SAYANG KOWG!

Saturday 18 May 2013

Kerajaan Jamin Harga Kereta Turun



Sebelum PRU 13, antara manifesto Barisan Nasional ialah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat. Sekarang, Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Ramai yang menantikan pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga kereta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan memperhalusi langkah ke arah mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Kalau kita tengok balik manifesto atau Akujanji yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum PRU 13, beliau mengatakan bahawa jika Barisan Nasional memerintah harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus. Sumber.

Tapi kan, harga kereta apa yang akan diturunkan? Kereta nasional sahaja atau kereta import? Atau kedua-dua sekali. Aku pun tak clear lagi tentang benda ni. Maybe sapa2 ada info boleh tolong share. 


5 comments:

Pwincess sarah said...

semalam tgk berita ada gak ckp sal ni.. tapi x tau kereta apa je yang turun.. kalau semua kereta turun ok juga.. hehe..

Unknown said...

kita tunggu jela.. ;)

Mazni Azmi said...

Memang tak logik harga kereta nasional lebih murah diluar negara berbanding negara asal.

Unknown said...

lepas nie...bakal senanglah kita nak berbeli..harga pun kemungkinan murah..hihi...InsyaAllah nak beli satu...:)

wantie said...

akak sokong sangat kalau harga kereta turun. tapi jgnlah bila harga kreta turun, itu tak de ini tak de. Maksud akak aksesorinya berkurang. ngeee... lap talilap. jatuh sama jugak kan..

lagi satu kalau harga kereta baru turun. what happen to harga kereta lama. turut terjejas jugak kan.

sape untung? Bank je la kan. sebab keta naik ke keta turun ke. dorang kena charge interest gitu jugak. hohoohoho...