SAYANG KOWG!

Wednesday 12 March 2014

Polis Bertudung Pertama Di St Paul, Amerika Syarikat


Sebelum ini, kita tengok Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang anti Islam. Tapi, yang bagusnya, seorang wanita Islam dari Somalia, Kadra Mohamed telah diterima untuk berkhidmat sebagai anggota polis di St Paul. Minnesota. (Rujukan). 



Menariknya lagi, Kadra Mohamed ialah wanita Islam bertudung pertama yang diterima bekerja dia sana. Setakat ini, belum ada mana-mana jabatan di Minnesota yang menerima wanita Somalia untuk bekerja. St Paul juga dilaporkan hanya satu-satunya bandar raya di negara tersebut yang membenarkan pemakaian tudung di tempat kerja. 

Sebelum ini, seorang lagi wanita bertudung dari Maryland, Noor Tagouri telah berkhidmat sebagai pembaca berita di stesen Tv ABC News di Amerika Syarikat sekaligus menjadi pembaca berita bertudung pertama di sana.. (Rujukan). 



Harap lepas ni, Amerika Syarikat tidak lagi mendiskriminasi wanita Islam bertudung untuk terus berkhidmat di negara mereka. 


No comments: