SAYANG KOWG!

Wednesday, 20 February 2013

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari : Berjaya!



Macam semua orang tahu, Anuar Zain (Abang aku!) dan berjaya buat Konsert Anuar Zain Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari pada 16 Februari 2012 di Stadium Malawati Shah Alam.




Walaupun macam-macam halangan yang Anuar Zain terpaksa hadapi macam tak ada penaja langsung, kena tukar lokasi saat-saat akhir, tapi Anuar Zain tetap berjaya buat satu konsert yang gempak.


Aku baca status peminat Anuar Zain kat Facebook, ramai yang memuji persembahan Anuar Zain pada malam itu. Baca Kosmo hari ini pun, mengatakan benda yang sama.


Banyak kejutan yang berjaya Anuar Zain lakukan antaranya, persembahan kali pertama Video Klip Sempurnakan Aku, kemunculan istimewa pelakon Nora Danish dan juga kemunculan penyanyi wanita seperti Dina Nadzir dan Adibah Noor.




Arrrghhhh! Menyesal tak pergi. Aku ingat hari tu memang nak pergi, tapi tak ada sapa nak teman dan nak pergi dengan aku. Sedih betul! Tak apalah, maybe lain kali ada rezeki lagi, aku pergi.



Post a Comment