SAYANG KOWG!

Thursday, 1 November 2012

Pulau Langkawi! Eh, Bukanlah.. Naturally Langkawi!





Pulau Langkawi tak perlu untuk diperkenalkan lagi. Aku rasa semua orang tahu pasal Pulau Langkawi. Ramai yang dah pergi dan tengok sendiri macam mana Pulau Langkawi itu. Kalau sebut pasal lagenda yang ada kat Pulau Langkawi pun ramai orang yang dah tahu.





Tapi, tahukah korang yang Langkawi dah tukar nama? Semalam, Perdana Menteri kesayangan ramai, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama baharu bagi Pulau Langkawi.. iaitu Naturally Langkawi atau dalam bahasa ibunda kita, Pulau Langkawi Serba Asli.


Hebat tak? Hebat tak? Sebenarnya bukan tukar nama sangat pun, tapi nama ini dikenali untuk penjenamaan semula Pulau Langkawi ini. Penjenamaan semula ini melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM 400 juta.


Lepas ini, kalau orang tanya korang nak melancong kat mana, korang cakap tau.. nak pergi Langkawi Serba Asli, barulah orang tengok korang mengikuti perkembangan semasa. Hehe.



9 comments:

ietams said...

amboii 400 juta punye peruntukan?
ape bendenya la yang di buatnye sampai cenggitu yerk..
nape la nak di tukar-tukar namanye eh.. hihihihihi.. sedap aje pun kalau panggil pulau langkawi..nak juga di letakkan naturally @ serba asli.
anwy, saya memang suka sangat dgn langkawi!

kucing hitam said...

Yeke dah bagi nama tu..? sedap jugak.Langkawi mmg best.Dpt pergi pun sebab belajar dekat perlis kan..dekat la nak pergi..

maszull said...

assalamualaikum lelaki...oh yer ke dapat nama baru yer...:)

wahida said...

tak sesuai nama baru tu...
dah la letak nama English...adoi la...

sampai 400 juta? adoi la? kalau setakat jenamakan kembali, tapi Langkawi masih mcm tu jugak, tak guna jugak...huhu...

dya nasir said...

dya baru tahu..lepas ni nk pergi langkawi serba asli..hihi

Si Matatajam said...

Rasanya, akak lebih suka Nama yg asal..lebih asli...400 juta tu tak semestinya totally untuk projek penjenamaan semula tu..mesti ada.......ooopppppsss...hu hu..

Anonymous said...

lama KA x ke sini ! nice place kan

haryati said...

tp dh terbiasa panggil pulau langkawi...senang...

MalizaMah said...

perubahan fizikal itu bh penting. moga dgn tukar nama, perubahan juga seiring dgn nama yg ditukar.