SAYANG KOWG!

Friday 29 June 2012

RM 6,000 = Kesakitan dan Penderitaan 30 Ekor Kucing



Dua orang pengusaha kedai..
Penjagaan binatang..
Telah didenda RM 6,000..
Oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya,
Apabila mengabaikan tanggungjawab mereka..
Untuk menjaga 30 ekor kucing...
setelah diberi amanah..
Oleh pemilik2 kucing tersebut..



Tertuduh mengaku bersalah..
Dengan tidak  memberi makan dan minum..
Serta mengabaikan tanggungjawab mereka..
Untuk menjaga kucing2 tersebut..
Mengakibatkan penderitaan dan kesakitan..
Kepada 30 ekor kucing tersebut



Uish2!
Teruk betul perangai diorang..
Memang lah kucing2 tu binatang..
Tapi berperikemanusiaanlah sikit..
Diorang pun tau lapar..
tau dahaga...
Cubalah kalau kau bayang..
kau kat tempat kucing2 itu,
Then tuan korang tak bagi makan..
Baru padan muka...



Thursday 28 June 2012

Raja Azmi Dan Jalani Sidek : Putus Sudah Kasih Sayang





Semalam...
Secara sahnya Raja Azmi bergelar janda..
Apabila beliau diceraikan oleh suaminya,
Jalani Sidek dengan talak satu..


Prosiding yang berlansung semalam
Berlansung dalam keadaan yang suram,
Apabila Raja Azmi beberapa kali,
Mengesatkan air mata,
Terutamanya apabila diminta..
Memohon maaf dan berdakapan..
dengan suaminya sebelum lafaz cerai..



Adoyai..
Sedih2..
Kenapa boleh sampai cerai berai..
padahal dah lama kahwin..
Entahlah labu..
Nak cakap macam mana..
Mungkin diorang lebih mengerti..
Apa yang terjadi..
Kita sebagai orang luar..
Doakan saja yang terbaik..
Untuk mereka sekeluarga...





Wednesday 27 June 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY




Wah..
Sejak dua tiga menjak ni..
Rajin ikut serta segmen2..
Yang dibuat oleh blogger2 ni..
Hari ni nak join..
Segmen yang dibuat oleh..
Blogger HAZWAN HAIRY..


Seperti biasa..
Ada syarat2 yang aku kena ikut:

1) FOLLOWERS: 
Done...!


2) HEADER:




3) KEKERAPAN BERBLOGGING:

Tiap2 hari saya update blog..
Kalau tak update pun..
Blogwalking..
So..memng kerap!
Addicted!



Kalau nak join jugak..
Moga diterima!





Rindunya Nak Ambil Exam...




Wah..
Sume kat Facebook..
Tgh pulun update status..
Pasal examlah..
Cuak lah, mengantuk stdy lah,
Tgh stdy kat library lah..
Macam2 lah lagi perangai diowang..



Bila baca status diorang..
Sumpah aku rasa rindu..
Zaman2 aku blajar dulu..
Masa exam lah yang paling aku suka!
Bukan suka kenapa..
Sebab tak perlu g kelas dah..
Boleh lepak kat library...
Daripada pagi library bukak,
Sampailah kena halau...



Bukan stdy pun..
kadang2 baca novel,
Belek2 majalah...
Kalau stdy pun sekejap2..
yang paling banyak...
Menyembang dan bergurau senda...



Syooookkkkkkk habis!
Sapa2 yang tak larat nak amik exam tu..
Meh2 abang gantikan meh!
Kahkahkah!



Tuesday 26 June 2012

Menjadi Bapa Angkat...



Ada sorang member aku..
Blajar kat UM..
Sekarang dah cuti semesta..
So..dia nak balik rumah lah..
Tapi yang bestnya..
Dia ada binatang yang banyak..
Kat bilik yang dia bela..
So, aku terpaksa..
menjadi bapa angkat...
Kepada semua binatang peliharaannya...




Mesti korang terfikir kan?
Nate apa lah kat atas..
Sebenarnya ada tiga jenis binatang..
Hamster, kura-kura dan ikan laga..
Jom berkenalan dengan mereka..




Yang ikan laga dua ekor ni..
Nama depa Tuah and Jebat..
Kenapa? Sebab dua2 jantan..
N kalau bertentang mata..nampak?
Kembang2 nak berlaga..
Nak tunjuk sapa hebat...




Yang amat pemalu ini..
Namanya Dora..
Actually aku pun tak tau..
Dia jantan ke betina..
Tapi sebab terlalu sangat amat malunya,
Aku agak je la dia betina...





Dan paling cumel..
Empat ekor hamsters..
Namanya Nana, Nini, Ahmad dan Abu...
Cute tak???
Aku rasa nak penyek2 je sekor2..
Dua jantan dua betina,
Cumel giler gelagat diorang..
Especially Ahmad..
Tak reti duk diam..



So,
Tu lah anak angkat aku sekarang..
Tak tau la sampai bila..
Aku kena jaga depa..
Tapi best jugak!






Monday 25 June 2012

SEGMEN: BLOGLIST JULAI-OGOS 2012 BY MIEYA ATIERA





Wah, blogger femes n popular..
Mieya Atiera ada buat segmen baru..
Pasal dia nak buat..
Bloglist tok Julai dan Ogos...



Dengan tak malunya,
Aku nak join..
Sapa2 yang nak join..
Meh2..
Jom join ramai2!



Kerana RM 300, Empat Penari Bikini Dicekup...




Hajat empat orang..
Wanita Melayu beragama Islam..
Untuk mendapat upah RM 300..
TIdak kesampaian apabila mereka
Telah dicekup oleh Jawi..



Mereka yang ketika itu..
Sudah bersedia di atas pentas..
Untuk menari sambil berbikini..
Telah diberkas Jawi ..
Di sebuah kelab malam..
di Jalan Doraisamy..



Menurut salah seorang daripada penari..
Mereka dikehendaki berbikini..
Dan mempersembahkan tarian..
10 minit setiap orang..
Kepada penonton..
Namun semasa persembahan,
Pelanggan tidak dibenarkan menyentuh.
Atau melakukan sesuatu..
Yang tidak senonoh..



Iskh, iskh, iskh!
Apa nak jadi ntah..
Sibuk sangat nak menari berbikini,
Balik buat kat umah sowang2 sudah..
Semata-mata RM 300,
Sanggup ketepikan larangan agama...




Friday 22 June 2012

SEGMEN: UP FOLLOWER & TAMBAH KENALAN PART II




Yabedabedu!
First tyme aku join segmen..
Guna blog baru aku nieyh...
Aku dengan rela hatinya..
Join segmen Blogger Miss Z




(nak join klik kat link atas ek)


Tapi sebelum tue..
Ada beberapa peraturan aku kena ikut..

1) BILANGAN FOLLOWER:
Waaa..Malunya nak bgtau...
Haha...ada follower 102 je..
Tapi ..alhmdulillah...


2) NEGERI ASAL:
Ibu saya beranakkan saya..
Kat Klang, Selangor..
Tapi sekarang aku tinggal kat Kelantan..
family aku sume kat sana..


3) TAG:
Tak tau la sayang oi..
Hahahaha...
Sorry :(


Dah siap kowt..
harap diterima yerk!



Kena Berleter Semalam..




Dalam seminggu ni..
Kepala aku duk pening..
Pasal duk fikir..
Nak beli handset baru..
Handset yang aku pakai sekarang..
Handset cikai je...


Tapi dilema tak tau..
nak beli hndset yang mana...
Usha Iphone 4s..
Kecik sangat...
Samsung Galaxy Tab 7.7 plak...
Dah besar dah kalau nak update blog..
Tapi macam tak seswai plak ..
Bila nak bercakap telefon...
New I Pad plak..
Terlampau besar if nak bawak..
Pergi mana2!



