SAYANG KOWG!

Wednesday 13 February 2013

Pengalaman "Ngeri" Di Proton Service Centre Mutiara Damansara




Hari Sabtu lepas, tepat jam 8 pagi, aku dah terpacak kat Proton Service Centre Mutiara Damansara. Puncanya, aku nak service kereta. Aku dah buat temujanji seminggu sebelum lagi. Bila sampai, dah  ramai yang menunggu.


Biasanya, sebelum aku pergi ke sesuatu tempat, atau makan sesuatu, aku ada survey kat internet dulu. Tengok apa pandangan orang lain terhadap produk atau tempat yang aku nak pergi tu. Sama juga kes nak pergi Proton Service Centre kat Mutiara Damansara.


Aku baca dalam internet, ramai yang bagi komen negatif pasal Proton Service Centre kat Mutiara Damansara. Ada yang cakap service lembab walaupun orang sikit, orang yang jaga kat kaunter tak peramah, tak ada cukup kakitangan nak layan pelanggan dan macam-macam lagi.


Tapi bila aku sampai, aku nampak semuanya baik-baik sahaja. Bila sampai aku tengok, diorang ada bagi air panas percuma. diorang juga bagi belon kepada kanak-kanak yang ikut mak dan ayah diorang. Orang yang bekerja kat situ pun ramah-ramah. Tegur dan sapa kita dengan baik.


Tapi yang indah hanya sementara. Aku sampai pukul 8 pagi, tapi aku dilayan pukul 8.30 pagi. Aku tak kesah. Mungkin sebab diorang handle customer lain dulu. Bila pekerja Proton tengok kereta aku, dia bagitahu kereta aku akan siap di'service' pukul 11 pagi.


So, aku pergi la Tesco yang berdekatan. Dah tak tahu nak buat apa kat Tesco , pukul 10 pagi aku masuk balik Pusat Service Proton Mutiara Damasara tu. Tunggu lah aku kat kerusi yang ada kat depan counter.


Pukul 11.18 pagi, tak ada pula orang panggil nama aku atau sebut pasal no. plat kereta aku. Aku pun pelik lah. Kata pukul 11 pagi siap, tapi dah pukul 11.18 pun tak siap lagi. Aku pun tanyalah pekerja yang periksa kereta aku tadi.


Bengang gila aku bila kau tanya, rupanya kereta aku dah siap! Aku tunggu pukul 10 pagi lagi kowt depan kaunter tu, tapi tak ada pun orang bagitahu yang kereta aku dah siap. Tak kan lah nak tunggu aku tanya dulu? Bukan ke kalau dah situ diorang yang sepatutnya bagitahu?


Lepas aku dapat tahu kereta aku dah siap, aku pergi lah kat Kaunter Pembayaran pula. Aku cakap aku nak bayar. Dia minta aku tunggu dulu. Aku pun duduk lah balik kat kerusi yang aku duduk tadi. Tunggu punya tunggu, 20 minit berlalu! Nama aku sekali lagi tak dipanggil.


Aku pergilah Kaunter Pembayaran tu, aku tanya boleh dah ke aku bayar, sebab pekerja yang periksa kereta aku kata kereta aku dah siap. Dia cakap duduk dulu, kalau dah siap dia panggil sebab resit kena buat secara manual.


Aku pun duduklah balik. Aku rasa tenanglah sikit sebab dia bagitahu alasan lambat sebab resit kena buat secara manual. Tunggu, tunggu dan tunggu! Nama aku masih tak dipanggil. Alu dah mengeluh..


Aku rasa orang yang kerja kat Kaunter Pembayaran tu nampak aku macam gelisah. Dia datang kat aku dan tanya apa nombor plat kereta aku. Aku pun bagitahu lah. Dia pun yang kononnya baik hati pergilah tolong checkkan untuk aku. Sedangkan dah 30 minit kot aku tunggu baru nak pergi tolongg checkkan!


Aku tengok dia pergi tanya pekerja-pekerja yang lain dan check  kat meja pekerja yang periksa kereta aku. Tapi tak ada juga aku punya resit. Aku tengok dia balik kat meja dia dan check fail yang ada kat meja dia. Rupanya resit aku dah memang ada kat meja dia!


Arggghhh! Geramnya aku! Lama-lama aku tunggu rupanya resit aku memang dah ada kat meja dia. Dia aja yang tak checkkan untuk aku. Dah 30 minit berlalu, baru nak tanya no. plat aku apa! Bengang betul aku!


Aku tak mo cakap banyak terus bayar. Yang lagi sakit hati, dia tak minta maaf pun kat aku. Walaupun nampak muka dia gelisah, takut kena marah. Tapi aku ni pun manusia, tahu manusia memang selalu lakukan kesilapan, tapi paling kurang minta maaf!


Memang serik dah aku nak pergi sana lepas ni. Tapi nak buat macam mana Mutiara Damansara ialah Pusat Service Kereta Proton yang paling dekat. Tapi tak apalah, lain kali aku akan lebih berhati-hati.



10 comments:

Aimacomel said...

Wehh customer first. customer is always right.. Aku pun kerja dlm bidang kereta ni jgk. Cust service gak. But not proton la. Tp apa2 sblm jadi pape aku akan say sori dlu. Yelah kita manusia mana pernah sempurna kan. Kdg2 promise time tp at last delay. Kne la bgtau awal2. Aduhh jgn pernah serik ok :)

Unknown said...

pergi ke tempat lai jer lain kali..

Nour Adieb said...

hmmm, apa blh wat. tabah jak lah

Unknown said...

satu sbb mase ko pegi tu sebelum raya cina

so ramaila kan

due mmg servce tu xmemuaskan

so nasihat aku pegi mse hari xbizi

n pegi je pusat laen..

abis cite

Unknown said...

satu sbb mase ko pegi tu sebelum raya cina

so ramaila kan

due mmg servce tu xmemuaskan

so nasihat aku pegi mse hari xbizi

n pegi je pusat laen..

abis cite

THE AUTHOR said...

Setakat ni kat melaka masih memuaskan..hhee

ietams said...

sakit hati kan dik..
bile terkena macam tu..
akak pun ade sekali terkena service yg totally out..
kat perodua balakong..
hantar kereta pagi pukul 10..
pukul 5.45ptg pun masih tak siap lagi.
pfffttt...tension!

hazwan hairy said...

haha klo ak pun bengang..stkat ni belum pernah kena lagi cmni..haha

a said...

sabor jek lah wes.. klu dapat belon pon takpe tadi tuh.. leh main2 terbangkn belon sambil tunggu kete siap..eh.. :P

Anonymous said...

mai servis kt cose shah alam lak..klu wal in tnguu lg lame br sa pgl nombor..huhu..