Boas aku dari Sarawak baru balik dari kampung dia. Selalu juga dia bawa makanan dari Sarawak. Sebelum ini kek lapis Sarawak. Sedap-sedap pula tu. Tapi kali ini, dia bawa satu buah yang dia cakap tak ada pun kat Semenanjung Malaysia.
Cempedak? Nangka? Salah semuanya. Nampak lebih kurang, tapi rasanya sangat lain. Tapi warnanya dan bentuk buahnya seakan-akan sama. Bos aku cakap, kat tempat dia, diorang panggil buah ini. Bintau..
Nampak? Samakan? Tapi mungkin kulit luar sedikit berbeza. Macam ada duri. Tapi tak tajam pun rasanya. Aku kurang suka. Macam tawar sedikit. Atau pun mungkin Bintau yang bos aku bawa memang rasa tawar. Dan isi dia sikit kalau makan satu ulas tu.
Kalau korang berpeluang pergi Sarawak, or maybe ada kawan kat Sarawak, suruhlah diaorang bawak dan korang leh rasa sendiri ok.
8 comments:
sabah pon ada...
umar....nak sikit, mengidam ni...huhu
mcm cempedak sikit2 kan !
wah...buah yang unik!
buah apakah...nampak macam buah terap..klo kat sabah panggil buah tarap..buah terap cuma ade kat borneo je..entah..sama ke x..hehe
tak tau nama buah tu ?
isi mcm nangka madu... ermmmm
ingatkan cempedak tadi
Post a Comment