SAYANG KOWG!

Wednesday, 7 November 2012

Dinner Etiqa Treasure Hunt 2012





Malam yang dinantikan. Lepas dah penat Treasure Hunt tadi, nak la makan sedap-sedap kan. Malam ini juga, mereka akan umumkan sapa yang menang, sapa yang kalah. Kami memang tak jangka pun menang. Sebab sesat, kan. Huhuh..


Malam dinner ini temanya Superhero & Supervillian. Aku selalu tak pernah support tema kalau majlis apa-apa aku sertai. Sebab aku bukan jenis yang bersungguh-sungguh nak pergi cari costume bagai. Tak minat. Pakai apa yang ada aja. Tapi malam ini, aku pakai costume juga. Saja nak support majlis.





Malam dihangatkan dengan kehadiran seorang Emcee berbangsa Punjabi. Memilih bahasa English sebagai pengantara dan juga diselang seli dengan bahasa Melayu. Memang nampak berpengalaman emcee tu. Paling best, dia siap joget tarian Oppa Gangnam Style dan nyanyi lagu Pandang-Pandang, Jeling-Jeling sekejap.


Makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja. Tak sedap sangat pun. Habis makan, ada pula games. Ada satu games dimana ada seorang penganjur perempuan yang naik atas pentas. Kemudian ada lima orang yang akan dipanggil untuk cakap I Love You, pada perempuan tu. Salah seorangnya aku!




Tak sangka, disebabkan aku pakai costume pada malam itu aku kena panggil naik atas pentas. Actually, aku pakai Japanese Costume. Then pakai topeng Zorro. Emcee nampak topeng Zorro aku then panggil. Robin Hood kat belakang tu, naik pentas! Aku ingtatkan sapa. Rupanya aku yang dia maksudkan. 





Memang kaget aku dibuatnya. Macam mana aku nak cakap I Love You pada perempuan tu? Tiba-tiba atas pentas sebelum giliran aku, aku dapat idea. Aku nak nyanyi lagu My Baby You then ucap I Love You. Orang bersorak gila masa time aku nyanyi. Tapi sayangnya, aku kalah juga dengan seorang lagi peserta.






Masa pengumuman Male Best Dress aku tengah main iPad. Tiba-tiba emcee announce nama aku untuk naik pentas. sekali lagi aku terkejut. Rupanya, aku terpilih untuk Top 3, Male Best Dress pada malam itu. Tapi sekali lagi aku kalah sebab diorang akan pilih based on sorakan, dan aku bukannya famous!






Lagi sekali nama aku dipanggi untuk malam itu. Tapi kali ini, sebab dapat cabutan bertuah. Aku dapat Voucher RM 50 Jusco. Wah, boleh la shopping walaupun RM 50 sahaja.


Dan keputusan Treasure Hunt diumumkan. Kami dapat tempat ke 22 daripada 50 kumpulan. Wow! Sangat-sangat terkejut sebab tak sangka. Kami sesat dan tak jawab soalan yang kat belakang, tapi masih dapat tempat ke 22. Ingatkan dah nombor last.


Apa-apa pun. Memang sangat best malam itu. Best sebab aku dapat naik pentas 3 kali kowt! Walaupun tak ada rezeki untuk menang Male Best Dress ataupun game I Love You, tapi paling-paling, aku ada pengalaman! Dan siap ada orang bagitahu Manager aku, suara aku sedap!!! Haha..



3 comments:

a.R said...

tahniah3...

Felly Sophia said...

Amboi costume tu.

Anonymous said...

wah bukan main lagi costume tu! tahniah juga ye