Pilihan Raya ke 13 dah 6 hari berlalu. Nama Menteri Besar dan Ketua Menteri banyak yang dah kita ketahui. Antara yang menarik perhatian tentunya isu penarikan diri Tuan Guru Haji Nik Aziz daripada terus memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.
Tapi yang terus menjadi tanda tanya ialah isu mengenai siapakah Menteri Besar Selangor seterusnya. Isu mula timbul apabila Pakatan Rakyat memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi DUN di Selangor dalam PRU 13. Pas dan DAP memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR pula 14 kerusi.
Ramai yang memberi pendapat supaya Pas yang memilih ADUN daripada Pas untuk menjadi Menteri Besar. memandangkan Pas yang memiliki kerusi DUN yang paling banyak. Namun, perkara ini berjaya diselesaikan apabila Pas, DAP dan PKR bersetuju untuk melantik Menteri Besar dalam kalangan ADUN PKR.
Namun, masalah lagi timbul dalam PKR untuk melantik siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor. Nama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali disebut-sebut untuk menyandang jawatan tersebut. Pelbagai isu dan kontroversi timbul.
Wow, makin panas pula perebutan kerusi nombor satu di negeri Selangor ini. Aku harap supaya isu ini dapat diselesaikan segera. Dah2 la berbalah sesama sendiri. Duduk berbincang supaya orang luar parti tak cakap benda buruk dan buat spekulasi tak betul berkenaan dengan kontroversi ini.
Harap sapa2 yang jadi Menteri Besar Selangor seterusnya dapat memimpin Selangor ke arah yang lebih baik.
11 comments:
owh selangor ku <3
hehe
x habis2 lagi lepas PRU isu MB pulak yer
bukan gaduh..kita bincangggggggggggg. hahahaha.
bakkata P. ramlee pulak. Bukan Marah. Nasihattttttttttt. ngeee
moga menemui jln penyelesaian...sesapa yg dipilih nnti..jlnkn lah tugas dgn telus
hope semua selesai dgn baik lah.
jgn ada pergaduhan tarik2 rambut sudah.
ehhh ..
Dah selesaikan..
Khaled kekal....
PRU13 kali ni memang panas....
ishhhh mcm2 /:) selangorku
tak habis2 lagi ke?? isu apa lak lagi neh... grrrr
Follow ♥ http://sheisdibaa.blogspot.com/2013/05/segmen-blogger-pilihan-saya.html
dah selesai dah..Tan Sri Khalid Ibrahim jadi MB
Post a Comment