, kacak, dan tampan sekalian, join segmen ini. Just klik banner kat bawah je. Selamat bersegmen.



Followers : 1594
Likes : 825


Mohon diterima.


Wordless Wednesday : Sekolah Rendah Aku





Thursday 21 February 2013

Taman Tasik Titiwangsa Bersama Blogger



Ini sambungan entry yang lepas. Tak baca lagi? Nak kena sekeh ka? Baca SINI dulu. Lepas dah mentekedarah kat Seoul Garden, Nor Zaimah buat idea gila, jogging kat Taman Tasik Titiwangsa. Hah, memang lah aku suka jogging pakai seluar jeans n tshirt kacak!


Tak adalah! Gurau aja. Sesi bergambar bersama-sama kat Taman Tasik Titiwangsa. Tapi boleh dikatakan berjogging jugaklah sebab kami berjalan tawaf tasik tue. Jauh jugaklah kami berjalan, tapi tak sedar sebab masa berjalan, kami tangkap gambar.



Mama Nor Zaimah bersama anak-anak ikan laga.




Mama Nor Zaimah bersama anak-anak dugong.




MK Syahir diblock oleh Mama Nor Zaimah. (Eh, Razanah Anis macam model jual jam tangan!)




Menunggu untuk dilanggan oleh pelanggan yang melanggan.




Satu Milimeter pun tak bergerak aku tarik diorang.




Wajah-wajah kesayangan hamba.




Kami kacak dan cantik.


Tiba-tiba masa kami semua catwalk, hujan mencurah-curah hinggap ke pipi kami yang mulus. Kami menabahlah cari tempat berteduh. Jumpa satu pondok. Ramai pula yang berteduh sekali. Yang bestny ada orang bawak kucing dia jalan-jalan dua ekor. Sangat amat terlalu comel! Kecomelan dia sampai Razanah Anis lapar balik dan nak makan kucing tu. Nasib baik aku sempat tahan. (Ok, ini tipu!)




Mama Nor Zaimah dan Boni (nama kucing, bukan nama tudung si Zaimah ni).


Lepas hujan reda, kami beredar. tapi yang tak leh blah, budak-budak ni request aku nyanyi lagu anuar Zain. Alamak! Matilah aku. Tak sempat nak warming up vokal kowt. Untuk tak menghampakan peminat (ini over!), aku nyanyi jela. Lagu Sedetik Lebih. Sedap tak sedap ada aku kesah. Nasib baik tak hujan balik.


Dan kami pulang dengan gembiranya :)



Sambutan Birthday Blogger dan Makan-Makan di Seoul Garden



Argghhhh! Aku yakin dan percaya, akulah blogger terakhir yang update cerita pasal hujung minggu lepas. Bukan salah aku, salahkan mood aku yang tengah datang bulan. Mood tak de weh nak update cerita panjang-panjang berjela ni. Haha. Tapi aku tak kira, aku paksa juga korang baca!


Hari Sabtu minggu lepas, 15 Februari 2012, Group Masih Cinta ada buat gathering sempena nak sambut birthday blogger sekor ni, Iffah Bettofah, yang cun melecun lagi menawan (Harap kau belanja aku karaoke Red Box) yang ke 86 tahun! Hahah.. (Mohon mengaku segera!).


Pagi-pagi aku dah pg umah Pari-pari putih ni. Dia cakap Iffah datang awal. So, aku kena cepat sebab nak beli kek tok Iffah. Nak buat suprise katakan. Tapi, rupanya Iffah datang lambat gila rupanya. Penat tunggu! Alasannya, amik Razanah Anis dan Syazana Tem. 



Kek yang aku beli untuk Iffah Afeefah.


Yang bestnya, kitaorang buat surprise bagi kek ni. Sebaik sahaja diorang masuk rumah Nor Zaimah, kami nyanyikan lagu Happy Birthday dan bawak kek ni hadap muka dia. 




Gambar kami melahap kek. Eh, Dik Bi seorang yang melahap, yang lain makan secara sopan.


So, semua dah ada. Aku, Nor Zaimah, Iffah Afeefah, Dik Bi, Razanah Anis dan Syazana Tem eh, tak dilupakan juga Abang Mat dan Mirza (suami dan anak Nor Zaimah) pergi KL Festival City tok makan kat Seoul Garden.




