SAYANG KOWG!

Wednesday 29 May 2013

Sibuk Dengan Kursus Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Sorry sangat2 korang weh. Aku busy gile sekarang. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, aku dah daftar masuk kursus Kadet pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 May 2013 yang lepas. So, dah empat hari aku berkampung kat Intan Bukit Kiara.Eh, sehari je kat Intan, tiga hari dua malam kat Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka.

Cuba bayang baru sehari daftar, tapi kami dah kena pergi Group Integration kat Jasin Melaka. Penat tuhan saja yang tahu. Telefon bimbit pun kena serah kat urusetia tok keselamatan. Tapi, berbaloi2 gile keletihan aku. Sangat best! Cuma penat dan tak cukup tidur.

Hmmm.. aku maybe akan jarang update entry untuk setahun ini. Kalau aku update pun maybe hari ahad, atau masa aku free2. Tapi maybe bila aku ada masa terluang, aku akan cuba gak buat auto publish.

Korang tau, bila aku masuk sini, ada beberapa orang bila aku cakap nama aku, diorang terus balas, kau ada blog ek? Aku baca weh blog kau! wah, artis tak aku? Haha. Ini semua poyo! 

Lagi satu, ramai gila tanya pendapat dan pengalaman aku masa pergi PAC (Assesment Centre) Kadet pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sorry sangat2 sebab aku tak sempat jawab. Aku tak sempat lagi nak buat entry pasal PAC Assesment Centre tue. Gila busy! Tapi insyaAllah, sebelum korang gi PAC aku akan tulis ok.

K la korang. Aku dah mengantuk. Nasib baik malam ni tak de aktiviti sebab baru balik dari kem. Penat basuh baju yang menimbun. Kalau kucing menyorok dalam timbunan baju aku tu pun aku takkan jumpa. Haha. Good night!

Saturday 25 May 2013

Gambar Khinzir Yang Harus Anda Lihat


Gambar khinzir2 dibawah diambil semasa Hakka Yimin Festival di China. Tak mampu aku nak cakap apa dah, tengok je lah gambar. Uwwweeekkk! Nak muntah rasanya.





Ngeri,kan?

Adam Sandler Diracun Pembantu Rumah


Adam Sandler

Kesian Adam Sandler. Dia mengalami gatal-gatal seluruh badan sebaik sahaja bangun tidur. Disebabkan itu, beliau telah memasang kamera litar tersembunyi dalam biliknya.

Alangkah terkejutnya bila mendapati pembantu rumahnya telah memasuki biliknya dan mencalit sesuatu yang seakan-akan minyak ke atas badannya. Memang terbukti, bila bangun, Adam akan berasa gatal-gatal.

Gila betul! Apa ntah yang pembantu rumah dia tak puas hati sampai buat macam tu? Tak cukup gaji ke? Hehe.

Wan Muhammad Azri Wan Deris, Pemilik Blog Papa Gomo?

Papa Gomo, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan bahawa beliau merupakan pemilik blog Papa Gomo walaupun beliau telah disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 21 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menfailkan saman ganti rugi berjumlah RM 100 juta. Ini kerana Anwar mendakwa Azri telah melakukan perkataan fitnah terhadapnya di dalam laman weh Papa Gomo pada 16,17,19 dan 20 Mac lepas.

Wah, RM 100 juta tu nilainya besar gila! Kalaulah Anwar menang dalam kes ni, banyaklah dapat duit. Hehe. Itu pun kalau menang dalam kes ni lah. 


Gambar Artis Hollywood Tanpa Solekan


Korang ingat artis Hollywood ni semua cantik ke? Korang silap besar. Kenapa? Haha. Tengoklah wajah asli diorang tanpa solekan (make-up). Mesti menyesal korang cakap diorang cantik. 





Tapi ada jugak ek yang cantik asli rupanya.


Thursday 23 May 2013

Sekumpulan Blogger Mengganas di Genting Highlands


Maaf, dah lama gambar2 Genting Highlands ni aku simpan. Malam tadi, masa aku tengah transferkan gambar2 lama masuk hard disk, aku perasan gambar2 mase gathering blogger. Kami lepak kat Genting Highlands. Bila? Sumpah aku tak ingat. Tapi tahun ni lah. Haha.

Malas nak bebel. Jom usha gambar, lagi seronok.


Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands, Corkscrew

Genting Highlands



Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands Outdoor Theme Park

Ni first time and maybe kali terakhir aku akan jejak kali kat FGenting Highlands. Aku bukan takut, tapi bila naik benda tinggi2 kepala aku pening. Lagipun mahallah. Tak berbaloi. Dapat main berapa banyak games je.


