SAYANG KOWG!

Thursday 16 May 2013

Kronologi "Perang" Afiq Muiz, Eina Azman dan Umi Afiq Muiz


Afiq Muiz

Kecoh satu Malaysia bila ibu kepada Afiq Muiz keluarkan kenyataan kat akhbar yang Afiq Muiz anak derhaka! Kenapa? Afiq Muiz dikatakan keluar rumah, panas baran dengan adik beradik, dan telah buang kelurganya. Afiq Muiz juga dikatakan berubah sikap sejak mengenali pelakon Eina Azman.

Kemudian, Afiq Muiz tampil memberi kenyataan. Dia mengatakan bahawa dia tak pernah keluar rumah, sebaliknya dihalau oleh ibu sendiri. Dia juga mendakwa keluarganya tidak pernah bertanyakan kesihatannya, tidak menghargai pengorbanannya, hanya mengharapkan duitnya dan pernah dipukul oleh abang.


Ibu Afiq Muiz

Ibu Afiq Muiz sekali lagi tampil memberi kenyataan bahawa beliau tidak pernah menghalau Afiq Muiz, sebaliknya dia memilih untuk keluar rumah selepas menyatakan bahawa dia tidak selesa berada di rumah keluarga mereka yang kecil. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak pernah meminta duit daripada Afiq Muiz.

Eina Azman turut terheret dalam kes "perang" ini. Eina Azman dikatakan mengikis duit dan bersekedudukan dengan Afiq Muiz. Lebih teruk, Eina Azman dikatakan telah buat "guna-guna" kepada Afiq Muiz. 

Eina Azman, Eina Azman Bertudung

Namun, Eina Azman menepis segala tuduhan dengan mengatakan bahawa ibu Afiq Muiz yang terlebih dahulu telah menghantar SMS ugutan kepada Eina Azman. Adik beradik Afiq Muiz juga dikatakan telah mengutuk Eina Azman di laman sosial. 

Fuh! Hebat betul sekarang. Nak gaduh anak beranak pun guna media. Nak buat kenyataan guna orang tengah iaitu media. Eh, emak Afiq Muiz dan Afiq Muiz ni tak ada nombor telefon masing2 ke? Tak tahu alamat nak balik ke bincang kat rumah? Maaflah, bagi aku sangat, amat, terlalu memalukan guna media untuk bincang pasal hal dalam kain keluarga.

Apa-apa pun aku sangat berharap supaya Afiq Muiz balik kepada pangkuan keluarga dan bincang secara baik. Ingat, kau sebagai anak perlu ingat tanggungjawab kau sebagai anak. Biarlah ibu kau nak minta duit sekalipun, dia yang lahirkan dan besarkan kau. Kau dia tak ada, kau tak kan lahir kat bumi dan siapakah Afiq Muiz?


15 comments:

ietams said...

lorr.. pelakon ke??
tak kenal pon mereka-mereka ni..

Unknown said...

tak berani nak ckp la... erm... mompan ni mmg suka kontroversi aku teka... mohon si Afiq ni gi mintak maaf dgn mak dia... grrr

YnaRazali said...

Sokong dengan pendapat u!

kak gojes said...

Pelakon yg mula lupa diri

Anonymous said...

hmm..dah takda jalan lain ke?nak gaduh pun sebar kat media..hal family bincanglah baik2...

ewanthology said...

macam2

||aLeaSaRa|| said...

afiz ni berbakat..touching masa baca mak dia bsrkan anak2 dgn jual burger.afiq pun pandai jual burger nk kwn2 nya kata sedap.syg bakat yg ada punah sbb kontroversi dgn mak sdri campur awek huh....

Nick Nashram said...

besa la pelakon baru..kontroversi konpem akan timbul..huhu

Unknown said...

amboii buat 'guba-guna' bagai.
muka si Afiq ni macam baik je aku tgk tp keluar rumah pulak tinggalkan mak dia.

Cikda said...

kesiannya.. cikda doakan mudah2an mereka jumpa jalan nak settlekan masalah keluarga ni. semua org ada masalah kan..

budaksalahcakap said...

tu la motiff biar la mak mintak duet anak pun...dah tu mak engkau kan... yang x boley blah ada plak c-gf suwoh mak c afiq ni minta maaf ok...ish3...tp tu media yang tulis x tau betui ke x...ape2 pun same2 la jd kan pengajaran kepada kita semua...

kurus said...

kannn eloknyee dia balik dan duk bincang balik
nie dokkk satu mesia tahu dah
maluuuuuuuuuuuuuuuu

Anonymous said...

Itu je jalan terakhir mak dia boleh buat selepas dipujuk, ckp elok elok. Semua tk jadi. Dh buat macam macam, tapi tak selesai juga. Plus, ada campur tangan orang luar.

Cukup saya bgtahu, ada cerita yg kamu tktahu.

Cik Fie said...

ermmm :/

Anonymous said...

Kalo xde gosip panas ni xde la org kenal sape afiq muiz ni