Sebelum makan kat Seoul Garden, Razanah Anis bagitahu ada sorang blogger 'jantan keparat' nak datang juga. Dari UiTM Shah Alam kita import untuk menghabiskan makanan kat Seoul Garden nanti. Tunggu Syakir Rahman punyalah lama. Macam tunggu putera dari kayangan. Menabah lapar aku menunggu.




Disebabkan hari Sabtu, bayaran masuk mahal sikit iaitu hampir RM 40 sekepala. Makanan dia tak de la sedap sangat. bagi aku, macam makan steamboat kat Uptown Danau Kota je. Tapi, diorang cakap kalau Seoul Garden kat tempat lain lagi best kalau nak dibandingkan makan kat situ. Ok, aku tak pernah makan Seoul Garden, so, aku tak tahu.









Tiba- tiba ada lagi blogger yang datang, Norain Yusoff. Macam juga Razanah Anis & Syazana Tem dan Syakir Rahman, ini first time aku jumpa Norain Yusoff. Aku pun tak tahu napa dia lambat, maybe masak untuk husband dulu kowt sebelum datang.






Kejutan tak habis sampai situ. Ada lagi blogger lain datang. Kali ni dua orang siap. Si, MK Syahir dan Potia Casadellarossa. Kami dah habis makan barulah datang. So, tunggulah diorang habis makan. 




Blluuurrrppp! Kenyang! Masing-masing dah menabah nak angkat perut. Kenyang tak ingat dunia. Aku ingat kan, patutnya Seoul Garden sediakan katil bagi pelanggan tidur dulu sebelum sambung makan lagi. Haha. Ok! Dah habis sesi Seoul Garden. nanti aku update lagi ek apa yang kami buat petang tu pula.



Wednesday 20 February 2013

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari : Berjaya!



Macam semua orang tahu, Anuar Zain (Abang aku!) dan berjaya buat Konsert Anuar Zain Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari pada 16 Februari 2012 di Stadium Malawati Shah Alam.




Walaupun macam-macam halangan yang Anuar Zain terpaksa hadapi macam tak ada penaja langsung, kena tukar lokasi saat-saat akhir, tapi Anuar Zain tetap berjaya buat satu konsert yang gempak.


Aku baca status peminat Anuar Zain kat Facebook, ramai yang memuji persembahan Anuar Zain pada malam itu. Baca Kosmo hari ini pun, mengatakan benda yang sama.


Banyak kejutan yang berjaya Anuar Zain lakukan antaranya, persembahan kali pertama Video Klip Sempurnakan Aku, kemunculan istimewa pelakon Nora Danish dan juga kemunculan penyanyi wanita seperti Dina Nadzir dan Adibah Noor.




Arrrghhhh! Menyesal tak pergi. Aku ingat hari tu memang nak pergi, tapi tak ada sapa nak teman dan nak pergi dengan aku. Sedih betul! Tak apalah, maybe lain kali ada rezeki lagi, aku pergi.



Tuesday 19 February 2013

Segmen Upkan Follower By Hana



Jom join segmen. Kali ini dari blogger Hana Jalil. 

Segmen Upkan Follower By Hana




Syarat-syarat sangat senang. Aku dah buat semua. Aku followers ke 701. Followers aku sekarang ada 433. Bagi yang nak join, sila klik banner.


Monday 18 February 2013

Blog Aku Direview, Muka Aku Macam Syamsul Yusof?



Argggh! Hari ni mood memang tak ada langsung. Rasa macam datang office tadi merangkak. Berat je rasanya. Dari tadi buat kerja yang menimbun, tapi masih rasa masa lambat berlalu untuk sampai lunch hour. Argghh, lepas lunch ada beberapa jam lagi untuk pukul 6 petang. Malas!


Buka blog, tengok segmen yang aku baru join hari Jumaat lepas. Blog Review oleh DA (KLIK SINI). Wah, blog aku betul2 direview. Bangga2! Seronok pulak rasa bila blog direview. Rasa macam artis pula! (Padahal tak ada apa pun).