Wednesday 22 May 2013

Sebutan Semula Kes Pembunuhan Nur Syaleza Jaffar



Sebelum ni negara kita digemparkan dengan kematian seorang eksekutif pentadbiran TV 9, Nur Syaleza Jaafar awal Ramadhan tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa 26 Jun 2013 ini sebutan semula kes akan dilakukan. 

Nur Syaleza Jaafar dilaporkan mati apabila mayatnya dijumpai tergantung dalam bilik oleh suami, Norazman Bashah Ahmad ketika dipanggil untuk berbuka puasa.

Namun, suaminya didakwa membunuh mangsa di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam pada hari yang sama. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahu status dan punca sebenar kematian.

Ya Allah, kalau betullah suami dia yang bunuh, terkejut betullah. Sanggup sungguh bunuh isteri sendiri. Kalau betul, moga Allah membalas segala perbuatannya.


Siapakah CEO Baru Maybank?

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Seperti yang ramai sedia maklum, CEO Maybank sekarang Datuk Seri Abdul Wahid Omar bakal meletakkan jawatan pada 4 Jun ini sebelum dilantik sebagai Menteri di Jabatn Perdana Menteri dan akan mengangkat sumpah pada 5 Jun 2013 ini.

Pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank), Tan Sri Megat Zaharuddin menegaskan bahawa Maybank sedang mencari calon terbaik bagi mengisi jawatan tersebut. Maybank masih menimbang sama ada mahu mencari orang luar atau mengambil orang dalam Maybank sendiri.

Ikutlah sapa2 pun, janji boleh buat kerja.


Gambar Kontroversi CEO Air Asia X - Azran Osman Rani


Huh? Biar betik? Aku pun tak tahulah apa cerita sebenar di sebalik gambar ni. Mungkin tuan empunya badan, Azran Osman Rani boleh tampil memperjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. 





Moga tuan badan dapat menjelaskan keadaan yang sebenar.




Janin 10 Minggu Dijumpai Dalam Lubang Tandas



Satu janin seberat 10 gram sepanjang lima sentimeter dijumpai dalam sebuah mangkuk tandas asrama persendirian yang didiami oleh sekumpulan pelajar wanita yang belajar di IPT.

Janin yang dipercayai berusia 10 minggu ini dijumpai oleh seorang pekerja lelaki asrama bersama dengan sehelai seluar dalam.

Suspek yang belum lagi dikenalpasti akan didakwa bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menggugurkan kandungan. Hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ini sah2 kes mengandung sebelum nikah. Ya Allah, apa nak jadi lah manusia sekarang. Dah lah dapat dosa berzina, pastu dapat dosa membunuh pula sebab gugurkan kandungan.


Guru Disiplin Bebas Daripada Tuduhan Mencabul 11 Pelajar



Mahkamah Majistret Ampang telah membuat keputusan untuk membebaskan Ismazi Ismail, 51 tahun yang merupakan guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah.

Beliau yang merupakan seorang guru disiplin telah didakwa mencabul 11 pelajar sekolahnya. Namun, mahkamah memutuskan untuk membebaskan beliau disebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ismazi telah ditahan kerana didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan ketika itu guru tersebut mahu melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum merotan pelajar2 yang telah gagal hadir perhimpunan sekolah.


Gaji Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud RM 39,000.00



Semalam, semua wakil rakyat Sarawak bergembira apabila mereka mendapat kenaikan gaji bulanan apabila Rang Undang-undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Kenaikan gaji mereka dijangka dinaikkan antara RM 9,000 hingga RM 26,000. Paling menarik, tentunya gaji Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang dinaikkan daripada RM 13,000.00 kepada RM 39,000.00.

Kalau korang nak tahu gaji wakil rakyat yang lain boleh KLIK SINI.


Tuesday 21 May 2013

Malindo Air Bakal Berlepas Dari Terminal Skypark Subang


Malindo Air bakal berlepas dari Terminal Skypark Subang dari 3 Jun 2013 ke beberapa lokasi seperti Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kota Bharu.

Untuk makluman, Malindo Air berpengakalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Malindo Air telah memulakan operasi pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Untuk tempahan tiket Malindo Air, sila KLIK SINI.


Segmen Jom Kenali Blogger Baru By Nur Farahuda


Join segmen lagi.

Senang gila! Just follow arahan yang diberi.

Nak tau, klik banner di bawah.

Segmen Jom Kenali Blogger Baru By Nur Farahuda


Alhamdulilah, dah buat. Jom join semua.


David Karp, Pemilik Tumblr Bakal Billionair Dunia



Untungnya! David Karp yang berumur 26 tahun bakal menjadi billionair baru dunia apabila Yahoo! telah bersetuju untuk membeli rangakaian laman sosialnya, Tumblr dengan harga AS$1.1billion (RM 3.31 billion).

