SAYANG KOWG!

Thursday, 8 November 2012

Ulasan Filem : Frankenweenie - Cerita Kartun Lagi.





Banyak juga ye tahun ini aku tengok cerita kartun. Sumpah best gila nak dibandingkan dengan tengok cerita genre lain. Sebabnya, cerita animasi seperti ini selalunya berunsurkan komedi, dan grafiknya cantik. Boleh cuci mata terutamanya kalau tengok 3D.






Macam biasa, sebelum pergi menonton filem di wayang, aku akan baca dulu ulasan penonton di internet. Rata-rata ramai yang memberikan kritikan positif pada filem ini. So, first impression, lulus!





3D menjadi pilihan aku kali ini. Enjoy kalau tengok cerita kartun dalam bentuk 3D. GSC One Utama menjadi destinasi wajib untuk menonton wayang. Dekat sikit dengan rumah dan tempat kerja. 


Mengisahkan tentang seorang budak lelaki Victor Frankenstein yang kematian anjing kesayangannya, Sparky. Merupakan seorang saintis muda menyebabkan Victor telah menghidupkan anjingnya melalui sains.


Pada aku, jalan ceritanya agak menarik. Cuma, agak lambat perjalanan filem ini. Cuba untuk membawa kita tentang erti kasih sayang di dalam keluarga dan juga kepada binatang. Bila Viktor kematian anjingnya, kia sendiri akan merasa sedih bila tengok filem ini.


Tapi, aku sampai sekarang cuba berfikir tentang cara untuk menghidupkan anjingnya. Terlampau cepat cara penerangannya dalam filem ini. Juga aku tertanya-tanya, kenapa bila Viktor hidupkan anjingnya, anjingnya hidup seperti biasa, namun, bila kawan-kawannya mencuba, binatang yang dihidupkan menjadi lain.


Lagi satu, aku sangat tak suka endingnya. Endingnya akan menyebabkan kita tak percaya dengan kekuasaan Tuhan. Endingnya akan menyebabkan kanak-kanak yang menonton juga cuba untuk menghidupkan binatang mereka yang mati.


Pesanan aku, tak payah tengok 3D pun tak apa. Tak ada grafik yang special untuk ditonton dengan 3D. Keseluruhan, 3.8 bintang.



Post a Comment