SAYANG KOWG!

Thursday, 28 February 2013

Aku, Biasiswa JPA dan Pinjaman PTPTN



Aku naik status kat FB hari Sabtu lepas. Berkenaan dengan Pinjaman PTPTN dan Biasiswa JPA. Tentang pengalaman aku sendiri. Nak tulis panjang kat FB tak cukup ruang. So, aku gunakanlah entry kat blog ni untuk terangkan serba sedikit. Tapi ingat, ini lebih kepada pendapat peribadi ok!


Dulu masa aku belajar degree, aku amik PTPTN pada awal semester pertama dan kedua. Dua2 sem aku dapat PTPTN. Tapi, masa semester pertama, aku apply JPA. So, duit masuk masa semester kedua. Awal sem kedua. So, masa semester kedua, aku dapat JPA dan PTPTN.




Sakanlah masa tu! Student kan. Dapat duit masa tu, mana nak fikir sangat. Habis duit dengan berjoli (beli buku pun ada juga ok!). Tak fikir dah pasal nak kena bayar PTPTN nanti dah habis belajar. So, masa tu juga, aku tak terfikir pun nak gunakan balik duit JPA or PTPTN yang dapat untuk bayar PTPTN yang aku dah gunakan.


Masa belajar, tak silap aku dalam sem 5 or 6, kerajaan umumkan yang pelajar degree yang tamat dengan Ijazah Kelas Pertama, akan dikecualikan untuk membayar pinjaman PTPTN. Aku apa lagi, gembira sakanlah sebab masa tu pointer aku ok.


Alhamdulilah, bila tamat belajar, aku dapat Ijazah Kelas Pertama. Masa dah dapat kerja, aku dah dapat surat mengatakan bahawa aku kena bayar PTPTN. Aku pun telefonlah pegawai PTPTN. Pegawai PTPTN pun cakaplah yang aku kena bayar juga PTPTN walaupun aku tamat dengan Kelas Pertama.


Alasan yang diberikan, aku tak tamat belajar dengan PTPTN. Lagi tak best, aku masih dikenakan cak perkhidmatan sebanyak 3% bukan 1% seperti orang lain dapat. Alasan mereka tetap sama, aku tak tamat belajar dengan PTPTN.


Sekarang pula, aku dah start bayar PTPTN. Jadi dua semesta aku pinjam termasuk dengan caj perkhidmatan 3%, bayaran yang dikenakan terhadap aku hampir RM 8,000. 


Sekarang aku menyesal jugaklah, kenapalah masa aku dapat PTPTN dan JPA sekaligus, aku tak bayar PTPTN yang aku pinjam. Kan sekarang dah terkedek-kedek nak bayar walapun sebulan RM 100 je pun bayarannya. 


Bila aku naik status aku kat FB hari tu, ada seorang pegawai PTPTN hantar mesej kat FB aku tanya berkenaan denagn status aku dan apa yang terjadi. Dia tolong check kat aku dan mengesahkan bahawa memang aku tak dapat free PTPTN tu walaupun dapat Kelas Pertama. Alasannya, sebab berlakunya pertindihan antara PTPTN dan JPA. 


Pasal ujrah tu pula, aku dapat berita agak gembira, kemungkinan aku dapat mengurangkan caj perkhidmatan daripa 3% kepada 1%. Aku dah hantar permohonan kat PTPTN. Sekarang, hanya tunggu keputusan PTPTN dalam masa dua minggu.


Apa yang aku nak cakap, kalau korang dah ambil PTPTN dari awal, tak payahlah amik JPA ok! Teruskan dengan PTPTN dan belajar rajin-rajin bagi dapat Ijazah Kelas Pertama. Senang! Percuma!!! Tak payah bayar satu sen pun.


Dan kalau yang dah terambil JPA, minta bayar PTPTN guna duit JPA korang tu, Aku tau banyak berlebihnya. Tak payah nak berjoli-joili sakan sangat. Baik guna duit JPA tu untuk bayar PTPTN. Nanti dah kerja, tak yah susah-susah macam aku.


Dan aku harap, agar PTPTN dapat kurangkan caj perkhidmatan tu kepada 1% ok! Harap sangat-sangat. Nak kumpul duit nak kahwin PTPTN oooiii! Haha.


Itu je pesanan dari aku. Ingat, ini hanya pendapat peribadi dan apa yang betul-betul jadi kat aku. Yang buruk pernah aku buat tu, harap korang tak tiru. Chow! 




Post a Comment