SAYANG KOWG!

Friday 31 August 2012

Koleksi London 2012 Olympic Games Coca-Cola & Mc Donald's Glass



Sempena Sukan Olimpik 2012 yang lepas, Mc Donald's telah mengeluarkan koleksi gelas Coca-cola. Terdapat enam warna gelas yang ditawarkan beserta dengan gambar sukan yang berlainan mengikut warna.


Misalnya. Pink untuk Gymnastics, Aqua untuk Basketball, Green pula untuk Athletics, Charcoal untuk Footbal, Blue untuk Swimming dan akhir sekali Purple untuk Cycling.


Sebelum ini, sesiapa yang nak kumpul koleksi gelas Sukan Olimpik 2012 itu kena membeli mana-mana set besar set meals yang ada kat Mc Donalds. Kemudian, korang kena beli juga Sundae atau Mc Flurry. Barulah dapat gelas Olimpik 2012 tersebut.


Aku dah berjaya kumpulkan kesemua enam gelas Sukan Olimpik 2012 ini.



Tapi yang tak bestnya, setelah aku berjaya kumpulkan kesemua gelas-gelas tu, Mc Donald's buat promosi, bermula 18 Ogos lepas, kita boleh beli gelas Olimpik 2012 ini tak perlu membeli mana-mana set meals Mc Donalds macam sebelum ini.


Lagi tak best bila harganya sangat-sangat murah, RM 2.50 untuk satu gelas. Lagi jimat kalau beli kesemua enam-enam corak dan warna dengan hanya RM 12.95! 


Arghh! Rasa tertipu! Kalau tahu macam ini, baik tak payah beli set-set meals apa semua. Just tunggu je buat promosi macam ini! Tapi tak apa lah, dah beli dah pun. Apa-apa pun puas hati dapat buat koleksi.



Alexa Rank, Pencapaian Yang Membanggakan..




Korang tahu tak apa itu Alexa Rank? Kalau blogger tegar, sah-sah la tahu malah pakar dalam Alexa Rank ini. Sebenarnya, Alexa Rank ini adalah ranking yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah pengunjung pada blog. 


Nak tengok betapa popularnya blog seseorang, kita kena tengok kepada jumpal nombornya. Semakin kecil Alexa Rank sesebuah blog, maka blog itu makin popular. Korang tak faham lagi? Meh aku tunjukkan...


Mula-mula korang masuk Alexa.com. Kemudian korang letaklah link korang kat situ untuk uji Alexa Traffic Rank anda. Contoh macam aku punya hari ini, 31 August 2012 ialah 7, 084,394 di seluruh dunia. 


Jom kita uji pula ranking blogger popular macam Ben Ashaari Mengikut Alexa Traffic Rank, blog abg Ben ini pula di kedudukan 63, 294! Kita tengok seorang lagi iaitu Hanis Zalikha.  149,981! seorang lagi, Fatin Liyana, ranking ke 149,099!


Maksudnya, kalau dikira Alexa Traffic Rank hari ini, abg Ben Ashaari paling popular, diikuti oleh Fatin Liyana, Kemudia Hanis Zalikha, pastu baru aku! Haha..Nak juga interframe! Haha.. Tapi ingat, Ranking Alexa ini akan berubah setiap hari.


Contohnya, 03/08/2012 Alexa Trafiic Ranking aku adalah 10,278,400. Kemudian pada 08/08/2012 aku berada di kedudukan 7,224,146. Tapi hari ini 31/08/2012, aku kat tempat 7,084,394! nampak tak?Nampak tak? Makin bagus ranking aku! Haha...


Korang semua checklah korang kat ranking berapa.  Lagi satu, kalau apa-apa info yang aku bagi kat atas, tak tepat, atau nak tambah apa-apa, bagitahulah ye. aku pun bukan pakar sangat dalam blogging ini. Kongsi-kongsi lah yerk!


Selamat Hari Merdeka ke 55 semua!



Thursday 30 August 2012

Review Filem : Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu), Tahniah Syafiq Yusof..


Korang dah tengok ke belum, filem yang dihasilkan oleh pengarah termuda Malaysia, Syafiq Yusof yang bertajuk SAM (Saya Amat Mencintaimu). Aku pun baru tengok malam semalam kat One Utama, tempat biasa aku lepak.