Nak tengok apa blogger tue komen? Sila KLIK SINI.  Paling tak boleh blah, dia cakap muka aku macam Syamsul Yusof. Ok! (Tangan ke dada mata juling ke atas). Hmm, awak orang ke 999.99 yang mengatakan muka saya macam Syamsul Yusof! Hahaha. Ala, dalam gambar je. Kalau jumpa live, macam Syamsul Yusof kena gilis dengan lori telur. Haha..


K lah. Mood tak de ni. Baik tengok Running Man, gelak guling-guling untuk dapatkan mood kerja hari Isnin. 


Thursday 14 February 2013

Segmen : Blog Review By DA



Join segmen lagi. Jom2x!




Blogger Dhofwatul' Aisy (nama berbelit-belit nak menyebutnya. Unik betul!) ada buat segmen. Segmen Blog Review. Sapa2x nak join leh klik banner.


Untuk pengetahuan tuan tanah, aku dah follow blog kamu, followers ke 812.


Wednesday 13 February 2013

Pengalaman "Ngeri" Di Proton Service Centre Mutiara Damansara




Hari Sabtu lepas, tepat jam 8 pagi, aku dah terpacak kat Proton Service Centre Mutiara Damansara. Puncanya, aku nak service kereta. Aku dah buat temujanji seminggu sebelum lagi. Bila sampai, dah  ramai yang menunggu.


Biasanya, sebelum aku pergi ke sesuatu tempat, atau makan sesuatu, aku ada survey kat internet dulu. Tengok apa pandangan orang lain terhadap produk atau tempat yang aku nak pergi tu. Sama juga kes nak pergi Proton Service Centre kat Mutiara Damansara.


Aku baca dalam internet, ramai yang bagi komen negatif pasal Proton Service Centre kat Mutiara Damansara. Ada yang cakap service lembab walaupun orang sikit, orang yang jaga kat kaunter tak peramah, tak ada cukup kakitangan nak layan pelanggan dan macam-macam lagi.


Tapi bila aku sampai, aku nampak semuanya baik-baik sahaja. Bila sampai aku tengok, diorang ada bagi air panas percuma. diorang juga bagi belon kepada kanak-kanak yang ikut mak dan ayah diorang. Orang yang bekerja kat situ pun ramah-ramah. Tegur dan sapa kita dengan baik.


Tapi yang indah hanya sementara. Aku sampai pukul 8 pagi, tapi aku dilayan pukul 8.30 pagi. Aku tak kesah. Mungkin sebab diorang handle customer lain dulu. Bila pekerja Proton tengok kereta aku, dia bagitahu kereta aku akan siap di'service' pukul 11 pagi.


So, aku pergi la Tesco yang berdekatan. Dah tak tahu nak buat apa kat Tesco , pukul 10 pagi aku masuk balik Pusat Service Proton Mutiara Damasara tu. Tunggu lah aku kat kerusi yang ada kat depan counter.


Pukul 11.18 pagi, tak ada pula orang panggil nama aku atau sebut pasal no. plat kereta aku. Aku pun pelik lah. Kata pukul 11 pagi siap, tapi dah pukul 11.18 pun tak siap lagi. Aku pun tanyalah pekerja yang periksa kereta aku tadi.


Bengang gila aku bila kau tanya, rupanya kereta aku dah siap! Aku tunggu pukul 10 pagi lagi kowt depan kaunter tu, tapi tak ada pun orang bagitahu yang kereta aku dah siap. Tak kan lah nak tunggu aku tanya dulu? Bukan ke kalau dah situ diorang yang sepatutnya bagitahu?


Lepas aku dapat tahu kereta aku dah siap, aku pergi lah kat Kaunter Pembayaran pula. Aku cakap aku nak bayar. Dia minta aku tunggu dulu. Aku pun duduk lah balik kat kerusi yang aku duduk tadi. Tunggu punya tunggu, 20 minit berlalu! Nama aku sekali lagi tak dipanggil.


Aku pergilah Kaunter Pembayaran tu, aku tanya boleh dah ke aku bayar, sebab pekerja yang periksa kereta aku kata kereta aku dah siap. Dia cakap duduk dulu, kalau dah siap dia panggil sebab resit kena buat secara manual.


