SAYANG KOWG!

Tuesday, 5 February 2013

Running Man Online?



Dulu, aku tak tahu pun kewujudan game show Running Man. Punyalah ramai menyebut pasal Running Man ni, tapi aku tak tertarik pun nak tengok. Tapi masa raya lepas, sepupu dan adik aku layan Running Man ni sambil gelak-gelak. Gelak kuat macam nak pecah rumah pulak tue.




Aku dengan segan silunya lepak lah juga sekali dengan diorang. Tengoklah apa lah yang menarik sangat pasal Running Man ni. Menyesal aku tengok! Best nak mampus! Addicted jadinya. Lepas satu, satu episod aku tengok.


Lagi teruk, aku siap transfer kan beberapa episod Running Man dalam laptop aku untuk bawa balik "'bekalan" time bosan. Bila tengok weekend, dari pagi sampai ke malam pun boleh. Tapi bila dah habis "stock" mula lah tercengang nak cari kat mana lagi episod lain.


Belek-belek kat internet, jumpa satu laman web yang bekalkan game show Running Man ini. Semua episod ada. Lagi best, English Subtitle pun ada. Tapi yang tak best, kat umah aku tak ada internet. So, kat office ajalah aku layan Running Man ini.


Mesti korang pun nak tengok dan layan macam aku juga kan? KLIK SINI untuk tengok semua episod Running Man, ok! Layan...




Post a Comment