SAYANG KOWG!

Monday 20 May 2013

Anggota Polis Diserang Dalam Kawasan Balai Polis Labis


Balai Polis Labis

Gila! Itu sahaja  mampu aku cakap bila terbaca satu artikel berkenaan dengan dua orang lelaki termasuk seorang anggota polis yang telah cedera diserang oleh sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dalam kawasan Balai Polis Labis.

Kejadian bermula apabila anggota polis terbabit bersama seorang rakan dan isteri mangsa yang dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat telah ditahan oleh sekumpulan lelaki dalam pertengahan jalan kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis.

Setelah diserang, mereka telah melarikan diri dan masuk ke kawasan Balai Polis Labis. Namun, kelima2  lelaki berparang bertindak mengekori mereka dan menyerang mangsa di dalam kawasan Balai Polis Labis.


Gila, bukan? Dalam kawasan Balai Polis pun penjenayah masih lagi berani melakukan jenayah. Aku pening, salah siapa sekarang? Penjenayah ni tak takut ke dengan tindakan undang2? Ataupun undang2 kita terlalu lembut sehinggakan penjenayah berani buat macam ni? Hmmm...

No comments: