SAYANG KOWG!

Tuesday 4 November 2014

Gambar Photoshoot di Empire Damansara



Korang rasa nak feeling2 jadi model tak? Aku ada port baik punya! Hari tu aku dengan segerombolan askar2 blogger (yg suam2 kuku) g Empire Damansara, Damansara Perdana. Cantik siot tempat tu tok buat photoshoot. Kami pun memulakan aksi2 poyo konon2 model profesional.

























Jom semua serbu Empire Damansara!


Monday 3 November 2014

Makna Founder's Night Run 2014, Larian Terkahir 2014



Hari Sabtu (1/11/2014), aku join Makna Founder's Night Run 2014. Kali ini macam biasa, aku just join 5km Fun Run. Masih tak mampu nak join kategori lain. Alhamdulilah, aku dapat tempat kedua, Tak percaya, kan?



















Paling best bila buka Goodies Bag.. ada voucher Brooks RM 160. Haha,. Dah la aku memang niat beli kasut sukan baru. Thanks Brooks. Alhamdulilah, rezeki, 


Wednesday 10 September 2014

Larian Hari Malaysia (MAKSAK) 2014




Tarikh : 6 September 2014
Tempat : Dataran Perbadanan Putrajaya



Semangat lagi join larian macam ni. Ni dah kali kedua tahun ini, Lagi membanggakan, kali kedua jugak dapat tempat ke 10. Acara masih sama, 5km Fun Run. Tak larat lagi aku nak tukar ke 10km.

















Tak sabar nak join lagi larian2. Kumpul medal n sijil seronok wooo..


Friday 5 September 2014

Gambar Konvokesyen Diploma Pengurusan Awam (DPA) Kursus Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 2013



26 Ogos 2014 lepas aku baru konvo tok Diploma Pengurusan Awam (DPA) Kadet PTD 2013. Malas nak bebel banyak2, tengok gambar je lah ok.
















Tu je lah gambar yang ada dalam koleksi aku. Untuk Kadet PTD 2014 pulak, thanks sebab uruskan majlis konvokesyen kami. Nanti turn korang pulak. Sabar ye lagi 7 bulan. Haha. Tok semua pemenang anugerah2, tahniah! Kawan2 satu batch.. tahniah jugak. Perjalanan kita dalam dunia PTD ni masih panjang. So, good luck. 


Monday 5 May 2014

Larian Gegar Universiti Malaya



Tak sangka dan terkejut. Sukan adalah di luar bidang aku. Tapi hari Ahad lepas, aku dah buat satu rekod peribadi yang aku tak sangka-sangka. Dapat nombor 10 larian Gegar UM bagi kategori Fun Run Man (5KM).

Aku jarang masuk larian macam ni. Kali ni pun wajib masuk sebab semua Kadet PTD 2013 wajib masuk. Target hanyalah untuk lari tanpa henti. Tapi alhamdulilah, bukan setakat tanpa henti, tapi ada hadiah yang menanti.


So, jangan pandang rendah dengan diri sendiri. Tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni. Paling penting, usaha dan jangan putus asa. 


Wednesday 26 March 2014

Buat Persembahan Nyanyian Depan Orang Ramai


Lama dah aku x buat persembahan depan orang ramai. Kali terakhir pun masa aku belajar dulu. Tu pun persembahan nyanyian secara minus one je.

Minggu depan.. 2hb aku kne buat persembahan nyanyian. Lagi menakutkan.. persembahan dengan band. Gabranya sebab ak xpernah nyanyi dengan band. Selalunya karaoke je.


Crowd kali ni.. hampir 300 ratus jugaklah. Batch Kadet PTD 2013, batch Kadet PTD 2014 dan Pegawai Latihan kami. Cuak! Lagu nak perform tak finalize lagi.. kemungkinan Sandiwara Cinta dan Ombak Rindu. Tak entahlah..

Neves2. Nak dekat dah. Latihan dengan band tak start lagi. Cuak! Doakan aku ok kawan2. 


Thursday 20 March 2014

Keputusan SPM Adik Aku


Hari ni dari pagi aku neves bukan main. Keputusan SPM adik aku keluar hari ini. Risaulah jugak kan. Kalau teruk tak bestlah kan.

Pukul 10.. xde msj.. 11 pun xde lagi. Kul 12 pun senyap je. Dalam otak aku dah fikir bukan2.. entah2 result dia teruk sebb tu senyap je dia tak bagitahu.

Last2 dia kol juga. Alhamdulilah.. walaupun bukan straight A tapi dia dapat 7A 2B. B subjek Biologi dan Fizik. Alhamdulilah. Tahniah Ayoi! Hope dapat sambung belajar tempat dan course yg best2. Angah doakan kejayaan ko nanti. Amin.


Wednesday 19 March 2014

Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam Semesta Dua (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik)


Dah masuk hari ketiga semesta kedua Diploma Pascasiswazah Pentabdiran Awam (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Alhmdulilah result aku semesta pertama mengejutkan. Aku usaha tak seberapa tapi alhamdulilah.. aku puas hati dengan result aku.

Untuk semesta kedua pula.. kami akan belajar subjek Human Resouces Management, Strategic Management, Economic Policy and Fiscal Management, Ethics dan juga International Relations. Maknanya ada 5 paperslah semesta ni.

Tengok berdasarkan nama subjects dan kelas2 yang aku dah masuk.. macam mencabar betul subject2 sem ni. Adoyai! Doakan aku kawan2.


Thursday 13 March 2014

Duit Bank Negara Malaysia Dicuri RM 300,000



Sejumlah RM 300,000 telah dicuri dari bilik pemprosesan mata wang Bank Negara Malaysia Wilayah Pulau Pinang. Rentetan dari itu, lapan kakitangan telah ditahan iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan berusia 20an hingga 30an kerana disyaki terlibat dalam kejadian kecurian ini. 


Lebih mengejutkan, sebenarnya mereka dikatakan sudah melakukan kegiatan ini sejak September 2013 hingga kini. Laporan telah dibuat oleh penyelia Bank Negara Malaysia pada jam 8 malam kelmarin.

Kalau kat Bank Negara pun dah berlaku kejadian macam ni, memang tak pelik lah kalau duit hilang dicuri kat restoran makanan segera, kedai serbaneka dan tempat-tempat lain yang kawalan kurang.

Harap dijauhkan dari sifat tak baik macam ni. 


Wednesday 12 March 2014

Trailer Filem Bravo 5 (Unofficial)


Tahun 2014 kita akan disajikan dengan satu filem patriotik yang dinanti-nantikan, Bravo 5. Filem arahan Yeop Hitler Azmi yang menelan belanja RM4.5 juta ini dikatakan mampu menarik perhatian penonton kerana menampilkan hero sensasi, Beto Kusyairi.

Dah lama rasanya kita tak tengok filem perang patriotik macam ni. Kisah berkenaan dengan komando yang menentang kemaraan gerila komunis dalam Semenanjung Malaysia ini diharapkan mampu untuk mengembalikan kualiti perfileman Malaysia.

Aku rasa sangat teruja untuk tengok cerita ini berdasarkan trailer dan preview filem yang boleh kita tonton kat Youtube.


)


Amacam? Menarik, bukan? Jom sama-sama sokong perfileman Malaysia terutamanya cerita bergenre patriotik dan perang macam ni. 



Polis Bertudung Pertama Di St Paul, Amerika Syarikat


Sebelum ini, kita tengok Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang anti Islam. Tapi, yang bagusnya, seorang wanita Islam dari Somalia, Kadra Mohamed telah diterima untuk berkhidmat sebagai anggota polis di St Paul. Minnesota. (Rujukan). 



Menariknya lagi, Kadra Mohamed ialah wanita Islam bertudung pertama yang diterima bekerja dia sana. Setakat ini, belum ada mana-mana jabatan di Minnesota yang menerima wanita Somalia untuk bekerja. St Paul juga dilaporkan hanya satu-satunya bandar raya di negara tersebut yang membenarkan pemakaian tudung di tempat kerja. 

Sebelum ini, seorang lagi wanita bertudung dari Maryland, Noor Tagouri telah berkhidmat sebagai pembaca berita di stesen Tv ABC News di Amerika Syarikat sekaligus menjadi pembaca berita bertudung pertama di sana.. (Rujukan). 



Harap lepas ni, Amerika Syarikat tidak lagi mendiskriminasi wanita Islam bertudung untuk terus berkhidmat di negara mereka. 


Friday 10 January 2014

Diploma Pasca Siswazah Pentadbiran Awam (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik)



Lama dah tak update blog. Mood Tak sampai nak update. Ada je masa.. cuma malas. Alhamdulilah, aku dah habis Diploma Pentadbiran Awam untuk Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Maknanya, dah enam bulan aku kat Intan Bukit Kiara ni. 

Enam bulan ni lah banyak benda baru yang aku belajar. Daripada Modul-modul yang disediakan oleh Intan Bukit Kiara sendiri, hinggalah modul luar macam Bomba, Polis, Tentera, Outward Bound School, dan Strategic Engagement Program. Ada yang sangat best, ada juga yang sangat mencabar.

Sekarang, kami baru bermula dengan Diploma Pasca Siswazah Pentadbiran Awam. Maknanya, ada lagi enam bulan kami kat sini. Untuk permulaan, kelas dalam Intan Bukit Kiara sahaja. Minggu depan, kami dah kena pergi Universiti Malaya pula. Doakan aku dapat perform tok diploma siswazah ni.

Tu je lah yang aku nak update. Kalau ada mood lagi, aku taip n share lagi ok.