Aku pun duduklah balik. Aku rasa tenanglah sikit sebab dia bagitahu alasan lambat sebab resit kena buat secara manual. Tunggu, tunggu dan tunggu! Nama aku masih tak dipanggil. Alu dah mengeluh..


Aku rasa orang yang kerja kat Kaunter Pembayaran tu nampak aku macam gelisah. Dia datang kat aku dan tanya apa nombor plat kereta aku. Aku pun bagitahu lah. Dia pun yang kononnya baik hati pergilah tolong checkkan untuk aku. Sedangkan dah 30 minit kot aku tunggu baru nak pergi tolongg checkkan!


Aku tengok dia pergi tanya pekerja-pekerja yang lain dan check  kat meja pekerja yang periksa kereta aku. Tapi tak ada juga aku punya resit. Aku tengok dia balik kat meja dia dan check fail yang ada kat meja dia. Rupanya resit aku dah memang ada kat meja dia!


Arggghhh! Geramnya aku! Lama-lama aku tunggu rupanya resit aku memang dah ada kat meja dia. Dia aja yang tak checkkan untuk aku. Dah 30 minit berlalu, baru nak tanya no. plat aku apa! Bengang betul aku!


Aku tak mo cakap banyak terus bayar. Yang lagi sakit hati, dia tak minta maaf pun kat aku. Walaupun nampak muka dia gelisah, takut kena marah. Tapi aku ni pun manusia, tahu manusia memang selalu lakukan kesilapan, tapi paling kurang minta maaf!


Memang serik dah aku nak pergi sana lepas ni. Tapi nak buat macam mana Mutiara Damansara ialah Pusat Service Kereta Proton yang paling dekat. Tapi tak apalah, lain kali aku akan lebih berhati-hati.



Friday 8 February 2013

Segmen Bloglist dan Review Blog



Macam biasa, bila dalam otak tak ada idea, untuk update blog, kita main "ngelat" dengan join segmen. Hahah. Blog yang terpilih untuk dijoin segmen yang dianjurkan ialah Ninaa Zaini.




Followers ke 1113
Like ke 231

Thanks. 
Harap sangat blog ini akan direview.



Thursday 7 February 2013

Segmen : Blogwalking Bersama Nurliyana Zulkifli



Jom Join Segmen:




Saya followers ke 369!

Nak join? Klik banner.


Konsert Anuar Zain Tiga Dekad, Muzik, Cinta Dan Sanubari Ditukar Lokasi



Kesian, kesian dan kesian. Itu je aku mampu cakap kat Anuar Zain. Tak lama lagi konsert mega dia nak berlansung, tapi saat-saat akhir macam inilah sesuatu yang tak diduga berlaku. 




Tapi jangan risau peminat-peminat, terutamanya yang dah beli tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari. Abang Nuar kita ini bukan tak sihat, suara pecah atau konsert dibatalkan, cuma lokasi konsert terpaksa ditukar.


Perancangan awal, konsert ini bakal dilansungkan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Februari 2013 pukul 8.30 malam. Tapi Anuar Zain terpaksa akur untuk menukar lokasi ke Stadium Malawati Shah Alam pada tarikh dan waktu yang sama.


Punca penukaran lokasi sebab pada 17 Februari 2013 ada majlis lain yang juga berlangsung di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Disebabkan kekangan masa untuk mengemaskan tempat sebaik sahaja tamat konsert, Anuar Zain mengambil keputusan untuk menukar lokasi.


Kesian Anuar Zain. Tak pa lah. Harap semuanya berjalan lancar ok! Good Luck kepada Anuar Zain untuk konsertnya!



Wednesday 6 February 2013

Iffat Amin Diculik? Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara



Indeks Keamanan Global 2011 melihatkan Malaysia menduduki tangga ke 19 daripada 153 negara paling selamat di dunia. Lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara.


Dikatakan juga, sejak 2010 hingga Mac 2012, indeks jenayah di negara kita juga semakin berkurang sebanyak 11.1 peratus manakala jenayah jalanan turun hampir sebanyak 50 peratus. Habis kita canang satu dunia, Malaysia selamat! Malaysia selamat!


Tapi, hari-hari juga kita tengok kat akhbar, baca kat internet, kes anak gadis hilang, kena rogol, kena bunuh. Belum lagi kita tengok kes kanak-kanak hilang! Berlambak!