Sebelum aku ulas filem SAM ini, baik aku ucapkan tahniah dahulu kepada pengarah dan seisi krew filem ini. Terima kasih sebab berjaya menghasilkan satu filem yang boleh dibanggakan dan agak berbeza daripada filem yang lain.




Semalam aku tengok filem SAM ini pukul 8.30 malam kat One Utama. Kecewanya aku bila tengok sambutan kepada filem ini agak kurang. Hanya beberapa orang sahaja. Suku seat pawagam besar pun tak penuh. Aku berada berdekatan dengan sekumpulan wanita. Mungkin peminat tegar Shaheizy Sam.


Pada aku filem ini mempunyai kekuatan dari segi pelakonnya. Membariskan nama-nama pelakon yang popular dan berbakat, memang memberikan satu kelebihan pada filem SAM ini. Pujian wajar diberikan pada lakonan Shaheizy Sam yang sangat berkesan, terutamanya pada babak terakhir. Keberkesanan lakonannya menyebabkan perempuan yang duduk kat tepi aku turut sama menangis.


Lakonan Lisa Surihani dan Azad Jasmim juga berkesan. Nampaknya Lisa dah tak semakin kaku. Nampak lebih natural berbanding filem-filem sebelum ini. Lakonan Shamsul Yusof? Di tahap sederhana. Lakonan dalam KL Gengster lebih best. Neelofa? Tak berapa natural. Nampak dibuat-buat.


Dari aspek jalan cerita pula, walaupun ramai yang tak menduga pengakhiran ceritanya seperti itu, tapi sebenarnya aku memang dah jangka macam tu. Kita boleh teka dari awal cerita lagi, terutamanya apabila Sam merasakan seperti ada orang yang datang menceroboh di rumahnya. 


Paling best, tentunya babak di kilang lama, PV6 Factory. Sangat-sangat mendebarkan. Rasa macam tengok cerita Khurafat arahan Syamsul Yusof pun ada. Tapi memang terbaiklah! Paling aku tak suka, babak akhir bila mana polis tiba-tiba tembak Shaheizy Sam. Err...macam mana polis boleh tembak Shaheizy Sam? Kenapa bukan Shamsul Yusof? Macam mana mereka boleh tahu Shaheizy Sam di pihak yang bersalah?


Kesimpulannya, rugi kepada sesiapa yang tak menonton lagi filem SAM ini. Memang terbaik! Tak sangka dihasilkan oleh seorang pengarah muda iaitu Syafiq Yusof. Apa-apa pun, jom ramai-ramai pergi tonton filem SAM. Penilaian aku? 4 daripada 5 bintang.



Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3



Yipppeeee!
Miss Z datang lagi..
Dengan segmen up follower..
dan tambah kenalan..
Seronok2..


Aku dengan rela hati..
Nak join segmen Miss Z ni..
Kalau nak join..





Wahai Miss Z..
Bilangan follower?
232 follower aja!
Negeri asal?
Selangor Darul Ehsan...


Kepada yang bakal melawat..
Selamat datang ke blog Lelaki Ini!


Dapat Kad Raya dan Duit Raya Lagi!



Waaahhh..
Semalam aku dapat..
Satu kad raya beserta duit raya..
Yang diberi oleh..
Kawan-kawan dari Allianz General Insurance..
Walaupun semalam..
Merupakan syawal yang ke - 11


Tak sangka..
Dah lepas raya pun..
Ada lagi kad raya sampai..haha..
Yang paling best..
Siap ada duit raya...


Best tak best lah..
Bila buka kad raya..
Tetibe nampak duit 5 cent terjatuh..
Dari dalam kad raya..
Terkejut beruk aku ..
Ingtkan apa..
Rupanya duit raya 5 cent!


Akak officemate aku pun dapat..
Kad raya daripada Allianz..
tapi dia lagi best..
Dapat duit raya..
RM 1..
Tak aci2!
Banyak beza kowt!





Hahaha..
Tak apa2..
tak kesah pun..
Janji orang ingt kat kita..
Dan bagi kad raya..
Thanks kawan2 kat..
Allianz General Insurance...

Wednesday 29 August 2012

Hujung Minggu Yang Bakal Memenatkan!



Waaaaa....
Bila tengok kalender hari ini..
Baru aku perasan..
Hujung minggu aku yang akan datang..
Bakal amat2 memenatkan..


Hujung minggu ini..
Aku ada satu program..
Program yang menuntut aku berlari..
Dan berfikir secara kreatif..
Program apa,
Tak leh dedahkan dulu..
Takut bikin kecoh satu dunia..


Hujung minggu depan..
Untuk 8 & 9 bulan 9...
Aku ada plan..
dengan kawan aku..
Untuk mengejar impian kami..
Juga tak leh dedahkan di sini..
Nanti betul2 jadi.
Baru boleh bongkar...


Minggu satu lagi..
Bermula dari 14 hb sampailah 17 hb..
Aku dah terbang pergi Vietnam...
Sempena Company Trip kitaorang..
Kitaorang akan pergi Hanoi..
Best2, tak sabar pulak rasanya!


Minggu berikutnya pula,
Iaitu 22 hb...
Kitaorang akan ada Rumah Terbuka..
Untuk syarikat aku..
Yang paling best,
Aku kena buat persembahan nyanyian nanti..
Hahaha..suka2..
Lagu raya pun tak pilih lagi..


Hmmm...
Busy jugak ek aku ni?
Hahaha...



Tuesday 28 August 2012

Segmen : Hanif Idrus Segmen Menerjah



Seorang lagi blogger..
Hanif Idrus buat segmen..
Kali ini segmen..
Terjah menerjah..
Senang n simple sahaja!




Mesti nak join jugak kan..


Dua orang hamba Allah..
Juga blogger dah ditag..

Selamat Bersegmen semua..



Monday 27 August 2012

Jemputan Ke Rumah Terbuka..



Meeting company last week..
dengan tak semena-mena..
Aku ditugaskan buat invitation card..
Untuk panggil klient and insurer..
Datang ke majlis Rumah Terbuka..
Company aku bagi tahun ini...


Bapak dia!
Aku dah la tak kreatif..
then aku juga...
sangat2 lembab bab2 komputer dan teknologi ni!
Matilah aku..
Macam mana ntah nak design..


Dari minggu lepas..
Aku menggelupur kalut..
Duk cari design yg menarik..
Untuk jadikan invitation card..
Godek punya godek...
Akhirnya terhasillah jugak..
Disebabkan tak berapa nak cntik..
Aku tak mau upload..
Hahaha...


Kad dah siap..
Yang lecehnya..
Nak kena cari nama penuh..
Orang yang nak dijemput..
Bukan apa..
karang ada yang pangkat Dato..
Panggil Encik je kang..
Ada yang kena bakar...


Kalau dah siap nama penuh tahu..
Masalah lain pulak..
Email depa pulak kena cari..
Penat woooo!
Ingat senang ka mau cari???
Hahaha...


Kesimpulannya...
Arghh...tak mo dah aku wat keje ni!
Hahaha...
Baik bagi aku kerja..
beli barang ka,
Gantung kad raya ka..
Lagi seronok plus senang!



Aku Hutang Maxis, RM 4, 970.85 ??? Biar Betul?




Aku ada guna dua nombor..
Satu Maxis, dan Satu Celcom..
Celcom memang nombor peribadi,
Maxis pula nombor company,
Means apa-apa hal company,
Akan menggunakan no. Maxis,


Dua hari lepas,
Aku terkejut beruk,
Bila dapat mesej dari Maxis,
Yang mengatakan.
No. company aku..
Ada tunggakan sampai RM 4, 970.85..
Padahal memang company aku..
Akan bayar bil Maxis ni..
Setiap bulan..









Jangan peduli handset murah tu..haha..


Actually,
Memang tiap-tiap bulan..
Aku akan dapat mesej macam ni..
Kalaulah betul company aku tak bayar,
Mesti dah kena potong line tu..
Dan lagi satu,
Aku tiap2 bulan..
Just dapat limit penggunaan..
RM 100 sebulan..
Memang tak akanlah sampai RM 4k..


Korang pernah tak dapat macam ni?



Sunday 26 August 2012

Review Filem: The Expendables 2, Tak Seindah Yang Dibayangkan..



Bila aku tengok..
Barisan pelakon untuk filem..
The Expendables 2,
Aku menjangkakn sesuatu yang luar biasa..
Yang wujud dalam filem ini..
Tapi yang sedihnya,
Bila selesai tengok filem ni,
Sedih wooo,
Filem ni biasa-biasa saja,




Dari aspek action,
Memang  terbaik dari ladanglah kan,
Memang best la tengok..
Dari kalau tengok dari aspek jalan cerita,
Memang lemah dan longgar..


Banyak yang aku tak puas hati,
Bila tengok filem ini,
Antaranya macam kemunculan,
Watak Jet Li tak berkembang dengan baik,
Hanya ada di awal cerita,
Sepatutnya watak Jet Li harus dikekalkan...
Sampailah habis cerita,
Ataupun tak payah wujud pun..
Dari awal cerita..


Kedua,
Di saat2 genting..
Mesti ada orang selamatkan..
Barney Ross (Sylvester Stallone)...
Dan rakan-rakan yang lain..
Macam situasi mereka..
Terperangkap dalam satu tempat..
Arnold Schwarzenegger (Trench)..
pulak datang selamtkan diorang..
Masa diorang ditembak oleh kumpulan Sangs
Mereka juga diselamtkan oleh..
Booker (Chuck Norris)...
Arrrggghhhhh! Apa kono kau jang?
Tak cukup kuat ke nak lawan sendiri?
Dan watak2 penyelamat...
Tak semena-mena datang macam tue aja?
Tak ke sakit hati???


Ada lagi yang aku tak puas hati..
Tapi aku pun dah lupa..
cerita tue tak kuat sangat..
Untuk melekat dalam otak aku...


Walau apa pun..
Bukannya tak best lansung...
Watak-watak yang lain..
Berkembang dengan baik..
Action memang sangat2 terbaik!
Bagi yang sangat cintakan filem action..
Bolehlah datang tengok cerita ni..
Pendapat aku?
3.5 /5 Bintang...

Saturday 25 August 2012

Lagu Muara Hati - Siti Nurhaliza & Hafiz Tersangatlah Best...



Hari tu aku ada terbaca..
Yang Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz..
Nak berduet lagu baru...
Excited gila bila dapat tau...


Penyanyi No. 1 negara,
Dato' Siti Nurhaliza..
Nak berduet dengan penyanyi lelaki..
Yang  memiliki vokal mantap, Hafiz..
Memang teruja la nak dengar..


Hari ini..
Sempat dengar lagu mereka..
Siap tengok video klip..
Memang sumpah best giler!
Memang salute dengan Adi Sixth Sense..
Yang buat lagu untuk diorang...


Bagi yang tak dengar lagi..
Meh2 dengar sama2..
Dengan aku...
Muara Hati - Dato' Siti Nurhaliza
dan Hafiz...

  

Friday 24 August 2012

Dah Masuk Kerja..



Aritue before raya..
Aku dah amik cuti..
Sampailah minggu depan..
Maknanya hari Isnin..
Baru aku start kerja..


Tapi disebabkan semalam..
Pakcik aku dah nak balik KL..
Dan aku plak nak tumpang dia..
Terpaksalah balik rumah sewa semalam..


Dah sebabkan aku tak tahu..
Nak buat apa hari ini..
Dengan rajinnya aku datang office..


Hahaha..
So, kira cancellah cuti aku..
Untuk hari ini...


Macam biasa..
Bila dah cuti lama..
Masuk kerja..
Otak tepu..
Malas gila2...
Hahaha...


Dah 5.30 petang!
Habis working hour..
Mau balik..
Papai!




Koleksi Sampul Duit Raya 2012



Tahun ini,
Aku tak dapat 10 sen pun duit raya..
Sebabnya aku dah kerja,
Dan tahun ini juga,
Merupakan tahun pertama,
Untuk aku bagi duit raya..
Rasa seronok berbanding..
Masa dapat duit raya..


Timbul idea gila..
Untuk kumpul sampul duit raya..
Disebabkan aku tak dapat duit raya..
Untuk tahun ini..
Aku minta dengan adik-adik aku..
Juga daripada sepupu-sepupu aku..
Yang mana dapat..
Duit raya..


Tahun ini,
Aku berjaya kumpul..
46 jenis sampul duit raya..
Yang berbeza corak,
Dan juga saiznya..




Ini kesemua koleksi..
sampul duit raya buat tahun ini..
Ada 46 corak dan saiz kesemuanya..


Banyak gila yang cantik.
Dan menarik..
Tapi dalam banyak2..
Ada beberapa yang aku..
sangat2 berkenan..



Sampul duit raya ini..
Dikeluarkan oleh Agro Bank..
Cantik, kan?
Warna emas dan merah..
Padanan warna yang sesuai..
Juga corak bunga pun cantik.
Cuma elemen raya kurang..
apa-apa pun tetap cantik..




Yang ini pula..
Daripada Petronas...
Comel giler2..
Walaupun hanya ada dua warna..
Juga hanya lukisan kartun..
Tapi sangat2 cumel..
Sampul duit raya ini pun kreatif,





Sampul duit raya...
Paling cantik bagi tahun 2012..
Ini pilihan aku..
Sampul duit raya..
Daripada Standard Chartered..
Kalau tengok kat gambar..
Macam biasa saja..
Tapi bila korang tengok live..
Korang akan tau..
Kenapa aku cakap..
Sampul duit raya ini..
Yang paling cantik..


Wednesday 22 August 2012

Kenangan Hari Raya Pertama



Dah masuk hari raya keempat..
Baru sempat nak update blog..
Tak de masa lah..
Sibuk je melayan..
Orang-orang datang beraya,
Sepupu-sepupu yang ramai,
Juga sibuk pergi beraya..


Malas nak cite panjang..
Layang gambar je lah..
Ni raya pertama tahun ni...



Gambar dengan family aku..



Gambar ibu dengan ayah aku..

 


Gambar ibu dengan Mak Long aku...

 

Ini pulak dengan sepupu..


Tue je la gambar..
Tak leh nak upload banyak...
Internet slow..
Chow dulu...

Thursday 16 August 2012

Kemeriahan Raya Di Office...



Kat office ni..
Memang sume dah excited nak raya..
Sume dah bising2..
Pasal baju raya,
Kuih raya, duit raya, sampul raya,
Pendek kata apa sahaja,
Yang berkaitan dengan raya..


Nak lagi meriah,
Kitorang hias office..
Bagi menghangatkan lagi..
Kemeriahan hari raya..
Bagi tahun ini..
Nak tengok?


Jum usha!




Sebahagian daripada kad raya..
Yang kami dapat..





Letak lampu liplap..
Kat pintu depan office..




Lagi kad raya..
Dan lampu..
Tapi malas nak pasang elektrik tadi..


Tue je la..
Lupa plak nak upload..
hamper2 raya...
Yang kami dapat..
Sume dah masuk dalam perut..
Hahaha...



Tuesday 14 August 2012

Shopping Raya Part 2



Weekend lepas..
Macam biasalah..
Pergi shopping untuk raya..
Hari Jumaat minggu ni..
Dah nak balik kampung..
So..minggu lepas ajalah..
Masa untuk shopping..


Kan minggu lepas..
Tak sempat nak beli..
Apa-apa untuk ibu and along..
N untuk diri aku..
So..aku amik kesempatanlah..
Nak habiskan duit lagi..
Hahaha...





Ini kasut tok ibu aku..
Aku tak tau la seswai ke tidak..
Saiz dah betul..
Tapi seswai ke untuk umur...
Baya2 ibu aku?
52 tahun?
Bagi pendapat korang...
Kalau tak sewswa..
Bagitahu cepat!
Nak beli yang baru..



Ini pulak untuk abang aku, Along..
Dia kat Sarawak sekarang..
Tapi nasib baik..
Raya nanti dia dah beli tiket flight..
N boleh raya ngn kami..
Inilah baju untuk dia..
Beli kat Brands Outlet...



Ini seluar raya aku!
Macam biasa...
Skinny fit jhadi pilihan..
Kaki aku kecil..
So, sangat2 suka pakai skinny fit..




Baju warna pink!
Hahaha..
Actually aku takut gaks..
Nak beli warna pink..
Mana pernah pakai warna pink..
Tapi bila lagi nak try kan?
Ini pun beli kat Brands Outlet..




Satu lagi baju untuk raya..
Ini baju turtleneck..
aku tak pernah ada..
Baju turtleneck...
Beli kat Uniqlo
So..raya kali ini.
Nak cuba bantai turtleneck..
Berangan duk kat Korea kejap..
Hahahaha..


Setakat itu sahajalah..
Shopping baju raya!
Next...
Shopping kuih raya!