SAYANG KOWG!

Thursday, 16 May 2013

Tahniah Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Yang Baru


Khairy Jamaluddin

Salah seorang tokoh politik muda yang aku kagumi ialah Khairy Jamaluddin. Kenapa? Aku suka cara Khairy bercakap dan berpidato. Nampak sangat penuh karisma. Apa yang dia cakap pun penuh dengan isi dan bernas.

Pada PRU 12 yang lepas, walaupun Khairy Jamaluddin menang di Parlimen Rembau dan memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO, tapi Datuk Seri Najib tak bagi apa-apa pun jawatan dalam Kabinet kepada Khairy Jamaluddin. Masa tu aku sangat frust. Sebab bagi aku, tokoh muda macam dia wajar diberi peluang.

Pada PRU 13, Khairy dapat mengekalkan kemenangan beliau di Parlimen Rembau. Aku berharap sangat supaya ada satu jawatan menteri diberi kepada beliau. Akhirnya, semalam Najib mengumumkan yang Khairy memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Tahniah Khairy Jamaluddin. Dengan jawatan yang disandang, aku harap supaya akan ada penambahbaikan dalam Kementerian Belia dan Sukan. selamat berusaha YB Khairy Jamaluddin.


Post a Comment