SAYANG KOWG!

Friday 31 August 2012

Koleksi London 2012 Olympic Games Coca-Cola & Mc Donald's Glass



Sempena Sukan Olimpik 2012 yang lepas, Mc Donald's telah mengeluarkan koleksi gelas Coca-cola. Terdapat enam warna gelas yang ditawarkan beserta dengan gambar sukan yang berlainan mengikut warna.


Misalnya. Pink untuk Gymnastics, Aqua untuk Basketball, Green pula untuk Athletics, Charcoal untuk Footbal, Blue untuk Swimming dan akhir sekali Purple untuk Cycling.


Sebelum ini, sesiapa yang nak kumpul koleksi gelas Sukan Olimpik 2012 itu kena membeli mana-mana set besar set meals yang ada kat Mc Donalds. Kemudian, korang kena beli juga Sundae atau Mc Flurry. Barulah dapat gelas Olimpik 2012 tersebut.


Aku dah berjaya kumpulkan kesemua enam gelas Sukan Olimpik 2012 ini.



Tapi yang tak bestnya, setelah aku berjaya kumpulkan kesemua gelas-gelas tu, Mc Donald's buat promosi, bermula 18 Ogos lepas, kita boleh beli gelas Olimpik 2012 ini tak perlu membeli mana-mana set meals Mc Donalds macam sebelum ini.


Lagi tak best bila harganya sangat-sangat murah, RM 2.50 untuk satu gelas. Lagi jimat kalau beli kesemua enam-enam corak dan warna dengan hanya RM 12.95! 


Arghh! Rasa tertipu! Kalau tahu macam ini, baik tak payah beli set-set meals apa semua. Just tunggu je buat promosi macam ini! Tapi tak apa lah, dah beli dah pun. Apa-apa pun puas hati dapat buat koleksi.



5 comments:

Anonymous said...

wah..bukn seng nk dpt kan edisi olimpik semua ni.x setiap tahun olimpik. ==

FaiZaH Fyn said...

tau takpe..akak sy beriya nak kumpul sekali diorang buat promotion mcm ni

Felly Sophia said...

Mohon tenang dan terus simpan koleksi tersebut dengan baik. Haha.

Masha Meisters said...

rajinyer siap nak membeli se4mua...hehe...kite memg xberapa rajin sgt....kiki...kalau dah minat apepun xkesah kan :)

aliza said...

salam merdekaraya dik,,..

ala kesiannya tertipu,.. tapi kepuasan diri sebab mendahului orang lain...