SAYANG KOWG!

Tuesday, 6 November 2012

Etiqa Treasure Hunt 2012




Hujung minggu lepas, aku pergi Kuantan, Pahang. Ada Treasure Hunt anjuran Etiqa Insurance. Treasure hunt ini melibatkan 50 kereta. Terdiri daripada supplier dan clients Etiqa dan juga brokar insurance yang ada bisnes dengan Etiqa.


Treasure Hunt bermula dari Dataran Maybank, Bangsar sampailah Swiss-Garden Beach Resort & Spa kat Kuantan. Pagi2 pukul 6. 30 kami dah terpacak kat situ. Tapi yang paling best, ada kereta depan kami, pukul 3 pagi dah sampai. Semuanya gara-gara untuk mendapatkan hadiah early bird.






Treasure Hunt bermula pukul 7.30 pagi. Sebelum bermula, taklimat diberi, dan juga makanan pagi diedarkan. Sumpah mengantuk gila masa tu. Nasib baik masa taklimat dan bacaan doa, kami berdiri. Kalau duduk atas kerusi, memang dah lama terlentok.




Permulaan kami sangat baik. Banyak soalan yang kami dapat selesaikan. Tapi bila dah sampai kat Damansara, bermulalah soalan-soalan sukar yang menyebabkan kami blur nak jawab. Perjalanan diteruskan sampailah perhentian R & R Genting Sempah.


Kat sana, ada 3 soalan dan satu task. Task yang diberikan ialah kami dikehendaki mengambil belut dalam besen dan memindahkannya ke dalam satu besen yang lain. Aku jenis penggeli. So, aku suruh member office aku yang buat. 


Soalan-soalan yang diberikan memang mencabar. Kami diberikan soalan berbentuk Klu. Kami dikehendaki mencari tempat, atau signboard yang menunjukkan jawapan kepada klu tersebut. 


Contoh soalan, "Caution between the legs." Jawapannya, "Kawasaki". Faham tak??? Caution jika dibahasa Melayukan ialah berhati-hati, awas dan sebagainya. Legs pula ialah kaki. Jadi diantara Ka, dan Ki, perkataan awas perlu ada. Faham?


Lagi best, kat perjalanan, kami boleh sesat. Peta mengkehendaki kami supaya naik highways, tapi kami tak ikut. Kami terlepas pandang. Jadi, sesatlah. Menyebabkan 5 soalan kami tinggal. Haha. 


Nak tahu apa jadi seterusnya? Next entry.



Post a Comment