Selamatkah Malaysia? Terbaru lagi kes kanak-kanak hilang. Katanya baru pagi kes ini berlaku. Seorang kanak-kanak bernama Iffat Amin telah diculik. Katanya lagi, penculik melarikan Iffat Amin dengan menggunakan Myvi putih WWR 8895.




Hmmm.. Tak habis-habis dengan kes penculikan. Ini yang dikatakan Malaysia selamat? Pelik! 


Segmen : Follow Me, Follow You




Pagi-pagi pun dah ada mood join segmen. Hehe. Blogger Gadis Mata Empat buat segmen. Dengan rela hati, aku join.




Aku follower ke 215. Jom semua join!



Tuesday 5 February 2013

Header Baru! Terima Kasih Pari Pari Putih.



Mood : Happy!


Ada seorang blogger ni, punyalah baik hati, limpa dan jantungnya, telah mendermakan masa dia untuk aku. Menabah edit bagai gambar aku untuk buat header baru untuk blog aku ni.


Hahha. Terima kasih Kak Nor Zaimah@ Pari-pari Putih. Tenkiu! Cun-melecun header blog aku ini. Nak2 pula gambar aku, kan? Sah-sah la lagi kebabom! Hahaha.


Actually gambar ini diambil masa kami lepak-lepak dengan blogger lain kat The Curve. Kami karaoke kat Red Box The Curve. Semasa dan selepas karaoke session, banyaklah sesi tangkap gambarnya. Maka terhasillah gambar kat atas.


Apa-apa pun. Thanks sangat-sangat Nor Zaimah. Aku sangat menghargainya! 


Running Man Online?



Dulu, aku tak tahu pun kewujudan game show Running Man. Punyalah ramai menyebut pasal Running Man ni, tapi aku tak tertarik pun nak tengok. Tapi masa raya lepas, sepupu dan adik aku layan Running Man ni sambil gelak-gelak. Gelak kuat macam nak pecah rumah pulak tue.




Aku dengan segan silunya lepak lah juga sekali dengan diorang. Tengoklah apa lah yang menarik sangat pasal Running Man ni. Menyesal aku tengok! Best nak mampus! Addicted jadinya. Lepas satu, satu episod aku tengok.


Lagi teruk, aku siap transfer kan beberapa episod Running Man dalam laptop aku untuk bawa balik "'bekalan" time bosan. Bila tengok weekend, dari pagi sampai ke malam pun boleh. Tapi bila dah habis "stock" mula lah tercengang nak cari kat mana lagi episod lain.


Belek-belek kat internet, jumpa satu laman web yang bekalkan game show Running Man ini. Semua episod ada. Lagi best, English Subtitle pun ada. Tapi yang tak best, kat umah aku tak ada internet. So, kat office ajalah aku layan Running Man ini.


Mesti korang pun nak tengok dan layan macam aku juga kan? KLIK SINI untuk tengok semua episod Running Man, ok! Layan...




Monday 4 February 2013

Buah Ini Ada Kat Sarawak Sahaja?



Boas aku dari Sarawak baru balik dari kampung dia. Selalu juga dia bawa makanan dari Sarawak. Sebelum ini kek lapis Sarawak. Sedap-sedap pula tu. Tapi kali ini, dia bawa satu buah yang dia cakap tak ada pun kat Semenanjung Malaysia.





Cempedak? Nangka? Salah semuanya. Nampak lebih kurang, tapi rasanya sangat lain. Tapi warnanya dan bentuk buahnya seakan-akan sama. Bos aku cakap, kat tempat dia, diorang panggil buah ini. Bintau..





Nampak? Samakan? Tapi mungkin kulit luar sedikit berbeza. Macam ada duri. Tapi tak tajam pun rasanya. Aku kurang suka. Macam tawar sedikit. Atau pun mungkin Bintau yang bos aku bawa memang rasa tawar. Dan isi dia sikit kalau makan satu ulas tu.


Kalau korang berpeluang pergi Sarawak, or maybe ada kawan kat Sarawak, suruhlah diaorang bawak dan korang leh rasa sendiri ok.



Friday 1 February 2013