Semalam duk sibuk..
Tanya member sama tempat kerja..
Tetiba Branch Manager aku dengar...
Then apa lagi...
Terus berleter la dia..
Cakap buat apa nak beli..
Handset mahal2..
Baik guna duit tue..
Pg melancong kat Indon...


Paling best..
Dia siap panggil aku..
Masuk bilik dia..
Dia bukak laman web Air Asia..
Then bagi ceramah kat aku..
Dia bandingkan duit yang aku habis..
Beli handset mahal2..
Dengan duit pg melancong..
Bawak family...


Terus tersentak aku!
Adoyai..
Dilema2!
Nak pakai handset mahal..
Senang nak update blog n FB..
Nak pakai internet...
Tapi pada masa yang sama..
Betul jugak apa yg Branch Manager...
Aku bagitahu..
Waaa...Dilema!




Thursday 21 June 2012

Malunya Tuhan Saja Yang Tahu...




Birthday ibu aku..
8 July ni..
Aku tengah berkira2..
Tok belikan sesuatu untuknya..
Tapi biasalah lelaki..
Bukan nak tau..
Apa barang yang sesuai..
Untuk wanita..
Dan pada usia ibu aku..



Aku pun hantar msj...
Kat kawan pompuan aku tanya,
"Woit, bufday mak aku nak dekat,
apa patut aku beli"
Then aku tekan...
Send...


Tetiba..
Aku terfikir nak tengok sent item...
Aku bukan hantar ..
Kat kawan aku..
Tapi aku hantar..
Kat ibu aku!!!!!



Ya Allah..
malunya tuhan aja tau!
Ingtkan nak buat suprise..
Rupanya dah terkantoi!
Adoyai!
Spoil betul!
Tapi until now..
Ibu aku still tak reply pun..
Hahaha...
Harap la tak sampai kat dia pun..



Eh, jap!
Apa ek hadiah aku patut..
Bagi kat dia???



Tektik Kemam Gelang Menjadi.



Aku tumpang sedih...
dengan kejadian yang berlaku,
Pada satu keluarga..
Bila mana rumah mereka telah dirompak..


Tapi yang aku salute,
Ada seorang daripada mereka..
Yang mengemam gelang emas..
Yang dihadiakan oleh ibunya,
Untuk mengelakkan daripada dirompak,
dan hasilnya, selamat!


Tapi yang tak bestnya,
Kerugian dianggarkan dalam RM 20, 000..
Kejadian rompakan ini,
Berlaku di Johor Bharu.
Antara barang yang kena rompak..
telefon bimbit, jam, dompet,
rantai, cincin, kamera dan wang..


Kesian mereka..
Tabahkan hati!



Wednesday 20 June 2012

Preview : Keli Terbang




Korang2..
Nak tengok tak sumting?
Actually aku ada satu video..
Ada la dalam sepuluh minit...
Tapi tak siap edit apa lagi...



Tapi aku dah excited plak..
Nak upload kat blog...
So..kita tengok preview aja ok!
Nanti bila pihak yang terlibat..
Dah edit2 bagai..
Aku tunjukkan..



Sekarang..
Kita tengok yang preview dulu...


SILA KLIK SINI:




Tuesday 19 June 2012

Pemeriksaan Kesihatan: Bila Perlu Sahaja?




Ingat tak,
Bila kali terakhir,
Korang pergi buat..
Pemeriksaan kesihatan?
Semalam? Seminggu lepas?
Ataupun tahun lepas???



Mesti dah lama kan?
Selalunya apabila buat..
Pemeriksaan kesihatan..
Mestinya sebelum masuk universiti..
Ataupun before pergi PLKN,
Ataupun sebelum masuk kerja baru..



Sedar atau tak,
Betapa pentingnya..
Pemeriksaan kesihatan?
Kadang2 kita tengok je..
Badan kita sihat..
Badan kita segar..
Tapi sebenarnya...
Kita tak tau..
Dalam diam kita sebenarnya..
Ada penyakit!