Wow! Sangat2 mengagumkan. Bestlah baru berumur 26 tahun, tapi bakal memiliki kekayaan banyak tu. Seronok gila. Tulah orang cakap rezeki terpijak. Siapa sangka, pemuda yang dahulunya ketinggalan dalam pelajaran di sekolah, tapi sekarang lebih berjaya daripada kawan2 yang pandai.

David Karp, nak sikit duit? Hehe.

Belon Udara Panas Terhempas, Seorang Maut, 24 Cedera.


Belon Udara Panas Terhempas

Kesian, itu sahaja aku mampu ucapkan bila baca KOSMO hari ini pasal sebuah belon udara yang telah terhempas ke tanah akibat berlanggar dengan belon udara lain di udara.

Kejadian yang berlaku di Cappadocia, Turki mengakibatkan seorang mati manakala lagi 24 orang lagi cedera seperti patah tulang manakala seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Memang menakutkan. aku tak pernah naik belon udara panas. Bila ada kejadian macam ni, menyebabkan aku gerun gila nak naik. Takut siot!


Segmen : Jom Blogwalking Bersama Cik Bintang



Aku followers ke 744.
Nak join? Klik banner.


Segmen Super Follow By Hot Masa Kini


Gile kentang bila tengok banner. Haha. Cute sangat!


Takkan tengok je banner cute kat atas? Join la jugak k. Syarat senang plus mudah aja. Eh, anyway, aku followers ke 776. Harap diterima.



Monday 20 May 2013

Video Ini Akan Membuat Anda Ternganga!


Aku suka tengok The Voice. Memang aku ikut perkembangan The Voice USA dari musim pertama sampailah musim ke 4 sekarang.

Dalam banyak2 persembahan The Voice USA Musim 4 ini, aku paling suka video Blind Audition oleh Sarah Simmons bertajuk One of Us.

Tak percaya? Korang tengok dan nilaikan sendiri.



Meremang bulu roma,kan?


Gila! Maknyah Berkahwin Dengan Tomboy?


Lelaki berkahwin dengan wanita tak pelik. Tapi bila wanita yang dahulunya lelaki berkahwin dengan lelaki yang dahulunya wanita itu pelik.

Kejadian ini berlaku di Republic Czech. Ilona Tomeckova seorang wanita telah menukar jantinanya kepada lelaki yang bernama Dominik Sejda manakala pasangannya Andrea Kajzarova, merupakan lelaki yang bernama Tomas Kajzar.






Pelik gila kan?

Arca Mancis Yang Sangat Awesome!


Orang sekarang mana ada guna mancis dah. Sekarang semua guna lighter. Tapi tahu tak korang yang mancis ada satu lagi kegunaan yang sangat awesome. Nak tau? Tengok aja gambar.






Amacam? Awesome, kan?

Gila! Lelaki Berkahwin Dengan Kembar Cantik

Lelaki Kahwin Kembar

Mr Wichai (Tao) dari Samut Songkram yang bekerja menjual barang-barang lama telah berkahwin dengan sepasang kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan dalam majlis yang diadakan serentak.

Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan, Encik Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang.

Wow! Boleh ek si kembar ni berkongsi suami yang sama? Sanggup ye diorang ni? Kalau aku lah kan, memang tak lah! Takkan la nak kongsi suami atau isteri dengan kembar sendiri. 

Anggota Polis Diserang Dalam Kawasan Balai Polis Labis


Balai Polis Labis

Gila! Itu sahaja  mampu aku cakap bila terbaca satu artikel berkenaan dengan dua orang lelaki termasuk seorang anggota polis yang telah cedera diserang oleh sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dalam kawasan Balai Polis Labis.

Kejadian bermula apabila anggota polis terbabit bersama seorang rakan dan isteri mangsa yang dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat telah ditahan oleh sekumpulan lelaki dalam pertengahan jalan kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis.

Setelah diserang, mereka telah melarikan diri dan masuk ke kawasan Balai Polis Labis. Namun, kelima2  lelaki berparang bertindak mengekori mereka dan menyerang mangsa di dalam kawasan Balai Polis Labis.


Gila, bukan? Dalam kawasan Balai Polis pun penjenayah masih lagi berani melakukan jenayah. Aku pening, salah siapa sekarang? Penjenayah ni tak takut ke dengan tindakan undang2? Ataupun undang2 kita terlalu lembut sehinggakan penjenayah berani buat macam ni? Hmmm...

