SAYANG KOWG!

Thursday, 13 March 2014

Duit Bank Negara Malaysia Dicuri RM 300,000



Sejumlah RM 300,000 telah dicuri dari bilik pemprosesan mata wang Bank Negara Malaysia Wilayah Pulau Pinang. Rentetan dari itu, lapan kakitangan telah ditahan iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan berusia 20an hingga 30an kerana disyaki terlibat dalam kejadian kecurian ini. 


Lebih mengejutkan, sebenarnya mereka dikatakan sudah melakukan kegiatan ini sejak September 2013 hingga kini. Laporan telah dibuat oleh penyelia Bank Negara Malaysia pada jam 8 malam kelmarin.

Kalau kat Bank Negara pun dah berlaku kejadian macam ni, memang tak pelik lah kalau duit hilang dicuri kat restoran makanan segera, kedai serbaneka dan tempat-tempat lain yang kawalan kurang.

Harap dijauhkan dari sifat tak baik macam ni. 


No comments: