SAYANG KOWG!

Thursday, 21 February 2013

Taman Tasik Titiwangsa Bersama Blogger



Ini sambungan entry yang lepas. Tak baca lagi? Nak kena sekeh ka? Baca SINI dulu. Lepas dah mentekedarah kat Seoul Garden, Nor Zaimah buat idea gila, jogging kat Taman Tasik Titiwangsa. Hah, memang lah aku suka jogging pakai seluar jeans n tshirt kacak!


Tak adalah! Gurau aja. Sesi bergambar bersama-sama kat Taman Tasik Titiwangsa. Tapi boleh dikatakan berjogging jugaklah sebab kami berjalan tawaf tasik tue. Jauh jugaklah kami berjalan, tapi tak sedar sebab masa berjalan, kami tangkap gambar.



Mama Nor Zaimah bersama anak-anak ikan laga.




Mama Nor Zaimah bersama anak-anak dugong.




MK Syahir diblock oleh Mama Nor Zaimah. (Eh, Razanah Anis macam model jual jam tangan!)




Menunggu untuk dilanggan oleh pelanggan yang melanggan.




Satu Milimeter pun tak bergerak aku tarik diorang.




Wajah-wajah kesayangan hamba.




Kami kacak dan cantik.


Tiba-tiba masa kami semua catwalk, hujan mencurah-curah hinggap ke pipi kami yang mulus. Kami menabahlah cari tempat berteduh. Jumpa satu pondok. Ramai pula yang berteduh sekali. Yang bestny ada orang bawak kucing dia jalan-jalan dua ekor. Sangat amat terlalu comel! Kecomelan dia sampai Razanah Anis lapar balik dan nak makan kucing tu. Nasib baik aku sempat tahan. (Ok, ini tipu!)




Mama Nor Zaimah dan Boni (nama kucing, bukan nama tudung si Zaimah ni).


Lepas hujan reda, kami beredar. tapi yang tak leh blah, budak-budak ni request aku nyanyi lagu anuar Zain. Alamak! Matilah aku. Tak sempat nak warming up vokal kowt. Untuk tak menghampakan peminat (ini over!), aku nyanyi jela. Lagu Sedetik Lebih. Sedap tak sedap ada aku kesah. Nasib baik tak hujan balik.


Dan kami pulang dengan gembiranya :)



Post a Comment