SAYANG KOWG!

Wednesday 21 November 2012

Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak




Hari ini aku nak ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ucapan tahniah ini aku berikan atas dua perkara yang berjaya dicapai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pertama, pasal Twitter Datuk Seri dah sampai followers 1 Juta lebih. Tahniah, tahniah Datuk Seri. (Walaupun aku tak follow pun Twitter Datuk Seri). Dengar cerita Datuk Seri Najib tengah mencari siapakah followernya yang ke 1 Juta. Diorang nak jumpa-jumpa lah.


Kedua, Datuk Seri Najib telah menggesa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat untuk menghentikan keganasan dan peperangan antara Palestin dan Israel. Katanya, Obama telah membuat beberapa panggilan telefon dalam usahanya untuk memberhentikan peperangan terbabit.


Kalau ikutkan, aku tak percaya lansung Barack Obama mampu untuk memberhentikan serangan Israel ke atas Palestin. Puncanya, kalau betul Obama nak tolong dan memastikan Palestin tak diserang, dah lama beliau akan lakukan.


Hmmm... Dunia oh Dunia.



4 comments:

♥cikmOt♥ said...

itulah dinamakan proganda...eh ganza...hahaha

a.R said...

negara kita kan ngara yang bahagia top 10...hehe~

Unknown said...

turut mak ucapkan tahniah pada Najib PM kita ..

wantie said...

memang patut pun. sebab akak dah semakin benci dengan obama bila dia kata dia sokong menatang israel tu.

hag tuih punya israel.