SAYANG KOWG!

Wednesday, 6 February 2013

Iffat Amin Diculik? Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara



Indeks Keamanan Global 2011 melihatkan Malaysia menduduki tangga ke 19 daripada 153 negara paling selamat di dunia. Lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara.


Dikatakan juga, sejak 2010 hingga Mac 2012, indeks jenayah di negara kita juga semakin berkurang sebanyak 11.1 peratus manakala jenayah jalanan turun hampir sebanyak 50 peratus. Habis kita canang satu dunia, Malaysia selamat! Malaysia selamat!


Tapi, hari-hari juga kita tengok kat akhbar, baca kat internet, kes anak gadis hilang, kena rogol, kena bunuh. Belum lagi kita tengok kes kanak-kanak hilang! Berlambak!


Selamatkah Malaysia? Terbaru lagi kes kanak-kanak hilang. Katanya baru pagi kes ini berlaku. Seorang kanak-kanak bernama Iffat Amin telah diculik. Katanya lagi, penculik melarikan Iffat Amin dengan menggunakan Myvi putih WWR 8895.




Hmmm.. Tak habis-habis dengan kes penculikan. Ini yang dikatakan Malaysia selamat? Pelik! 


Post a Comment