SAYANG KOWG!

Wednesday, 22 May 2013

Sebutan Semula Kes Pembunuhan Nur Syaleza Jaffar



Sebelum ni negara kita digemparkan dengan kematian seorang eksekutif pentadbiran TV 9, Nur Syaleza Jaafar awal Ramadhan tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa 26 Jun 2013 ini sebutan semula kes akan dilakukan. 

Nur Syaleza Jaafar dilaporkan mati apabila mayatnya dijumpai tergantung dalam bilik oleh suami, Norazman Bashah Ahmad ketika dipanggil untuk berbuka puasa.

Namun, suaminya didakwa membunuh mangsa di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam pada hari yang sama. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahu status dan punca sebenar kematian.

Ya Allah, kalau betullah suami dia yang bunuh, terkejut betullah. Sanggup sungguh bunuh isteri sendiri. Kalau betul, moga Allah membalas segala perbuatannya.


No comments: