SAYANG KOWG!

Thursday 30 August 2012

Review Filem : Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu), Tahniah Syafiq Yusof..


Korang dah tengok ke belum, filem yang dihasilkan oleh pengarah termuda Malaysia, Syafiq Yusof yang bertajuk SAM (Saya Amat Mencintaimu). Aku pun baru tengok malam semalam kat One Utama, tempat biasa aku lepak.







Sebelum aku ulas filem SAM ini, baik aku ucapkan tahniah dahulu kepada pengarah dan seisi krew filem ini. Terima kasih sebab berjaya menghasilkan satu filem yang boleh dibanggakan dan agak berbeza daripada filem yang lain.




Semalam aku tengok filem SAM ini pukul 8.30 malam kat One Utama. Kecewanya aku bila tengok sambutan kepada filem ini agak kurang. Hanya beberapa orang sahaja. Suku seat pawagam besar pun tak penuh. Aku berada berdekatan dengan sekumpulan wanita. Mungkin peminat tegar Shaheizy Sam.


Pada aku filem ini mempunyai kekuatan dari segi pelakonnya. Membariskan nama-nama pelakon yang popular dan berbakat, memang memberikan satu kelebihan pada filem SAM ini. Pujian wajar diberikan pada lakonan Shaheizy Sam yang sangat berkesan, terutamanya pada babak terakhir. Keberkesanan lakonannya menyebabkan perempuan yang duduk kat tepi aku turut sama menangis.


Lakonan Lisa Surihani dan Azad Jasmim juga berkesan. Nampaknya Lisa dah tak semakin kaku. Nampak lebih natural berbanding filem-filem sebelum ini. Lakonan Shamsul Yusof? Di tahap sederhana. Lakonan dalam KL Gengster lebih best. Neelofa? Tak berapa natural. Nampak dibuat-buat.


Dari aspek jalan cerita pula, walaupun ramai yang tak menduga pengakhiran ceritanya seperti itu, tapi sebenarnya aku memang dah jangka macam tu. Kita boleh teka dari awal cerita lagi, terutamanya apabila Sam merasakan seperti ada orang yang datang menceroboh di rumahnya. 


Paling best, tentunya babak di kilang lama, PV6 Factory. Sangat-sangat mendebarkan. Rasa macam tengok cerita Khurafat arahan Syamsul Yusof pun ada. Tapi memang terbaiklah! Paling aku tak suka, babak akhir bila mana polis tiba-tiba tembak Shaheizy Sam. Err...macam mana polis boleh tembak Shaheizy Sam? Kenapa bukan Shamsul Yusof? Macam mana mereka boleh tahu Shaheizy Sam di pihak yang bersalah?


Kesimpulannya, rugi kepada sesiapa yang tak menonton lagi filem SAM ini. Memang terbaik! Tak sangka dihasilkan oleh seorang pengarah muda iaitu Syafiq Yusof. Apa-apa pun, jom ramai-ramai pergi tonton filem SAM. Penilaian aku? 4 daripada 5 bintang.



6 comments:

THE AUTHOR said...

Kalau aku pengarahnya...hehehehe
Ending filem ini ialah Lisa Surahani hidup dan pada masa tu Sam pun dah tersedar dari identiti jahatnya masa pandang Lisa.
Tetiba Samsul datang pukul Sam, polis pun datang tembak Samsul.
Baru best...
So akhir cerita tu Lisa tak tahu Sam yang culik dia dan Sam pun diamkan diri ajer...Misteri ending..

Felly Sophia said...
This comment has been removed by the author.
Felly Sophia said...

Kalau saya tengok cerita ni pun, semata-mata kerana Shaheizy Sam.

nursuriani said...

mcm nak tgok jer. citer neh berkenaan dengan split disorder ker?? sahizey neh kejap jadi jahat? kejap jadi baik?then dia pun tak tahu??

cik.einaaa said...

nanti nak tengok lah..hehee..

sal ya said...

dah lama tak tengok filem.