SAYANG KOWG!

Monday, 4 February 2013

Buah Ini Ada Kat Sarawak Sahaja?



Boas aku dari Sarawak baru balik dari kampung dia. Selalu juga dia bawa makanan dari Sarawak. Sebelum ini kek lapis Sarawak. Sedap-sedap pula tu. Tapi kali ini, dia bawa satu buah yang dia cakap tak ada pun kat Semenanjung Malaysia.





Cempedak? Nangka? Salah semuanya. Nampak lebih kurang, tapi rasanya sangat lain. Tapi warnanya dan bentuk buahnya seakan-akan sama. Bos aku cakap, kat tempat dia, diorang panggil buah ini. Bintau..





Nampak? Samakan? Tapi mungkin kulit luar sedikit berbeza. Macam ada duri. Tapi tak tajam pun rasanya. Aku kurang suka. Macam tawar sedikit. Atau pun mungkin Bintau yang bos aku bawa memang rasa tawar. Dan isi dia sikit kalau makan satu ulas tu.


Kalau korang berpeluang pergi Sarawak, or maybe ada kawan kat Sarawak, suruhlah diaorang bawak dan korang leh rasa sendiri ok.



Post a Comment