Nampak tak?
Betapa pentingnya buat..
Pemeriksaan kesihatan..
Kalau lah kita buat ..
Pemeriksaan kesihatan..
Seawal mungkin,
Ada potensi kita nak elak..
Penyakit2 ataupun..
Mencegah sebarang penyakit..
Dari awal..



Moh semua!
Kita pergi buat..
Pemeriksaan kesihatan!




Monday 18 June 2012

GEMPAR: Dua Buaya Tembaga Dijumpai Di Sungai Adong, Miri




Cuba bayang...
Bila korang tengah mandi..
Dekat sungai..
Pastu buaya lalu tepi korang!




Nak rasa pengalamn tu?
Jom kira ramai2 pg..
Sungai Adong, Miri!



Kosmo hari ni melaporkan..
Penduduk kampung berdekatan..
dengan sungai Adong..
Ada nampak dua ekor..
Buaya tembaga dekat sana...



Walaupun belum ada..
Sebarang kecederaan dilaporkan..
Tapi tetap menimbulkan..
Kegusaran pada penduduk kampung..
Kerana penduduk sana..
Ramai lagi bergantung..
terhadap air dan sungai..
Terutamanya kanak2..'
Yang selalu mandi kat Sungai Adong..


Harap2 la..




BILIK UNTUK DISEWA..



Sapa2 yang keje..
Or masih belajar lagi..
Kat area Damansara...
Or Petaling Jaya,
Dan sedang mencari bilik..
Untuk korang sewa...
Aku ada berita baik punya...
Untuk korang..


Kat rumah aku..
Ada satu bilik..
Sederhana kecil..
Untuk disewakan...
Tak mahal..
RM 150 sahaja..
Tak termasuk air n elektrik..


Macam2 kelengkapan dah ada..
Televisyen, mesin basuh,
Water heater, toaster n lain2 lagi..
Untuk deposit..
Hanya RM 300 sahaja...


Tapi..
Kemasukan hanya untuk lelaki Melayu,
Tidak merokok dan pembersih!
(Nak smoking, kat luar sahaja!)...
Sapa2 nak..
Leh la roger aku..
0128899365..



Thursday 14 June 2012

Air Asia Diminta Bayar Ganti Rugi RM 646




Syarikat penerbangan tambang murah,
Air Asia telah diminta supaya..
Membayar ganti rugi sebanyak RM 646..
Kepada Zoolihsan Ahmad, 37
Oleh Tribunal Tuntunan Pengguna Malaysia (TTPM)..


Kejadian berlaku disebabkan..
Penerbangan beliau ke Medan..
telah ditunda selama sembilan jam..
Beliau yang juga merupakan..
Setiausaha Sulit kepada..
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan..
Terpaksa pulang ke rumah semula..
Ekoran penundaan penerbangan..
Pada jam 1.40 petang kepada 8.40 malam..



Apabila datang kembali pada jam 7 malam..
Beliau diberitahu lagi..
Bahawa penerbangan ke Medan ..
terpaksa sekali lagi ditunda..
Kepada jam 10.45 malam..


Kesian gila kepada beliau!
Cuba bayangkan..
Kalau kita nak ke luar negara..
Disebabkan urusan perniagaan berbillion-billion..
Tetapi ditunda selama sembilan jam..
Kemudian kita gagal mendapatkan..
Perniagaan tersebut..
Mau tak merana???


Tapi kalau kes macam ni berlaku..
Memang sedikit sebanyak..
Mencemarkan nama Air Asia...
Jadi, Air Asia..
Berubahlah!



Wednesday 13 June 2012

TAHUKAH ANDA: Althaiophobia?





Korang pernah makan Marshmallow?
Marshmallow adalah sejenis manisan..
yang diperbuat daripada..
Gula, sirap jagung, air bertapis,
Kanji jagung, pektin buahan,
Dan macam2 lagi...


