SAYANG KOWG!

Thursday, 21 February 2013

Sambutan Birthday Blogger dan Makan-Makan di Seoul Garden



Argghhhh! Aku yakin dan percaya, akulah blogger terakhir yang update cerita pasal hujung minggu lepas. Bukan salah aku, salahkan mood aku yang tengah datang bulan. Mood tak de weh nak update cerita panjang-panjang berjela ni. Haha. Tapi aku tak kira, aku paksa juga korang baca!


Hari Sabtu minggu lepas, 15 Februari 2012, Group Masih Cinta ada buat gathering sempena nak sambut birthday blogger sekor ni, Iffah Bettofah, yang cun melecun lagi menawan (Harap kau belanja aku karaoke Red Box) yang ke 86 tahun! Hahah.. (Mohon mengaku segera!).


Pagi-pagi aku dah pg umah Pari-pari putih ni. Dia cakap Iffah datang awal. So, aku kena cepat sebab nak beli kek tok Iffah. Nak buat suprise katakan. Tapi, rupanya Iffah datang lambat gila rupanya. Penat tunggu! Alasannya, amik Razanah Anis dan Syazana Tem. 



Kek yang aku beli untuk Iffah Afeefah.


Yang bestnya, kitaorang buat surprise bagi kek ni. Sebaik sahaja diorang masuk rumah Nor Zaimah, kami nyanyikan lagu Happy Birthday dan bawak kek ni hadap muka dia. 




Gambar kami melahap kek. Eh, Dik Bi seorang yang melahap, yang lain makan secara sopan.


So, semua dah ada. Aku, Nor Zaimah, Iffah Afeefah, Dik Bi, Razanah Anis dan Syazana Tem eh, tak dilupakan juga Abang Mat dan Mirza (suami dan anak Nor Zaimah) pergi KL Festival City tok makan kat Seoul Garden.




Sebelum makan kat Seoul Garden, Razanah Anis bagitahu ada sorang blogger 'jantan keparat' nak datang juga. Dari UiTM Shah Alam kita import untuk menghabiskan makanan kat Seoul Garden nanti. Tunggu Syakir Rahman punyalah lama. Macam tunggu putera dari kayangan. Menabah lapar aku menunggu.




Disebabkan hari Sabtu, bayaran masuk mahal sikit iaitu hampir RM 40 sekepala. Makanan dia tak de la sedap sangat. bagi aku, macam makan steamboat kat Uptown Danau Kota je. Tapi, diorang cakap kalau Seoul Garden kat tempat lain lagi best kalau nak dibandingkan makan kat situ. Ok, aku tak pernah makan Seoul Garden, so, aku tak tahu.









Tiba- tiba ada lagi blogger yang datang, Norain Yusoff. Macam juga Razanah Anis & Syazana Tem dan Syakir Rahman, ini first time aku jumpa Norain Yusoff. Aku pun tak tahu napa dia lambat, maybe masak untuk husband dulu kowt sebelum datang.






Kejutan tak habis sampai situ. Ada lagi blogger lain datang. Kali ni dua orang siap. Si, MK Syahir dan Potia Casadellarossa. Kami dah habis makan barulah datang. So, tunggulah diorang habis makan. 




Blluuurrrppp! Kenyang! Masing-masing dah menabah nak angkat perut. Kenyang tak ingat dunia. Aku ingat kan, patutnya Seoul Garden sediakan katil bagi pelanggan tidur dulu sebelum sambung makan lagi. Haha. Ok! Dah habis sesi Seoul Garden. nanti aku update lagi ek apa yang kami buat petang tu pula.



Post a Comment