Sunday 19 May 2013

Enot Terselamat DaripadaTersingkir Dari Masterchef Selebriti 2 Minggu Ke 18

Masterchef Selebriti Malaysia 2

Kejutan sebentar tadi masa tengok Masterchef Selebriti bila Enot yang sepatutnya disingkirkan diselamatkan kembali oleh chef2.

Huhu. Makin hangat nampaknya Masterchef ni. Tapi aku tak ikut sangat pasal Masterchef ni. Rumah sewa tak ada Astro. Ni pun nasib baik aku duk umah kawan aku. Sempatlah tengok sikit masa nak penyingkiran tadi.

Selamatlah Enot!

Kenyataan Media Penahanan Adam Adli Bawah Akta Hasutan


Kenal Adam Adli? Tak kenal sila duduk bawah tempurung ok. Adam Adli ni merupakan mahasiswa  UPSI dalam Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua. (sumber). Kalau nak tahu, Adam Adli dah ditahan bawah Akta Hasutan baru-baru ini.

Punca dia ditahan berhubung dengan kenyataannya semasa forum pilihan raya yang telah dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei yang lepas.

Berikut merupakan penjelasan PDRM berkenaan dengan penangkapan Adam adli.

Adam Adli Kena Tahan

Tahniah Sarah Raisuddin dan Shuib (Sepahtu) Untuk Kelahiran Anak Kedua


Tahniah diucapkan kepada penyanyi wanita popular Sarah Raisuddin dan pelawak Shuib (Sepahtu) atas kelahiran bayi kedua mereka.

Bayi yang dilahirkan pada pukul 4.46 petang di Hospital Ampang Puteri itu diberi nama Dzahira Talita Zahra. Sarah terpaksa melakukan pembedahan disebabkan saiz bayi yang agak besar dan seberat 3.6 kilogram.

Anak Kedua Sarah Raisuddin

Tahniah Sarah Raisuddin dan Shuib (Sepahtu).


Sharudin Ahmad, Calon BN Dun Selinsing,Perak (PRU 13) Meninggal Dunia

Sharudin Ahmad, Dun Selinsing

Takziah kepada keluarga Sharudin Ahmad yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai yang telah meninggal dunia di Hospital Taiping pada 8.40 malam Sabtu.

Beliau meninggal dunia kerana telah mengalami jangkitan kuman yang merebak ke hati, jantung dan buah pinggang. 

Innalilah dan Alfatihah. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Saturday 18 May 2013

Pengalaman Menghadiri Taklimat Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik


INTAN Bukit Kiara

Hari tu aku ada taklimat untuk pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik kat INTAN, Bukit Kiara. Bangun pukul 7pagi. Alamak! Aku bukan main plan baik punya semalam nak naik kereta pergi sana. Last2 sebab bangun lambat terpaksalah pergi naik motor aja.

Sampai kat sana dalam pukul 9.15 pagi. Terkejut gila! Dah ramai gila orang beratur untuk pendaftaran dan penyerahan borang. Yang paling mengejutkan, siap dah ada yang pakai blazer. Wow! Hari ini hari pendaftaran ke taklimat saja? Malunya weh. Aku pakai kemeja, seluar slack dan tie aja. Tu pun ada hati malam tu pikir nak pakai jeans dan t-shirt aja.

Antara intipati taklimat hari tu:

1) Latihan dibahagikan kepada Diploma Pentadbiran awam di INTAN selama 8bulan dan Diploma Lanjutan pentadbiran awam selama 4bulan.

2) Tak boleh bawa kenderaan di dalam INTAN.

3) Hujung minggu akan ada aktiviti juga. Maknanya tak boleh keluar dari INTAN kecuali jika diberi pelepasan.

4) Boleh minta cuti atas alasan yang munasabah. Kena isi borang dan minta dengan pihak atasan tapi dengan syarat2.

Itu antara intipati masa Taklimat Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang lepas. Terus mood aku down. Kenapa? Aku tengah pening kat manalah aku nak letak kereta dan motor aku sepanjang setahun aku ada latihan?

Mesti aku mati kutu kat dalam INTAN sebab hujung minggu pun ada aktiviti. Matilah! Mana nak karaoke, mana nak tengok wayang dan paling tak best, tak dapat lah lepak2 dan jumpa kawan.

Waaaa... Matilah!


Saiful Bukhari Bakal Kahwin 25 Mei 2013


Saiful Bukhari, Saiful Bukhari Diliwat


Kenal tak Saiful Bukhari? Memang dia bukan artis, bukan juga ahli politik. tapi nama dia naik apabila mendakwa pernah diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, Saiful Bukhari bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati Nik Suryani Megat Deraman yang juga merupakan wartawan penyiaran TV 3 pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Saiful telah bertunang dengan Nik Suryani pada 20 October 2012

Moga berkekalan hingga akhir hayat.