Aku bukan nak membincangkan..
tentang halal atau haram..
Kandungan yang terdapat dalam marshmallow..
Sekarang kan banyak..
Orang yang mempersoalkan..
Taraf kehalalan dia..


Tapi aku nak membincangkan..
tentang satu word yang berkaitan..
Iaitu Althaiophobia?
Terbelit-belit lidah nak sebutnya...
Apakah?


Sebenarnya,
Ada satu golongan manusia,
yang takutkan marshmallow..
Dan kita panggil golongan ini..
mengalami Althaiophobia..
jelas murid2???


Tapi yang aku musykil..
Wujud ke golongan macam ni?
Tak pernah plak aku jmpa..
Orang yang takut marsmallow...
Orang yang lahap..
Marshmallow sampai habis adalah..


Golongan yang makan..
Marshmallow sampai habis...
sampai tak ingt dunia..
Kita nak panggi apa yer?
Pelahaphobia kowt...




Tuesday 12 June 2012

Statistik Penceraian Di Malaysia: Meningkat!





Dalam fasa perkahwinan..
Penceraian adalah sesuatu yang ditakutkan..
Dan memang cuba dielakkan..
oleh semua pasangan yang berkahwin..
Buat apa nak kahwin..
Kalau memang kita dah niat nak cerai?
So..for sure..
Sume orang tak mo bercerai..




Tapi tadi bila baca The Star,
Menurut statistik yang dikeluarkan..
Oleh Malaysian Quality of Life (MQLI) 2011,
Terdapat 33,000 kes penceraian dilaporkan..
Sepanjang tahun 2010 atau..
0.22% daripada perkahwinan yang didaftarkan..
Peratusan ini meningkat..
Berbanding 0.13% dilaporkan pada tahun 2000..
Walaupun peningkatannya sedikit iaitu 0.09% tetapi tetap dikira sebagai meningkat..



Nak statistik yang lebih best?
Menurut Director of Economic Planning Unit 
Allaudin Anuar berkata,
80% daripada kes penceraian yang dilaporkan..
merupakan oang Muslim..
Atau lebih jelas.. Orang Islam...


Tapi, nak wat camna, kan?
Dah jodoh setakat itu,
terima aja lah seadanya,
pesanan aku kepada pasangan yang bakal berkahwin..
Jagalah perkahwinan anda seeloknya..
Nak nasihat or pesan lebih2..
Aku pun tak kahwin lagi..
Ahaks!





Trend Bercinta dan Berkahwin Dengan Warga Asing...




Aku tgk sekarang..
Memang dah jadi trend..
Orang Malaysia kahwin dengan orang asing..
Tak kira la keturunan sultan ka,
Menteri2 ke, artis ke,
Atau orang kebanyakan,
Semua macam berlumba-lumba..
Nak kahwin dengan warga asing..



Aku tak tau la apa..
Yang diorang kejarkan..
Sama ada kecantikan atau kehenseman..
Warga asing terbabit..
Atau nak jimat kos,
Nak menunjuk-nunjuk..
Atau apa niat mereka sebenarnya..


Tapi kadang2 terfikir..
Dah pupus ke..
Lelaki dan wanita..
Yang bermutu tinggi kat Malaysia?
Sampaikan nak kena cari warga asing?


Ataupun tiada kelas kah..
Untuk lelaki dan wanita di Malaysia..
Dipilih sebagai teman hidup..
Untuk dibawa di majlis2 keraian..
Untuk jadi tatapan para tetamu?


Entahlah..
Kesian aku kat warganegara Malaysia..
Yang masih bujang...
Ramai lagi yang tak kahwin..
Kat Malaysia ni..
Cantik n hensem je aku tgk..


Apa-apa pun..
Semuanya dah tertulis..
Memang orang cakap..
Dah jodoh nak wat cmna kan?
Takkan kita nak paksa juga..
Pg kahwin je dengan sapa2..
Yang warganegara Malaysia..


Fikir-fikirkanlah...