SAYANG KOWG!

Wednesday 22 May 2013

Guru Disiplin Bebas Daripada Tuduhan Mencabul 11 Pelajar



Mahkamah Majistret Ampang telah membuat keputusan untuk membebaskan Ismazi Ismail, 51 tahun yang merupakan guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah.

Beliau yang merupakan seorang guru disiplin telah didakwa mencabul 11 pelajar sekolahnya. Namun, mahkamah memutuskan untuk membebaskan beliau disebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ismazi telah ditahan kerana didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan ketika itu guru tersebut mahu melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum merotan pelajar2 yang telah gagal hadir perhimpunan sekolah.


No comments: